KELAHIRAN anak keempat pada April tahun lalu ternyata mengubah 360 darjah kehidupan wanita ini. Menurut Norazilah Musa, 34, bayi lelaki yang diberi nama Nuh itu disahkan menghidap sindrom down yang mana ia tidak pernah dikesan sepanjang kehamilannya. Biarpun reda dengan ketentuan Allah, dia yang mesra disapa Iyla turut emosi saat mengimbas semula detik-detik kelahiran anak istimewanya itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu tengok muka dia, tak sanggup nak terima” - Ibu anggap anak sindrom down anugerah terindah, video keletah comel raih jutaan tontonan ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak sindrom down jadi mangsa komen jahat di TikTok, disyaki kerja budak sekolah rendah... ramai terkilan sampaikan Neelofa titip pesanan buat Puteri Bulan "Anak bongsu saya cukup berbeza dengan tiga lagi anak saya yang lain. Sepanjang kehamilan, tiada sebarang petanda dikesan. Selepas lahir baru kami dapat tahu dia sindrom down. "Awalnya susah juga nak terima, hampir sebulan saya ambil masa untuk kawal perasaan. Tapi nak buat macam mana? Saya terima saja ketentuan ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Anak-anak merupakan anugerah tuhan. Macam mana rupa atau fizikal, kita kena terima seadanya. Semuanya Allah dah tentukan. "Memang cara menjaga anak istimewa ini berbeza, tak macam kanak-kanak biasa yang lain. Tapi kita kena ada sikap reda dan sabar. Saya kena jaga anugerah Allah ini sebaiknya," ujarnya kepada mStar. Iyla bersama suami dan anak-anaknya. Menurut wanita yang menetap di Simpang Renggam, Kluang, Johor itu, kehadiran si bongsu turut menyebabkan fokus kerjayanya banyak berubah. Iyla yang sudah bergelar jurusolek awal tahun 2014 mengakui banyak kekangan dilaluinya sehingga pergerakan menjadi terhad untuk bekerja seperti biasa. Ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Saya rasa sangat dihargai. IYLA Imbas Iyla, selain kerja yang terjejas sepanjang tempoh pandemik Covid-19, kehadiran si bongsu turut menyebabkan pergerakannya terbatas. "Situasi saya dengan anak istimewa menyebabkan pergerakan nak keluar mekap orang jadi makin perlahan. Saya pun dah kurang ambil khidmat mekap. "Dia dilahirkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya pun tak ambil job ketika itu, risau berlaku jangkitan Covid-19," ujarnya. Kini, Iyla kembali bekerja seperti biasa, namun ia sudah tidak serancak dahulu kerana fokus dialihkan sepenuhnya untuk si bongsu. "Mujurlah ada pelanggan yang memahami dan bersetuju untuk datang bersolek di rumah saya. Anak-anak Iyla bersama adik bongsu mereka. "Disebabkan itu juga saya banyak ambil reviu produk dan buat live mekap saja kerana ia boleh dilakukan di rumah, saya pun tak perlu keluar," jelasnya lagi. Dalam pada itu, video yang memaparkan Iyla menitis air mata ketika mengenangkan nasibnya sebagai jurusolek turut meraih perhatian ramai di TikTok. Kata Iyla, dia bukan sahaja sedih dengan segala kekangan yang berlaku, malah ada situasi turut menyebabkan dia berasa khidmatnya tidak dihargai. "Ada ramai juga yang bagi job, tapi dengan harga yang tak masuk akal, saya rasa tak dihargai. Harga tak berbaloi dengan apa yang kita kena buat. "Orang nampak macam senang, tapi susah sebenarnya. Kita mekap ni, ada turun naiknya," ujar Iyla lagi. Iyla menceburi bidang solekan sejak awal 2014. Namun kata Iyla, dia tidak pernah patah semangat, sebaliknya cekal membesarkan anak dengan suaminya yang hanya bekerja sendiri sahaja. Kata Iyla lagi, dia terharu dengan komen positif orang ramai yang bukan sahaja mendoakan rezekinya dalam hal kerja, malah turut menitipkan kata-kata semangat untuk membesarkan anak istimewa. "Ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Saya rasa sangat dihargai. Mereka sangat baik biarpun tidak pernah berjumpa dengan saya. "Selain itu, ada juga golongan ibu yang senasib dengan saya turut berkongsi kisah mereka," ujar Ilya yang turut menjalankan perniagaan biskut cokelat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI