suria

Tak pernah tengok termometer sebelum Covid-19... jawapan budak 11 tahun buat kakaknya gelak bercampur risau, apalah nasib anak-anak PKP!

Jawapan Muhamad Auf kepada soalan sains yang dibuatnya menggelikan hati kakaknya.

AH ghisau” - itu antara komen warga maya yang terhibur melihat jawapan seorang kanak-kanak ketika menjawab soalan ulangkaji pelajarannya.

Menerusi sebuah video ringkas yang dikongsikan di media sosial, kanak-kanak tersebut dilihat menulis jawapan "Mysejahtera" ketika diminta untuk menjelaskan kegunaan termometer digital berbentuk seperti pistol yang acap kali digunakan untuk membaca suhu badan seseorang melalui pemukaan dahi seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dron RM200, jejaka ini akui jatuh cinta sampaikan sanggup labur ribuan ringgit... lihat hasilnya, tak sangka edit guna telefon je

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik... famili bercucuk tanam tapi hobi gadis ini kumpul dawai kokot! Tak kisah diperli, pentadbir projek dah plan nak tambah koleksi

“Akibat lama sangat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” ujar seorang wanita yang berkongsi video terbabit.

Bercakap kepada mStar, wanita terbabit Anis Atirah Solahuddin, 26 berkata, video itu dirakam sewaktu dia sedang membantu adiknya, Muhamad Auf, 11 tahun mengulang kaji pelajarannya.

“Masa tu saya suruh dia ulangkaji sebab nak ujian, malam tu saya suruh dia belajar subjek Sains.

“Disebabkan soalan tu mudah saya suruh dia buat dulu kemudian dah siap saya semak,” katanya.



Muhamad Auf baru berusia 11 tahun.

Anis yang merupakan anak kedua daripada empat beradik berkata, dia tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat jawapan adiknya itu.

Jelasnya, adiknya yang juga anak bongsu itu mengakui dia tidak pernah kenal termometer terbabit sebelum berlakunya penularan wabak Covid-19.

“Bila saya semak, bahagian termometer tu saya tengok tertulis MySejahtera saya terus tergelak, dia pula awal-awal tu memang blur sebab dia ingat jawapan dia betul.

“Dia cakap sebelum Covid ni dia tak pernah nampak benda tu (termometer) jadi dia terus tulis MySejahtera,” katanya yang bekerja sebagai peniaga dalam talian.

Anis yang menetap di Kajang, Kuala Lumpur mengakui bersimpati dengan pelajar-pelajar yang setelah sekian lama terpaksa melalui sesi pembelajaran secara dalam talian.

“Lama sangat PKP macam tu la, homework yang senang pun salah apa lagi yang susah.

“Kesian budak-budak sekolah,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain