suria

Rakam video di Air Terjun Telaga Tujuh menjelang maghrib, kelibat wanita aneh tiba-tiba muncul bikin seram... kaku berdiri di tangga renung kamera

Imej wanita 'aneh' yang menyerupai Larra Aida (kanan), dan wajah sebenarnya (tengah).

SELAMA 11 tahun menetap di Langkawi, wanita ini langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Air Terjun Telaga Tujuh yang menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong di pulau legenda itu.

Namun baru-baru ini wanita yang dikenali sebagai Larra Aida itu mengunjungi lokasi berkenaan kerana mahu merakam keindahan dan berkongsi dengan pengikutnya di laman sosial.

Siapa sangka, kunjungan pertama kalinya ke lokasi berkenaan meninggalkan peristiwa yang tidak dapat dilupakannya sehingga bila-bila.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik berbalas pantun tiba-tiba gambar di air terjun rosak, rupa-rupanya ramai yang ‘teman’ mandi - “Ada yang demam, bau setanggi pukul 4 pagi”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah‘ buat FB Live menjelang Maghrib, sesi promosi kerepek dihentikan lebih awal... terus ‘lari‘ ke rumah mak - “Memang jelas nampak benda tu”

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Aida berkata, kebiasaannya dia mengunjungi setiap lokasi menarik bersama dua lagi rakannya.

Bagaimanapun, kunjungan ke lokasi tersebut pada petang Jumaat lalu tidak disertai rakan-rakan seperti kebiasaannya, sebaliknya dia ditemani anaknya berusia 10 tahun yang berperanan merakamkan video daripada telefon bimbit.

"Saya bersama dua lagi rakan sememangnya aktif di TikTok dan banyak rakam video-video tempat serta tarikan menarik di Langkawi. Kami dah mula beberapa bulan lalu sewaktu negara sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Tapi inilah kali pertama saya jejakkan kaki ke Telaga Tujuh. Kebetulan baru-baru ini pihak yang berkaitan ada buat 'pintu gerbang' dekat situ, jadi saya pun cadang nak buat video.

cruise

Aida bersama dua rakannya ketika mempromosikan cruise di Langkawi.

"Banyak juga ambil video sambil 'posing'. Tapi yang anehnya, video terakhir sebelum kami pulang, tiba-tiba ada wanita yang menyerupai saya muncul di hujung rakaman.

"Cuma wanita itu tak pakai cermin mata hitam, kulit mukanya gelap dan rupanya langsung tak serupa. Hanya baju dan tudung yang sama.

"Lebih aneh, masa itu, saya sebenarnya dah turun sedangkan 'wanita' itu berdiri di tangga dan merenung kamera," cerita ibu berusia 34 tahun ini.

Aida yang juga menjalankan bisnes kosmetik dan makanan di pulau itu itu berkata, dia hanya menyedari kelibat aneh berkenaan pada keesokannya ketika mahu melakukan suntingan untuk dimuat naik ke dalam aplikasi TikTok.

gunung raya

Memperkenalkan salah satu tarikan menarik di Langkawi, Puncak Gunung Raya.

"Masa kejadian, selepas saya turun tangga dan tanya anak saya 'ok tak video?', dia terus tekan 'stop'. Kami belek-belek sekejap sambil lalu sebab dah lewat petang. Sebab tu tak perasan.

"Saya perasan pada Sabtu malam iaitu keesokan harinya. Saya panggil anak untuk tengok, kalau-kalau dia perasan ada orang lain masa tu. Dia tengok je, terus jadi takut sampai sekarang.

"Sejak hari tu, apa yang saya buat seakan-akan serba tak kena. Jadi macam terkena 'badi'. Saya terlanggar kucing, kalau dekat rumah pula terasa ada kelibat melintas dan perhatikan kita.

Ramai sebenarnya yang cerita tempat tu sedikit keras sebab dalam hutan... lebih-lebih lagi menjelang maghrib.

LARRA AIDA

"Apa yang saya lakukan hanyalah pasang bacaan ayat suci Al-Quran," ujarnya yang menetap di Ayer Hangat.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia sekadar memuat naik video berkenaan sebagai perkongsian pengalaman sendiri dan dalam masa yang sama mahu memberi peringatan kepada orang lain agar lebih berhati-hati sekiranya mengunjungi tempat asing, lebih-lebih yang terletak di dalam hutan.

"Ramai sebenarnya yang cerita tempat tu sedikit keras sebab dalam hutan... lebih-lebih lagi menjelang maghrib. Orang-orang tua pun pernah cerita tempat tersebut bukan tempat sembarangan.

muzium ais krim

Mempromosikan Muzium Ais Krim.

"Saya sendiri pun tak sangka boleh jadi viral sampai raih lebih 4.2 juta jumlah tontonan. Ramai juga share kisah aneh ketika berkunjung di sana. Tapi ada pula yang tuduh saya edit.

"Pertama, orang yang kenal wajah saya mestu tahu itu bukan saya. Kedua, benda macam ni bukan boleh buat main semata-mata content.

"Jangan cakap sembarangan. Sekarang kita kata orang, mana tahu satu hari nanti terkena batang hidung sendiri... masa tu fahamlah rasanya macam mana.

"Apapun, kalau pergi tempat orang, kena beringat. Jangan terlalu seronok. Kena tahu dan kaji dulu tempat tu supaya kita lebih menjaga tutur kata atau tingkah laku," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain