SELEPAS isu harga ikan sikap, sotong dan sayur kailan ikan masin yang tidak masuk akal, kali ini timbul pula hidangan udang menimbulkan rasa kurang puas hati pelanggan. Walaupun harga masakan udang boleh dikatakan tinggi, namun apa yang menjadi pertikaian adalah bilangan udang berkurangan sebaik dihidangkan ke meja pelanggan. "Hai lah udang... masa timbang lapan ekor. Siap masak dah tinggal enam je. Macam mana tu?" demikian soal seorang pelanggan menerusi satu perkongsian video yang kini tular. ARTIKEL BERKAITAN: Insiden ikan siakap mahal di Langkawi... kali ini wanita pula luah rasa berang selepas dicaj RM1,738.70 ARTIKEL BERKAITAN: Kepala Ikan RM600: "Lain Kali Tengok Harga Dulu!" Pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Yana Ismail memberitahu, kejadian berlaku di sebuah restoran di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Rabu malam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Wanita berusia 29 tahun itu berkata, dia dan keluarga seramai enam orang termasuk ibu bapanya ke restoran itu ketika bercuti di lokasi pelancongan popular itu sempena hari ulang tahunnya bersama dua lagi ahli keluarga. "Saya bukan terlalu berkira bab makan, tapi perkara terjadi secara kebetulan. Di restoran tu makanan laut kena timbang berat sebelum dimasak mengikut cara masakan yang pelanggan nak. "Suami saya pilih udang dan timbang. Harga udang sebanyak lapan ekor bagi masakan salted egg adalah RM74. Tapi harga bukan jadi ukuran sebab kami dah setuju selepas timbang. "Tak ada niat nak kira berapa ekor pun, memang ambil sikit sebab tak ramai dalam ahli keluarga saya yang makan udang," kata wanita itu kepada mStar. Antara hidangan yang dimakan Yana Ismail bersama keluarga. Yana berkata, jumlah udang yang sedikit itu membuat dia mudah mengingatinya sebaik hidangan dihantar ke meja. "Bila makanan dah sampai, saya rasa macam lain sebab nampak sikit. Saya tanya suami berapa ekor udang ambil tadi. "Suami Ingat-ingat lupa, tapi dia kata ambil dan timbang lapan ekor. Saya tengok dalam pinggan cuma ada enam ekor je," katanya sambil menambah suami bersama bapanya yang memilih makanan laut untuk ditimbang oleh pekerja restoran. Yana secara kebetulan membuat rakaman untuk 'story 'di laman Instagram. Terus menjadi tanda-tanya, ibu kepada dua anak itu tergerak hati untuk melihat video yang dirakamnnya sebelum itu untuk dikongsi menerusi story di laman sosial Instagram. "Kebetulan masa suami dan ayah pilih lauk tu saya ada di situ rekod untuk buat story di Instagram. Bila saya periksa semula story, memang betul ada lapan ekor yang ditimbang. "Saya rakam pun secara kebetulan sebab sebagai peniaga, saya perlu aktif di laman sosial. Jadi bila hairan tak cukup, kami panggil pekerja dan tanya mengenai kehilangan dua ekor udang yang ditimbang dengan tunjuk gambar sebagai bukti. "Pekerja tu kemudian masuk ke dapur dan tak sampai seminit, dia datang semula bawa pinggan lain mengandungi dua ekor udang dengan masakan sama," kata Yana sambil menambah pekerja tersebut memohon maaf di atas kecuaian yang berlaku. 'Story' Yana di Instagram menunjukkan lapan ekor udang ditimbang. Yana bagaimanapun tidak pasti sama ada dua ekor udang yang dihantar secara berasingan itu kerana tertinggal di dapur atau baru dimasak. "Apa yang pasti, saya rasa tak sedap hati. Selain udang, kami ada juga ambil dua ekor sotong dan sejumlah lala yang ditimbang untuk dimasak. Mungkin kita tak berkira bab makan, tapi sebagai pengguna kita ada hak. Kita beli bukan cincai, tapi secara timbang dan sanggup bayar harga yang ditetapkan YANA ISMAIL "Dua daripada lapan ekor udang yang hilang senang nampak sebab sikit, tapi sotong dah dihiris jadi kecil dan lala pun diambil banyak jadi tak tahu ada kurang atau tidak," katanya yang cuba bersangka baik. Yana yang merupakan peniaga dalam talian menegaskan bahawa perkongsiannya itu bukan mahu memburukkan restoran berkenaan, tetapi lebih kepada mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebagai pengguna. Yana (baju kuning) bersama famili bercuti di Port Dickson. "Mungkin kita tak berkira bab makan, tapi sebagai pengguna kita ada hak. Kita beli bukan cincai, tapi secara timbang dan kita sanggup bayar harga yang ditetapkan. "Tapi bila dapat tak macam yang dipersetujui, sudah tentu kita tak puas hati. Itu baru lapan ekor udang, macam mana pelanggan jenis ambil selonggok dan tak tahu berapa ekor pun. "Mungkin ada kecuaian atau kesilapan di pihak pekerja, jadi pengusaha restoran perlu alert dan ambil peduli setiap pekerjanya, nak berniaga ni kena berkat," ujarnya. Dalam pada itu, dia berkata, kedatangannya ke restoran itu selepas mendapat tahu menerusi Facebook bahawa ia begitu popular dengan hidangan ikan bakar. "Masa kami datang, tak ramai pelanggan di restoran. Bila berlaku kes udang tak cukup ni, mungkin agaknya ada sebab kenapa tak ramai yang datang ke restoran tu. Saya pertama kali datang dan itulah yang terakhir.... saya rasa sedih dan kecewa," kata Yana. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI