SUSUK tubuhnya yang sado menyebabkan ada yang mentertawakan dirinya, malah ada yang kata lelaki akan takut untuk mendekati dirinya. Bukan itu sahaja, tindakannya menggunakan tong gas sebagai alat senaman turut menjadi bahan jenaka sesetengah pihak. ARTIKEL BERKAITAN: Salah ke badan sado minat menari? Jejaka ini hanya layan pengikut positif, siapa tak suka sila unfollow atau block akaun TikTok! ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dihina sebab berniaga, pemuda ini puas hati mampu reward diri jejak Gunung Kinabalu... tiba-tiba je sampai! - “Semua booking last minute” Namun bagi wanita ini, setiap senaman termasuklah angkat berat yang dilakukan adalah semata-mata untuk kesihatan dirinya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, Siti Khodijah Mohd Rashid, 29, berkata apa pun alatan yang digunakan tidak menjadi masalah, yang penting teknik mengangkat bebanan mestilah betul. "Bila balik kampung dan tak dapat nak ke gym, saya cari je apa-apa yang ada dekat rumah yang boleh dijadikan beban, lepas tu nampak tong gas. "Bagi saya, kita nak workout guna apa-apa alatan pun boleh untuk dijadikan bebanan, yang penting kena tahu teknik untuk angkat bebanan. "Saya pernah guna tayar sebab masa tu training untuk satu program yang sedang mencari wakil negara ke Antartika, dan pernah juga gunakan anak buah berusia 10 tahun jadi bebanan masa workout," katanya yang juga pelatih peribadi sambilan. Kay Rashid bersenam menggunakan tong gas yang kosong. Menceritakan mengenai program All Women Expedition to Antartica yang disertainya itu, Siti Khodijah yang mesra dipanggil Kay Rashid berkata, sebelum terpilih, dia perlu melalui beberapa fasa pemilihan. "Untuk berjaya masuk program tu saya berlatih tarik tayar 60kg, masa tu dapat top 8 dan untuk terpilih ke Antartika kena jadi top 3, tapi pengalaman best sangat... untuk pemilihan protege bagi program ni banyak fasa, jadi banyak cabaran kena lalui. "Antara paling mencabar ketika tarik tayar lima hari empat malam di Tadom Hills Resort, siapa yang pernah pergi memang tahu macam mana bentuk muka bumi di situ. "Dari pukul 7 pagi kami tarik tayar dan bawa bebanan, cut off time pukul 6 petang tapi kalau sampai awal lagi bagus," katanya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor. Kay Rashid keletihan selepas mengharungi cabaran menarik tayar seberat 60 kilogram. Tambahnya, pinggangnya melepuh teruk kesan daripada menyerai cabaran tersebut. Menurut Kay Rashid, dia seorang yang aktif bersukan sejak sekolah rendah, sehinggalah berumur 17 tahun, apabila dia terjatuh dan disahkan mengalami slip disc. "Saya terus berhenti bersukan, masa sambung diploma pun masih sakit tak boleh bangun sampai banyak skip kelas. "Sampailah sambung Sport Science masa tahun 2016, saya ambil lesen sebagai personal trainer, niat saya nak bantu diri sendiri dan orang lain. "Dari situ saya aktif masuk gym dan buat latihan kekuatan. Tahun 2019, saya berkhidmat sebagai personal trainer di salah sebuah gym di Johor, masa tu memang saya fokus untuk buat lifting dan bina muscle, dari berat 49.5kg naik ke 59kg," katanya yang juga pemilik perniagaan Surico Kek. Senaman dengan menggunakan anak buahnya sebagai bebanan. Latihan yang dibuatnya membuahkan hasil dan dia kini tampil lebih sihat, cergas dan kuat dari segi mental dan fizikal. "Kita boleh gunakannya dalam kehidupan harian contohnya saya buat perniagaan kek, jadi setiap hari nak kena angkat berkotak-kotak kek, ia jadi lebih mudah sebab saya dah ada kekuatan dan kita tahu teknik untuk angkat bebanan," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Kekuatan luar biasa yang dimiliki Kay Rashid turut membolehkan dia melakukan senaman pull up. "Masa mula-mula nak buat senaman ini memang mencabar, saya belajar nak buat masa tahun 2018. "Saya ambil masa empat bulan nak dapat buat pull up, ada yang beranggapan bila kurus sahaja boleh buat, tapi tanggapan itu salah, kalau tak berlatih memang kita akan alami kesukaran untuk buat senaman tersebut," katanya. Kay Rashid kelihatan bersahaja ketika melakukan senaman pull up ini. Namun menurut Kay Rashid, dia juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman sesetengah pihak. "Memang ramai yang cakap bukan-bukan, ada yang kata nanti tak ada orang nak la, nanti lelaki takut nak dekat la, tapi biasa yang cakap ni yang tak ada pengalaman dan ilmu dalam bidang fitness dan gym. "Bagi saya satu je, kita workout bukan nak jadi macam lelaki dan bukan kita nak lebih dari lelaki, kita ada matlamat kita sendiri. "Client saya dulu ramai lelaki dan kebanyakannya respect dengan kita dan betul-betul nak belajar workout untuk capai matlamat mereka," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI