suria

“Penat tapi kenalah buat juga’’ - Pengantin ‘murah senyuman’ tetap menonjol di hari bahagia, video tenang dalam banjir raih lebih 7 juta tontonan

Pasangan pengantin ini tetap ceria meskipun majlis persandingan di Meru, Klang dilanda banjir.

SIAPA sangka hujan berterusan di beberapa negeri termasuk Selangor sejak Jumaat mengakibatkan banjir besar.

Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan.

Begitulah nasib yang menimpa satu pasangan pengantin apabila majlis persandingan yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu terpaksa dibatalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tetap jadi kenangan yang abadi" - Debaran nak nikah belum selesai, kereta bawa pengantin tersangkut dalam banjir!

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, "Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang"

Berkongsi pengalaman, pengantin perempuan, Sofiyah Nabilah Sulaiman berkata, dia dan suami bernikah di Masjid Puncak Alam di Bandar Puncak Alam, Selangor, pada pagi Sabtu.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, lokasi majlis persandingan pada hari sama diadakan di Meru, Klang terletak di kawasan homestay untuk saudara-maranya yang datang untuk menginap.

"Kat situ ada homestay untuk penginapan kira-kira 20 saudara-mara saya yang datang dari jauh untuk hadir ke majlis perkahwinan kami.

"Ada saudara yang datang dari Terengganu, Kedah, Pahang dan Pulau Pinang. Lokasi ni ditempah sejak Oktober lalu," katanya kepada mStar.

pengantin banjir 4

Pengantin tetap tersenyum berdepan banjir.

Lebih mesra disapa Opi, katanya, dia tidak menyangka hujan akan turun berterusan selepas khemah dan pelamin dipasang di lokasi majlis sehingga paras air mulai naik.

"Seminggu sebelum tu cuaca okay, masa pasang khemah dan pelamin pun tak nampak macam nak banjir walaupun hujan renyai-renyai pada Jumaat.

"Hujan berterusan sejak Jumaat menyebabkan air naik ke paras betis. Petang tu dah nak cecah paras pinggang," ujarnya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

pengantin banjir 5

Wajah ceria Opi (kiri) pada majlis akad nikah.

Susulan insiden banjir, dia yang kini menetap di Puncak Alam terpaksa membatalkan majlis persandingan yang sepatutnya dihadiri kira-kira 200 tetamu pada saat akhir.

"Paras air yang naik menyebabkan hanya kereta yang tinggi seperti pacuan empat roda je boleh masuk ke kawasan homestay. Khemah dipasang di hadapan homestay.

"Saudara-mara yang sepatutnya menginap di homestay dipindahkan dengan tiga kali trip ke rumah saudara saya yang lain di kawasan lebih tinggi di Bukit Kapar, Klang," tambahnya.

pengantin banjir 3

Sebahagian saudara-mara yang hadir sempena majlis perkahwinan Opi dan suami.

Namun kata Opi, khidmat katering dan fotografi tetap diteruskan kerana sudah ditempah serta bayaran telah dibuat sejak awal selain terdapat tetamu yang hadir sejak pagi.

"Tetamu yang datang tu kami bungkuskan makanan untuk mereka bawa pulang. Walaupun pengantin, kami tetap angkat barang dan makanan dari lokasi majlis di Meru ke rumah saudara di Bukit Kapar.

Memang tak jangka banjir berlaku. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan buat majlis lagi untuk jemput tetamu terutama kawan-kawan yang tak dapat datang termasuk yang dah datang dari jauh

SOFIYAH NABILAH SULAIMAN

"Memang penat tapi kenalah buat juga. Memang tak jangka banjir berlaku. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan buat majlis lagi untuk jemput tetamu terutama kawan-kawan yang tak dapat datang termasuk yang dah datang dari jauh," katanya.

Video yang menunjukkan Opi dan suami dalam busana pengantin warna putih yang dikongsi di aplikasi TikTok meraih lebih tujuh juta tontonan.

pengantin banjir 2

Acara memotong kek.

Dalam pada itu, Opi yang merupakan pereka grafik tampil menjelaskan mengenai busana pengantin yang dipakainya dan suami ketika meredah banjir.

"Ada yang komen minta saya jaga elok-elok baju tu sebab sewa kat butik pengantin. Tapi sebenarnya baju tu adalah milik saya... saya yang tempah sendiri untuk majlis kahwin.

"Sebab baju sendiri membuatkan saya berani je meredah banjir. Suami saya pun relaks saja sebab baju pengantin yang dia pakai pun dia punya, bukan disewa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan