suria

Di shopping mall ‘auto sayang ayah’, nak tidur baru sayang mama! Ibu terkejut anak sweet talker, pakar pujuk rayu bapa

Nayla pandai membodek bapanya untuk mendapatkan mainan.

PUJUK rayu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun untuk mendapatkan mainan berjaya mencairkan hati seorang bapa.

"Weh budak tu melutut hahaha," komen seorang warga maya yang teruja melihat gelagat kanak-kanak tiga tahun itu memujuk bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Sabar ajelah! Muka comel, ‘suci murni’ tapi perangai hanya tuannya saja yang tahu... sinki pun boleh diterbangkan

ARTIKEL BERKAITAN : Kek printed jawab misteri kehilangan bapa sejak berpuluh tahun lalu, pecah rahsia pemuda ‘simpan’ dua teman wanita

Bercakap kepada mStar, Nurul Najwa Jasni, 29, yang mesra disapa Wawa berkata, helah anaknya, Fathia Nayla Mohd Nur Fikri kebiasaannya akan bermula pada saat mereka turun dari kereta lagi.

"Selalunya taktik start bila turun je kereta, masa tu dia akan terus cari ayah dia nak pegang tangan, masa tengah jalan tu memang akan berkepit je dengan ayah dia.

"Memang turun kereta auto tak nak dekat dengan mak, terus jadi geng ayah sebab dia tahu ayah boleh layan kerenah dia.

"Jadi masa dia nak toys tu, dia akan cakap please ayah please, Nayla nak toys, boleh? Boleh?" kongsinya.

Rayuan demi rayuan dan ditambah pula dengan kata-kata manis kanak-kanak tersebut selalunya membuahkan hasil.

"Dia akan cakap Nayla sayang ayah, bila dah belikan tu nanti dia cakap ulang-ulang terima kasih ayah belikan Nayla toys.

"Itulah ayah dia akan cari tu," katanya yang menetap di Johor Bahru, Johor.

1

Nayla gembira setelah mendapat mainannya.

Wawa yang bertugas sebagai ejen Takaful berkata, anaknya itu kebiasaannya akan menerima apa sahaja mainan yang dibelikan kepadanya.

"Kalau masuk shopping mall memang kena layan masuk kedai toys dulu baru dia senang hati nak balik, kalau tak beli mahu dia melalak sampai dekat rumah.

"Tapi dia tak beli yang mahal-mahal, mana yang kita pilih dia okay je.

"Mungin ada orang cakap terlalu manjakan anak, dah kalau kita mampu apa salahnya kan? Kita bekerja cari duit pun untuk kebahagiaan keluarga juga," katanya.



Wawa bersama keluarga kecilnya.

Menurut Wawa, dia sendiri tidak tahu di mana anaknya itu belajar taktik untuk mengampu bapanya itu.

"Dia memang pandai bab-bab nak mengampu ayah dia, taktik tu belajar sendiri, saya pun terkejut masa dia pujuk ayah dia macam tu," katanya.

Kanak-kanak 'licik' dan bijak ini bagaimanapun akan berubah apabila dia ingin tidur.

"Kalau nak tidur dia akan cari saya sebab dia ada perangai suka gentel rambut saya.

"Jadi waktu tidur tu dia memang nak mak dia la, masa tu nanti dia akan cakap pula Nayla sayang mama je," selorohnya.



Nayla perlukan ibunya untuk tidur pada waktu malam.

Video gelagat Nayla yang dikongsikan di laman TikTok Wawa itu telah mendapat 1.5 juta tontonan setakat hari ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain