suria

Ada yang ketawa, ada juga risau tengok remaja Malaysia jatuh tergolek main salji di Jerman... benarkah segala plot dah dirancang?

Video adik Amirul yang dimuat naik baru-baru ini tular dan mendapat perhatian netizen.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki dari Malaysia terjatuh di sebuah kawasan pergunungan salji di Jerman ternyata menarik perhatian netizen.

Di ruangan komen posting video itu, ada yang menzahirkan rasa risau, tak kurang juga yang bertanya keadaan lelaki tersebut.

Namun, ada juga netizen yang memohon maaf kerana tidak dapat menahan ketawa melihat aksi lelaki itu tergolek jatuh ke belakang dalam rakaman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto jadi pemandu pelancong, tapi kenapa ke India sahaja dah 16 kali dan... mahu ke sana lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah kunjungi 30 negara, Paris tak seindah dijangka... jejaka ini serik mahu ke sana - “Kita fikir ia bandar romantik, pergi sana baru nampak semua benda”

Jelas pemilik video, Muhammad Amirul Firdaus Suhaimi, 22, lelaki yang terjatuh dalam video berkenaan merupakan adiknya yang mana kejadian itu sebenarnya berlaku pada tahun 2018 ketika dia berusia 16 tahun.

"Ia merupakan video lama yang dirakam pada tahun 2018. Cuma saya baru muat naik video itu beberapa hari lepas. Saya sekadar nak kongsi kenangan lama saja.

"Apa yang berlaku dalam video itu sudah kami rancang. Adik buat-buat jatuh ketika kami bermain salji. Tapi ada yang percaya kejadian itu betul-betul berlaku.

"Saya agak terkejut bila video tu viral. Ada yang komen dan bertanya. Mereka tanya keadaan, OK ke tidak? Saya pun ada jelaskan bahawa semuanya dah plan, bukan kejadian sebenar," ujarnya yang senang disapa Amirul.

Menurut jejaka dari Terengganu itu, dia sekeluarga berkunjung ke Jerman pada tahun 2018 untuk menziarahi abangnya yang baru menamatkan pengajian di sana.

amirul3

Amirul bersama sebahagian keluarganya.

Selain Jerman, dia sekeluarga turut berkesempatan melawat destinasi pelancongan lain di Perancis, Switzerland, Belgium dan Austria.

"Kami pergi selama dua minggu. Pada waktu itu, abang saya baru saja menamatkan pengajian di Jerman. Jadi kami semua nak pergi jalan-jalan.

"Dalam banyak-banyak tempat yang kami lawati, saya paling suka Paris. Teruja tengok Eiffel Tower di sana," ujarnya berseloroh.

amirul4

Amirul ketika berada di Paris.

Bercerita mengenai dirinya, graduan Politeknik Kota Bharu, Kelantan ini turut berkongsi kisah inspirasi mengenai perjalanannya sebagai usahawan.

Menurut Amirul, dia mula berniaga pomade ketika zaman sekolah sebelum beralih kepada perniagaan pakaian ketika sedang menyambung pengajian dalam bidang Perakaunan.

Kata Amirul yang kini bekerja sebagai penolong akauntan, perjalanan itu sudah tentu tidak semudah yang disangka, namun ia pasti membuahkan hasil jika diusahakan dengan sepenuh hati.

Dalam banyak-banyak tempat yang kami lawati, saya paling suka Paris.

AMIRUL

"Saya minat bisnes sejak zaman sekolah lagi. Ketika sekolah menengah, saya pernah berniaga pomade. Memang seronok dapat cari duit sendiri, dapat simpan duit. Bisnes itu dibuat secara santai-santai saja.

"Kemudian ketika belajar di Politeknik, saya buat bisnes hoodie. Alhamdulillah, sekarang dah masuk empat tahun saya usahakan perniagaan ini. Kalau rasa down dalam bisnes, biasanya saya akan tonton video motivasi. Kena ingat balik permulaan kita macam mana.

"Jatuh bangun itu perkara biasa. Jadi kita kena fokus untuk upgrade. Saya juga pernah rasa nak putus asa ketika awal pandemik. Saya rasa down sebab tak ada sale. Dalam sebulan ada dua ke tiga orang saja yang beli.

amirul2

Amirul akui minat bisnes sejak zaman sekolah.

"Saya ambil masa seminggu untuk fikir dan tenangkan diri. Saya cuba fikir cara marketing. Tapi Alhamdulillah, lepas tu perniagaan makin OK. Antara strategi yang saya buat ialah bayar YouTuber dan Instafamous untuk promote bisnes saya. Saya juga buat give away dan contest untuk pelanggan," ujarnya.

Hasil usaha keras, Amirul berjaya membeli sebuah Perodua Myvi pada tahun lalu yang mana ia dianggap sebagai ganjaran atas penat lelahnya sebelum ini.

Kata Amirul, mana-mana pelajar yang berhasrat mengikuti haluan sama sepertinya perlu mempersiapkan diri dengan ilmu bisnes agar apa yang diusahakan dapat membuahkan hasil.

amirul5

Amirul mengakui perjalanan dalam bisnes yang dilaluinya tidaklah semudah yang disangka.

"Alhamdulillah, saya dapat beli sebuah Myvi dengan hasil berniaga hoodie. Saya rasa sangat berbaloi, sebab ia usaha keras saya. Saya memang dah target nak beli kereta. Setiap malam tengok gambar kereta.

"Pada saya, sesiapa sahaja boleh berniaga ketika belajar. Tapi kita kena pandai bahagikan masa. Selain itu, kita juga kena ada ilmu. Pada masa sama, kena rajin bertanya orang yang ada ilmu.

"Walaupun ada duit, tapi kalau tak ada ilmu, sudah tentu bisnes akan gagal. Pada masa sama, jangan gelap mata dengan duit bisnes. Kita kena fikir yang mana keperluan dan kehendak. Tapi tak salah untuk reward diri sesekali. Kena bijak berbelanja," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain