suria

Syahdu saat anak dapat cam ibunya yang terpisah 2 tahun ketika jalan-jalan di mall - “Yakin itu mummy, dia terus peluk”

Madmozelyza berjalan bersahaja sebelum disapa anaknya.

HIDUP berjauhan dengan anggota keluarga bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila ia melibatkan anak-anak yang masih kecil.

Video pertemuan yang penuh dengan air mata antara seorang kanak-kanak yang terpisah selama dua tahun dengan ibunya baru-baru ini ternyata meruntun jiwa.

"Tiga kali tengok, 18 kali menangis," tulis seorang warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sado tak hirau tanggapan ‘lelaki takut nak dekat’, angkat apa saja kalau tak pergi gym... tong gas pun boleh!

ARTIKEL BERKAITAN: Pembuat kek kongsi detik sedih... harapkan pelanggan bayar penuh nak guna duit beli susu anak, tapi sesuatu berlaku sampaikan terpaksa jual separuh harga

Bercakap kepada mStar, pemilik video yang juga ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut, Norshafika Rahmat, 33, berkata, video itu dirakam sewaktu kakaknya, Madmozelyza Rahmat bertemu kembali dengan anaknya Queena Qairina Ismail Hisham, 10 tahun.

Mesra dipanggil Sha, wanita ini yang juga seorang surprise planner berkata, anak buahnya itu tinggal bersama bapanya di Johor Bahru, manakala ibunya pula menetap di Singapura.

Menurut Shu, kakaknya yang sudah berpisah dengan bapa Queena, kebiasaannya akan berulang alik dari Johor ke Singapura namun wabak Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan Madmozelyza terkandas di Kota Singa itu selama dua tahun.

"Memandangkan saya memang seorang surprise planner, kakak saya 'kawtim' dengan saya untuk prank anaknya, jadi kami bawa dia ke Paradigm Mall, masa jalan tu dia perasan imbasan mak dia.

"Bila dah makin dekat dia makin yakin itu mummy dia, memang tanpa ragu lagi, dia terus peluk.

"Lepas tu kami luangkan masa sama-sama, keluar makan-makan, lepas tu kakak bawa anak dia balik rumah dia dengan Queen Danga Bay," katanya, yang menetap di Pasir Gudang, Johor.



Shu dan Madmozelyza meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Shu yang merupakan anak bongsu dari enam beradik berkata, dia amat tersentuh melihat reaksi kakak dan anak buahnya ketika mereka dipertemukan.

"Saya sangat rapat dengan keluarga, jadi bila tengok diaorang saya memang sangat tersentuh.

"Saya memang orang paling happy," katanya.



Shu (tiga dari kiri) dan Madmozelyza (dua dari kanan) bersama keluarga mereka.

Selain anak buahnya, Shu turut membantu merancang pertemuan kejutan buat ibu dan kakaknya itu.

"Orang tua kan, mestilah rindu, lagi pula dah beberapa kali hari raya kakak tak ada, kakak memang akan call tanya khabar.

"Ibu terkejut sangat, dia tak sangka, dia ingat keluar makan macam biasa tiba-tiba anak dia yang dah dua tahun tak balik ada depan mata, kakak pula pakai mask, lagi la mak memang tak cam mula-mula," katanya.



Shu juga membantu kakaknya membuat kejutan pada ibu mereka.

Menjawab persoalan sesetengah netizen yang mempersoalkan kenapa kakaknya tidak memilih untuk pulang ke negara asal, Shu berkata, kakaknya tidak boleh buat keputusan secara mengejut kerana dia mempunyai kontrak kerja selain komitmen yang perlu ditanggung.

"Ramai tanya kenapa tak balik, sudah tentu akak ada perasaan nak balik tapi keputusan tu tak boleh nak dibuat dengan tiba-tiba sebab dia ada komitmen, aset yang perlu dibayar, kalau balik sini masa pandemik hari tu, di Malaysia pun ramai yang kena buang kerja.

"Dugaan setiap orang berbeza, ada yang dapat peluang tinggal dengan keluarga tapi mereka hilang pekerjaan.

"Jadi kalau dia balik tapi tak dapat kerja, susah la, dia memang kerja hanya untuk anak, mak saya dan untuk bayar komitmen yang dia ada," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain