BENCANA banjir yang melanda di kebanyakan kawasan di negara ini merosakkan harta benda termasuk mengorbankan banyak nyawa. Sekecil mana pun barang yang dimiliki, pastinya memberi kesan amat mendalam kepada mereka yang terjejas akibat banjir. Begitulah nasib yang menimpa seorang mangsa banjir apabila koleksi kereta permainan yang digilai ramai, Hot Wheels habis ditenggelami air. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-siakan hobi, duit poket jualan hotwheels dorong remaja bantu ibu bapa... Wak Doyok pun tempah! - "Saya tak lokek nak kongsi ilmu" ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bundle sedekah pakaian, sebak kedai belum buka mangsa banjir dah tunggu depan pintu nak tukar baju basah - "Ada yang bawa duit RM10’" Bercakap kepada mStar, Hisyam Samsuri berkata, dia merupakan pengumpul Hot Wheels sejak lebih 20 tahun ketika belajar di sekolah menengah. Pemuda berusia 39 tahun itu memberitahu, kesemua koleksi itu disimpan di rumah keluarganya di Kuantan, Pahang, dan ketika kejadian dia berada di Mersing, Johor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Ketika itu hanya mak dan adik perempuan di rumah. Bila saya dapat panggilan daripada adik mengenai banjir, perkara pertama saya terfikir adalah keselamatan mereka. "Saya juga terfikir koleksi Hot Wheels. Tapi saya minta mereka selamatkan benda yang lebih penting seperti dokumen penting dan tiga kereta di rumah," katanya ketika dihubungi. Antara model Hot Wheels yang ditemui dalam keadaan kotak yang basah. Menurutnya, dianggarkan hampir 4,000 kereta yang dikumpul dengan kesemuanya adalah model jenis real cars atau kereta di atas jalan. "Hampir kesemua koleksi kereta Hot Wheels saya masih disimpan dengan baik. Saya terus terbayang sebuah kotak paling besar yang diletakkan di bahagian bawah di sebuah kabinet. "Dalam kotak tu ada koleksi paling lama. Jika lebih lama, nilainya lebih tinggi. Kereta sekecil itu boleh dijual pada harga lebih RM100 sebuah," ujarnya yang berasal dari Kuantan. Sebahagian daripada hampir 4,000 model Hot Wheels dalam koleksi Hisyam. Hisyam yang merupakan bapa kepada tiga anak itu hanya pulang ke Kuantan keesokkan hari dan koleksi yang terjejas akibat banjir telah diasingkan dengan bantuan adik-beradiknya. "Sampai je tengok kebanyakannya dah basah. Jujurnya saya rasa hampa dan tengok keadaan kotak-kotak yang basah buat saya sedih, tapi saya lebih fikir keselamatan mak dan keluarga. Jujurnya saya rasa hampa dan tengok keadaan kotak-kotak yang basah buat saya sedih, tapi saya lebih fikir keselamatan mak dan keluarga HISYAM SAMSURI "Saya bersyukur kerana pintu pagar depan rumah berjaya menghalang barang-barang di rumah keluar dari rumah dan dihanyutkan oleh arus deras. "Mujur lebih banyak koleksi kereta Hot Wheels terselamat kerana disimpan di bahagian atas kabinet. Kira-kira 1,000 buah dengan kotak-kotak rosak ditenggelami air," katanya sambil menambah kesemua koleksi dicuci sehingga bersih. Anak sulung Hisyam membantu mencuci model Hot Wheels selepas banjir surut. Dia yang merupakan content creator bagaimanapun tidak bercadang untuk menjual mana-mana koleksi kereta Hot Wheels tanpa mengira harga yang ditawarkan. "Kotak yang basah dibuang dan hanya tinggal kereta atau dah jadi loose item. Hala tuju saya adalah menyimpan dan display (pamer), menjualnya bukan satu keutamaan. "Bagi saya, tak elok jual loose item. Lebih baik saya berikan sebahagiannya kepada kanak-kanak di kampung termasuk anak-anak saudara saya," katanya sambil menambah mempunyai pelbagai edisi Hot Wheels antaranya varisan Supra MK 4 dan varian Ford Raptor F150. Hisyam bersama antara koleksi edisi istimewa Hot Wheels. Reda dengan kejadian banjir yang berlaku, Hisyam menganggapnya sebagai pengalaman baharu sebagai pengumpul koleksi. "Saya pasrah, anggap sebagai warna-warni hobi mengumpul koleksi. Tak pernah berlaku sebelum ini, tapi saya tak serik dan saya tetap on untuk membeli dan mengumpul lagi," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI