suria

Tak serik berparut main roller blade, peniaga air mangga imbas kisah gerai sepi tanpa pelanggan... malam kerja lain pula, kalau nak kaya kena usaha keras

Wan juga tidak segan untuk berkongsi video memaparkan aksinya yang terjatuh ketika bermain roller blade.

DISEBALIK senyuman yang terukir ketika bermain roller blade, tersembunyi kisah penuh inspirasi melibatkan jejaka ini.

Menurut Wan Muhd Faizal Wan Musa, 23, dia mula berkecimpung dalam aktiviti itu sekitar sembilan tahun lalu dan ia tidaklah semudah yang disangka.

Sebelum menguasai pelbagai kemahiran dalam roller blade, dia puas mengumpul parut dan jatuh bangun sudah dianggap sebagai satu perkara biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah main 12 jam sehari, sampai seluar koyak! Selepas 4 tahun 'berpisah', guru sarung roller blade lagi... rupa-rupanya dapat jodoh pun di bowl!

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka roller blade turun tangga mengundur seronok orang awam beri tepukan, tak kisah ada banyak parut - “Mula-mula pinjam kawan punya saja”

"Saya sudah bermain roller blade sejak sembilan tahun lepas. Pada saya, jatuh bangun ketika main roller blade merupakan satu perkara normal.

"Luka pun satu kebiasaan. Memang akan alami luka. Kalau ingat dulu-dulu, saya tak pakai pakaian yang bersesuaian, selalu jatuh dan luka di bahagian siku, tapak tangan dan lutut.

"Jadi kalau ada sesiapa nak belajar, saya sarankan mereka pakai pakaian yang selamat, khususnya pada lutut dan siku. Saya terjatuh, lekat parut sehingga ke hari ini," ujarnya yang mesra disapa Wan.

Menurut anak bongsu daripada 14 beradik itu, dia acap kali beraksi di sekitar Taman Layang-Layang, Kepong yang mana rakannya turut membuat khidmat sewaan kasut roller blade di kawasan rekreasi tersebut.

wan4

Selain gerai minuman, Wan turut bekerja di kedai baju.

Jelas Wan, segala aksi yang dipamerkan terasa dihargai apabila dirinya turut menjadi tumpuan mata orang ramai yang berada di lokasi itu.

"Bila main roller blade depan orang, rasa macam tengah buat persembahan. Bila orang rakam video saya, orang tepuk tangan... saya rasa dihargai.

Awal-awal dulu, ada rasa nak putus asa. Dalam sehari, hanya satu atau dua gelas minuman terjual.

WAN

"Kalau nak diingat balik, saya ambil masa dalam dua ke tiga bulan untuk belajar. Saya pula jenis lambat belajar," ujarnya yang menetap di Damansara Damai, Selangor.

Dalam pada itu, Wan juga ada berkongsi video-video dia bermain roller blade menerusi TikTok.

Selain itu, dia juga tidak segan untuk berkongsi video memaparkan aksinya yang terjatuh ketika bermain roller blade, sekaligus membuatkan anak muda ini dihujani banyak pertanyaan netizen berkaitan aktiviti itu.

wan5

Wan mula berniaga di gerai ini pada pertengahan tahun lalu.

Mengenai dirinya, Wan merupakan peniaga air mangga sejak Jun tahun lalu.

Selain gerai minuman yang diusahakan bersama abangnya, Wan turut bekerja di kedai percetakan baju milik keluarganya di Uptown Kota Damansara pada waktu malam.

"Siang saya buka gerai mango ice blended, malam pula jual baju di uptown. Pada tahun lepas, kedai baju tak boleh buka waktu malam ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

wan2

Wan mula bermain roller blade sekitar sembilan tahun lalu.

"Jadi, kami buka gerai minuman sehinggalah hari ini. Penat memang penat, tapi saya dah biasa kerja begini.

"Awal-awal dulu, ada rasa nak putus asa. Dalam sehari, hanya satu atau dua gelas minuman terjual. Tapi sekarang Alhamdulillah makin OK.

"Darah bisnes memang dah mengalir dalam diri saya dan keluarga. Walaupun nak putus asa, saya teruskan juga. Nak kaya bukan terus kaya, tapi kena kerja keras," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain