suria

Berani betul! Siapa gerangan wanita pakai viel hitam berlegar di penempatan tinggalan menjelang senja?

Aksi Neysa memakai viel di sebuah lokasi di Sungai Buloh, Selangor.

MEREMANG bulu roma menyaksikan video menunjukkan seorang gadis bersendirian dalam persalinan busana hitam.

Menerusi video yang kelihatan suram, aksinya yang turut memakai viel rona sama menimbulkan tanda tanya.

Lagu yang dipetik daripada runut bunyi filem seram Indonesia, Pengabdi Setan sebagai latar belakang video menambah misteri siapa gerangan wanita 'viel hitam' itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik mesin ATM dalam ‘hutan’ sampai tak berani keluar kereta, gadis siap pergi semula waktu siang... terkejut, rupa-rupanya dekat kubur! - "Seram fikir nampak hantu"

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Penduduk kampung seram, takut keluar malam gara-gara 'pocong' - "Misteri macam pintu rumah kena ketuk"

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Khairunnisa Assila Saharudin berkata, dia tidak menyangka videonya meraih perhatian di laman sosial dengan begitu banyak komen netizen.

Lebih mesra disapa Neysa, viel hitam tersebut dibeli secara dalam talian dan pada asalnya digunakan untuk rakaman video konten melibatkan seorang model.

"Saya suka rakam video dan kongsi di laman sosial. Viel hitam tu dibeli pada harga RM13.50 untuk dijadikan props untuk rakaman bertemakan gothic.

"Tapi rancangan tak menjadi sebab model tersebut tak free pula. Jadinya saya buat video rakaman diri sendiri dengan bantuan seorang rakan," katanya ketika dihubungi.

viel seram 5

Viel hitam dibeli Neysa secara dalam talian.

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, lokasi penggambaran video tersebut diadakan dekat Sungai Buloh, Selangor yang menempatkan rumah-rumah lama bekas pesakit kusta.

Menurut Neysa, dia mengakui cakap-cakap segelintir masyakat mengenai kawasan itu yang dikaitkan dengan kisah seram dan mistik.

"Ada yang kata timbul perasaan tak best melihat rumah-rumah tinggal bila lalu di situ. Ada juga yang cakap tempat di situ 'keras'.

"Tapi saya tak rasa takut walaupun selalu berjoging di situ pada waktu petang. Bagi saya, tempat tu cukup estetik," ujarnya yang menetap di Sungai Buloh.

viel seram 2

Salah satu rumah di lokasi penggambaran.

Namun anak kedua daripada tiga beradik itu mendedahkan rakaman dibuat pada lewat petang, sekali gus menghidupkan suasana sunyi dan suram.

"Memang rancang untuk pakai serba hitam termasuk viel. Mula rakam pada pukul 6.30 petang dan selesai pada waktu senja selepas pukul 7 petang.

Ada yang kata timbul perasaan tak best melihat rumah-rumah tinggal bila lalu di situ. Ada juga yang cakap tempat di situ 'keras'

KHAIRUNNISA ASSILA SAHARUDIN

"Saya tak pakai mekap pun, semuanya dilakukan secara spontan. Saya cuma pakai lip gloss dan lukis kening," katanya yang bertugas dalam pemasaran media sosial di sebuah syarikat penerbangan.

Menurut Neysa yang meminati filem seram dan misteri, The Exocism of Emily Rose dan Marlina the Murderer in Four Acts, dia tidak menyangka videonya memakai viel hitam di aplikasi TikTok membangkitkan mood seram dalam kalangan netizen.

viel seram 3

Gaya misteri Neysa menambah mood suram dan sunyi.

"Pada asalnya saya guna lagu lain untuk video tu. Tapi macam-macam versi lagu dibuat netizen sehinggalah saya memasukkan versi baru dengan lagu daripada filem Pengabdi Setan.

"Saya buat rakaman video sebagai content di laman sosial sekadar suka-suka. Tak ada pengalaman pun, hanya belajar sendiri dari YouTube mahupun tengok video orang lain.

"InsyaAllah saya akan teruskan buat video-video menarik. Tapi jujurnya lokasi tu walaupun ada yang kata seram, tapi pemandangannya sebenarnya cukup unik dan cantik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain