suria

Susah-susah siapkan ‘kek hidup’, pemuda selamba kunyah kepala burung - “Ada yang tak berkenan, tak lalu nak telan”

Seorang pemuda "slumber" kunyah kepala seekor "burung".

VIDEO seorang pemuda tanpa rasa bersalah menggigit sebelum mengunyah kepala seekor 'burung terkukur' baru-baru ini memang cukup seram untuk dilihat.

Namun komen yang ditinggalkan pemilik video berkenaan bagaimanapun memberikan kelegaan buat penonton.

Guys, kek burung yang korang tengok macam burung betul tu saya order dengan kak Tirah ni, korang boleh tengok TikTok dia,” tulis pemilik akaun TikTok berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aina Zaidi.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau malu macam mana nak tanggung semua ni” - Mangsa banjir buntu, barang berniaga turun temurun lesap sekelip mata

ARTIKEL BERKAITAN : Pagi akad nikah, malam suami merenggek kerana terlalu rindu... isteri tak sangka terbongkar sisi manja imamnya di hari pertama kahwin

Bercakap kepada mStar, pembuat kek tersebut, Nurathirah Mohamad, 24, berkata, sejak kecil lagi dia suka melihat kek dengan dekorasi lain daripada lain dan dari situ timbul minat untuk mendalami ilmu membuat kek.

Dia yang sudah empat tahun menjual kek berkata, bermula dengan hanya suka-suka, dia akhirnya memberanikan diri untuk berniaga bagi membantu suaminya menambah pendapatan keluarga.

"Saya belajar buat kek sendiri dari internet, kebanyakannya dari YouTube.

"Memandangkan sekarang ni pun memang dah ramai home baker jadi saya cuba cari kelainan untuk pastikan kek saya berbeza dengan baker lain," katanya yang menetap di Peringat, Kota Bharu, Kelantan.



Antara kek yang dihasilkan Nurathirah.

Permulaan kariernya dalam bidang ini bagaimanapun tidak mudah.

"Banyak cabaran dan dugaan yang saya perlu tempuhi sebelum capai tahap ni, paling teruk bila kek rosak, jadi berlubang dekat tengah, mendap, macam-macam la sebelum nak dapat hasil macam sekarang.

"Berkali-kali saya buat sebelum ni tapi tak jadi, sampai menangis bila tengok tak jadi, sebab modal habis, tapi Alhamdullilah semangat saya untuk terus mencuba tak pernah berhenti," katanya.

Menurut Nurathirah, dia mengambil masa lebih kurang sehari untuk menyiapkan sebiji kek dengan tema burung.

"Tapi penyediaan tema biasanya memakan masa sebab nak siapkan bentuk serta nak gabungkan dengan warna yang sesuai supaya objek nampak hidup.

"Saya juga perlu fikirkan elemen yang bersesuaian dengan objek utama, pemilihan jenis font juga perlu diambil kira.

"Saya akan gunakan fondant atau gumpaste untuk bentuk objek utama," katanya sambil menambah harga bagi sebiji kek tersebut berbeza-beza mengikut jenis dekorasi.



Antara kek dengan tema burung yang dihasilkan Nurathirah.

Selain kek bertemakan burung, Nurathirah juga pernah menghasilkan pelbagai lagi kek bertema seperti badan beruniform, beg tangan Gucci, iguana, ikan pancing, mekanik dan tukang kayu.

Selain kek bertema, dia juga ada membuat cupcake bertema, cheese tart deko, brownies, kek coklat lava dan sebagainya.



Kek Cokolat Larva yang dijual Nurathirah.

"Biasanya kek yang disediakan berlainan rasa, ada vanila, mangga, blueberry, coklat, pandan dan lain-lain.

"Saya akan cuba yang terbaik untuk penuhi permintaan pelanggan," katanya.



Kek yang yang dihasilkan Nurathirah kelihatan sama seperti objek sebenar.

Kek bertema yang nampak 'hidup' atau begitu hampir dengan barangan atau haiwan sebenar ini bagaimanapun kadangkala tetap menimbulkan kegerusan bagi sesetengah orang.

"Ada juga kawan-kawan saya yang tak berapa berkenan, siap cakap tak lalu nak telan la.

"Tapi customer Alhamdullilah setakat ini selalu dapat feedback positif dan selalu repeat order," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain