suria

Usia hampir seabad, romantik macam baru kahwin... cucu dari jauh ada sebab mula simpan koleksi video sweet datuk, nenek

Kemesraan tokwan dan nenek Nurul seperti pasangan baru kahwin.

BIARPUN usia hampir satu abad, ikatan kasih sayang bagi pasangan warga emas ini cukup kuat.

Sebuah video yang dikongsi salah seorang cucu di laman sosial menunjukkan telatah kedua-duanya semasa sambutan hari jadi begitu mencuit hati.

Melihat kemesraan mereka, ia tidak ubah seperti pasangan yang baru berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Layankan aje permintaan potong rambut, cucu terkejut dapat tahu datuk usia 80 tahun ada akaun TikTok! - "Atuk excited muka dia lalu kat FYP"

ARTIKEL BERKAITAN: Apa sudah jadi? Askar garang akhirnya berjaya 'ditewaskan' tiga tentera kecil... anak dedah bapa seronok sangat layan cucu sampai pitam!

Nurul Hazirah Ahmad memberitahu, video sempena hari jadi pada 5 Oktober itu baru dikongsinya di laman sosial bagi mengubat kerinduan terhadap datuknya, Hamid Salleh dan nenek, Embon Arshad, masing-masing berusia 86 dan 81 tahun.

Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, kedua-dua datuk dan neneknya yang lebih mesra dipanggul tokwan dan nenek tokwan menetap di Bukit Tembaga, Kuala Nerang di Kedah.

"Video tersebut dirakamkan oleh abah (panggilan bapa) yang tinggal di Alor Setar sebelum saya buat perkongsian sebagai simpanan untuk masa akan datang.

"Kali terakhir jumpa tokwan pada 2018 anak-anak masih kecil jadi sukar untuk travel jauh selain PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sejak tahun lepas dan kesibukan suami menganggotai PGA (Pasukan Gerakan Am).

"Nenek pula baru saya jumpa baru-baru ini selepas dibawa berjumpa kami di Johor. Tokwan tak suka berjalan jauh," katanya kepada mStar.

atuk nenek romantik 4

Tokwan Nurul, Hamid Salleh.

Nurul berkata, dia mula menyimpan video-video datuk dan neneknya susulan pemergian datuk sebelah ibu pada usia 98 tahun, Mei lalu kerana sakit tuan.

"Atuk saya sebelah mak baru meninggal tahun ni. Tapi tak ada sangat video dengan arwah atuk. Kadang-kadang teringat dan rindu, jadi saya hanya tengok gambar-gambar.

"Sebab itulah walaupun dah lama tak jumpa tokwan, saya minta abah kirimkan video-video tokwan dan nenek termasuk rakaman lama," ujarnya berasal dari Kluang, Johor.

Menurut anak tunggal itu, dia mengakui datuk dan neneknya yang lebih dikenali sebagai Pak Long Mid dan Mak Long Bon di kampung mempunyai perwatakan cukup romantik.

"Tokwan dan nenek memang sweet, selalu menghabiskan masa bersama. Semua aktiviti dilakukan bersama dari solat berjemaah sehingga berkebun.

"Pada usia begitu, tokwan dan nenek tetap rajin ke kebun di belakang rumah. Mereka tanam cili dan pelbagai jenis sayur-sayuran," tambahnya.

atuk nenek romantik 3

Nenek Nurul, Embon Arshad.

Tambah Nurul, di belakang rumahnya terdapat pokok-pokok getah di mana datuknya ketika muda mencari rezeki sebagai petani dan penoreh getah.

"Tokwan ni seorang yang kelakar. Dia tak banyak bercakap berbanding nenek yang lebih banyak bercakap. Persamaan kedua-duanya adalah caring dengan cucu-cucu.

Tokwan ni seorang yang kelakar. Dia tak banyak bercakap berbanding nenek yang lebih banyak bercakap. Persamaan kedua-duanya adalah caring dengan cucu-cucu

NURUL HAZIRAH AHMAD

"Sebelum ni, setiap kali balik ke kampung, tokwan dan nenek pasti akan tanya nak makan apa. Semestinya mereka masuk dapur dan masak bersama-sama.

"Masakan kesukaan adalah sambal ikan bilis petai, rebung tumis dan sambal serta ulam-ulaman," katanya yang merupakan ibu kepada tiga anak.

atuk nenek romantik 2

Nurul (kiri) bersama nenek.

Walaupun ibunya kini bergelar ibu tunggal setelah berpisah dengan bapanya 11 tahun lalu, kata Nurul, hubungan datuk dan neneknya bersama ibu sekeluarga di Johor amat baik.

"Mereka masih berhubung dengan mak saya. Tokwan dan nenek bukan sahaja sweet antara mereka, tapi caring dengan anak dan cucu termasuk bekas menantu... itulah keperibadian mereka yang buat saya cukup sayang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain