suria

"Jangan sebarkan, kesian anak dia"

Wanita ini mendakwa dia didatangi Rasulullah SAW.

AHLI keluarga seorang wanita yang mendakwa didatangi Rasulullah SAW ketika berada di sebuah hotel di Madinah, merayu orang ramai supaya tidak menyebarkan video-video wanita terbabit.

"Assalammualaikum, beliau ibu saudara saya, maaf sekarang beliau berada dalam keadaan kecelaruan dan di Madinah," katanya.

Pengguna TikTok, Ku Nabeel mendakwa ibu tiga anak itu disahkan menghidap bipolar.

"Dia sakit bipolar, kalau nak ikutkan dia pun tak mahu dirinya seperti tu, kami adik beradik kesian tengok, kesian anak dia tiga orang.

"Fikir la perasaan keluarga, kami dah usaha sepenuhnya untuk block akaun Facebook dia, last-last orang viralkan macam tu je," katanya.

Media melaporkan wanita berusia 38 tahun ini mendakwa dia didatangi Rasulullah ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.

Dia yang berasal dari Alor Setar, Kedah turut mendakwa tidak boleh balik ke tanahair dengan jemaah yang lain.

Dakwa wanita itu lagi, baginda Rasullullah juga berinteraksi secara langsung dengannya dan mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia.

Di dalam rakaman secara langsung itu, dia turut menyebut nama isteri nabi, Siti Khadijah dan anak baginda, Fatimah Az-Zahra.

Video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @kingalsakran mendapat lebih 1.7 juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bipolar, mekah, madinah, viral,

Artikel Lain