TERCIDUK - itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan situasi dialami seorang lelaki yang kantoi berniat jahat terhadap seorang wanita yang boleh memahami dan bertutur bahasa Mandarin. "Weh dia nak naik tu tolak je dia, jangan bagi dia naik," kata lelaki tersebut dalam bahasa Mandarin kepada rakannya, merujuk kepada seorang wanita di kolam renang. Apa yang tidak disangkanya adalah, wanita tersebut, Syaza Amira Azahar, 28, sebenarnya fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. ARTIKEL BERKAITAN: Sekelas tapi tak bertegur, kemudian dating di tembok ala ‘makcik bawang’... akhirnya jiran sebelah rumah jadi isteri - “Tak terfikir, mimpi pun tak pernah” ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi sambil duduk pun sedap, patutlah gadis ini ada ramai followers dari seberang... Sarah Suhairi ‘target’ seterusnya! "Saya balas cakap Mandarin... ha tolaklah, kenapa tak tolak? Kalau berani tolaklah, jangan cakap je," katanya, sambil menambah lelaki tersebut hanya menjeling kepada rakannya sambil menahan malu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi kisahnya dengan mStar, wanita yang mesra disapa sebagai Mia ini berkata, dia sebenarnya mendapat pendidikan awal di sekolah Cina. "Saya dihantar belajar bahasa Mandarin sejak umur lima tahun, saya dihantar ke tadika Cina, jadi saya cepat tangkap and cepat belajar, sebab tu bila masuk sekolah rendah, saya tak kekok. "Masa sekolah rendah dulu saya sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Semambu, Kuantan, Pahang tapi saya tak teruskan sehingga ke sekolah menengah sebab saya dapat 5A masa UPSR jadi saya dapat tawaran masuk sekolah kluster, iaitu Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan," katanya yang bekerja sebagai content moderator TikTok Malaysia. Berkongsi pengalamannya di sekolah, Mia mengakui berdepan dengan kesukaran untuk mencari kawan pada mulanya, namun lama kelamaan berjaya mendapat sahabat karibnya sendiri. "Dulu agak susah nak adapt sebab tak ramai Melayu, kebanyakan murid Cina hanya kawan sesama mereka, tapi nasib baik lama kelamaan saya dapat sesuaikan diri dan akhirnya saya dapat kawan serta kawan baik sendiri. "Cuma sekarang kami dah lost contact. "Satu lagi pengalaman sekolah Cina ni adalah, cikgu dekat situ memang garang dan tegas bab kerja sekolah," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur. Mia rajin bercerita di media sosialnya menggunakan pelbagai bahasa seperti Mandarin dan Inggeris. Menurut Mia, selain mempunyai kelebihan untuk mengetahui jika terdapat individu atau kumpulan yang mengumpat tentang dirinya, kebolehannya berbahasa Mandarin juga memudahkan dia mencari peluang pekerjaan. Bagaimanapun Mia mengakui sudah tidak boleh membaca tulisan Mandarin memandangkan dia tidak berlatih untuk mengasah kemahiran tersebut. "Bahasa Mandarin ni kita memang kena praktis sebab kalau tak memang boleh lupa, saya dah tak boleh membaca sebab tak buat latihan, cuma boleh baca sikit je. "Kini saya hanya boleh bertutur dan faham bahasa Mandarin sahaja. "Saya selalu tengok drama Cina dekat YouTube, lepas tu tengok TikTok Education mengenai bahasa Cina supaya saya tidak lupa," kongsinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI