KEHADIRAN 22 ekor kucing menjadi pelengkap kepada hidup gadis ini. Hanya mahu dikenali sebagai Mei, 27, dia yang berasal dari Sabah mula membela kucing sejak kecil lagi yang mana minat itu turut dikongsi bersama ahli keluarganya. "Sebenarnya mak saya memang suka haiwan. Apa saja haiwan dia pasti suka. Sekarang ada 22 ekor kucing di rumah. Ahli keluarga saya juga suka kucing. Dah anggap kucing macam keluarga sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu takut, kini hidup dengan kucing! Wanita ini reda 3 virus ragut nyawa si bulus kesayangan, cuma terkilan parcel untuknya lewat tiba ARTIKEL BERKAITAN: Amboi! Kucing garang bertukar manja hanya selepas dipanggil ‘sayang’ - “Suami saya hadiahkan, tapi dia pun takut Ciko” "Sejak saya kecil sudah mula bela kucing. Kami selamatkan kucing jalanan dan bawa balik ke rumah. Sebelum ambil kucing, kami fikir juga soal kewangan, ruang dan masa. "Tapi kadang-kala tak sampai hati, kami ambil saja kucing tu bawa balik. Saya percaya konsep rezeki biarpun kena berbelanja banyak untuk kucing. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Setiap kali balik rumah, kucing dah tunggu depan pintu. Bila duduk, saya akan dikerumuni kucing. Terus hilang rasa stress," ujar anak kedua daripada tiga beradik itu. Menerusi aplikasi TikTok, Mei turut berkongsi video mengenai dua ekor anak kucing yang diberi nama Oreo dan Cookie. Mei memiliki 22 ekor kucing di kediaman keluarganya. Video Mei menyelamatkan dua ekor kucing itu turut meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 3 juta tontonan. "Saya selamatkan Oreo dan Cookie pada April tahun lalu. Saya jumpa mereka di bawah kereta terbiar di kawasan rumah saya. Awalnya saya hanya datang bagi makan, lama-lama mereka makin selesa dengan saya. Kita boleh bantu ikut kemampuan. Contohnya bagi makan kepada haiwan jalanan. Kita pun tak tahu bila kali terakhir mereka dapat makan. MEI "Setiap hari, dua kali saya bagi makan. Saya juga selalu periksa, risau mereka masuk longkang dan tak boleh keluar. Saya juga risau sekiranya dua ekor kucing itu diserang anjing. Bila tengok mereka, rasa tak sampai hati nak tinggal. "Selepas berbincang dengan keluarga, saya bawa masuk Orea dan Cookie. Sangat seronok dengan kehadiran mereka. Cookie kuat tidur, Oreo pula sangat rapat dengan saya. Selalu temankan saya, tidur dengan saya. "Pada masa sama, saya tak sangka video itu dapat sehingga 3 juta tontonan. Saya hanya buat kompilasi video itu untuk disimpan sebagai kenangan di TikTok," ujar graduan bidang Perniagaan dan Pengurusan Hospitaliti itu. Mei mula membela Oreo dan Cookie sejak April tahun lepas. Bercerita lanjut, Mei turut dihujani pelbagai komen netizen selepas video berkenaan tular di aplikasi TikTok. Selain memuji usaha murni dia dan keluarga dalam merawat kucing jalanan, ada yang turut menghubunginya untuk memiliki dua ekor kucing berkenaan. "Ada macam-macam komen di TikTok. Ramai yang puji kecomelan Oreo dan Cookie. Pada masa sama, ramai yang minta update, nak tengok keadaan terkini mereka. "Ada juga yang kata mereka kini terbuka hati nak tolong haiwan jalanan lepas tengok video saya. Selain itu, ada yang mesej saya di Instagram nak minta kucing itu. Tapi saya tak nak bagi, saya dah anggap mereka macam keluarga sendiri," ujar gadis Sino Dusun itu. Perkongsian Mei mengenai kucing-kucingnya tular di aplikasi TikTok. Dalam pada itu, Mei turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa berbuat baik kepada haiwan, khususnya yang terbiar tanpa pertolongan. "Saya faham, ada yang tak boleh bela kucing kerana ibu bapa tak bagi kebenaran. Ada yang tinggal di apartment, tak boleh bawa masuk haiwan. "Tapi kita boleh bantu ikut kemampuan. Contohnya bagi makan kepada haiwan jalanan. Kita pun tak tahu bila kali terakhir mereka dapat makan. "Kalau boleh, peliharalah kucing jalanan. Tolong mereka. Jangan beli. Tapi kalau ada yang nak beli kucing, itu preference masing-masing," ujarnya lagi. Mengenai dirinya, Mei kini bekerja dengan keluarganya yang membuka kedai muzik dan menawarkan pengajian gitar, violin dan ukulele di Kota Kinabalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI