MELAKUKAN dakwah melalui platform media sosial bukan lagi perkara baharu. Itulah apa yang dilakukan oleh Ahmad Mohd Yusof, yang juga penuntut di Pondok Moden DAR Saidina Abdullah (DarSA), Kuala Nerang, Kedah.ARTIKEL BERKAITAN: Main TikTok untuk kongsi pahala, bacaan surah al-Kahfi menusuk kalbu... siapa gerangan pemuda kacak bersuara merdu ini?ARTIKEL BERKAITAN: Dulu aktif nasyid di sekolah, kini rancak di TikTok... pelajar terima respons luar jangka "Masa tu dah waktu Maghrib, saya dalam perjalanan nak balik ke rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya perhati semua tengah khusyuk main phone scroll TikTok masing-masing di kedai makan. "Saya pun terus parking kereta di tepi jalan dan secara spontan rakam diri saya bertanya Aii, semayang dak lagi?" Ahmad mengimbas mengenai video tularnya, yang juga menjadi permulaan dia aktif di TikTok, awal tahun ini. Jejaka ini cukup terharu dengan komen positif ditinggalkan di video TikToknya. Menurut anak sulung daripada lima adik beradik ini, dia tidak sangka video perkongsian secara suka-suka yang dihasilkan meraih sehingga 1.1 juta tontonan di aplikasi tersebut. Malah dia juga tidak menyangka pendekatan yang digunakan, iaitu menegur seseorang dengan lemah lembut di dalam video mampu membuatkan ramai wanita terpikat sehingga dia digelar 'ustaz soft spoken'. "Assalamualaikum ustaz, macam mana nak buang perasaan dekat ustaz sebab saya dah jatuh hati dekat ustaz. Saya tak boleh buang perasaan mustahil ni. "Semoga diberi jodoh yang soft spoken macam ni bila ajak buat beribadat. "Boleh tak ustaz bimbing saya?" demikian antara luahan hati dan ayat-ayat yang ditinggalkan di ruangan komen serta mesej secara peribadi netizen yang diterima oleh pemuda ini. Ahmad menuntut ilmu agama di sebuah sekolah pondok di Kuala Nerang, Kedah. Namun di sebalik kata-kata pujian diterima termasuklah wajahnya yang dikatakan kacak, dia sendiri tidak ambil peduli mengenainya dan hanya mahu fokus kepada tujuan utamanya iaitu dakwah dan nasihat yang ingin disampaikan. Menurut anak jati Kuala Nerang ini, dia menjadikan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri sebagai idolanya juga sebagai individu yang menasihatinya dalam segala keputusan termasuklah soal jodoh. Ahmad menimba ilmu agama dengan Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri. Tambahnya, dia juga berhati-hati dengan apa yang disampaikan, bimbang sekiranya ilmu disampaikan boleh memberi kekeliruan kepada pengikutnya di media sosial. "Alhamdulillah, saya bersyukur dengan segala komen positif saya dapat. Mengenai pujian rupa paras, saya tidak layan kerana saya tidak mahu orang anggap disebabkan pujian itu saya berdakwah," katanya. Berkongsi kisah peribadinya, bapa Ahmad yang merupakan seorang bilal atau imam di masjid juga memiliki sebuah rumah kebajikan anak yatim di Kuala Nerang dan ibunya merupakan seorang guru KAFA di situ. Ahmad kini menjalankan bisnes secara sendiri iaitu menjadi mutawif mengiringi jemaah yang ingin menunaikan haji. Kata Ahmad lagi, setelah rakaman videonya tular, dia melihat aplikasi TikTok sebagai satu platform mudah dan efisyen dalam menyebarkan dakwah menjadi kegemaran anak muda kini. Ahmad bersama dengan ibu bapanya. Selain itu, dia juga menggunakan perkataan 'Aii' dalam setiap permulaan rakaman video mahupun kapsyen sebagai trademark dirinya. "Bila video saya viral tu, saya tidaklah seronok sebab famous tapi sebaliknya saya telah bagi pengaruh baik sebab ramai orang beramal disebabkan video tu. "Saya harap dengan asbab video-video saya tersebar, menjadi asbab orang tergerak hati untuk solat dan berselawat. Semoga semua kebaikan itu menjadi saham akhirat saya. "InsyaAllah saya akan teruskan lagi buat content bermanfaat macam ni. Saya akan buat takat saya mampulah," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI