suria

Opah lagi best! Nenek rela batal temu janji selepas ‘tewas’ dengan video cucu, cubaan ibu ‘umpan’ anak gagal - “Dia seret beg sampai tengah malam”

Anggun tak makan pujukan ibunya dan tetap ingin ke rumah opah.

CUBAAN seorang ibu 'mengumpan' anaknya dengan mainan serta makanan kegemarannya sebagai ganti kerana tidak dapat pergi ke rumah neneknya gagal!

"Dia tewas dengan donat chocolate dan Kinder Joy tapi lepas habis semua dia minta jumpa opah balik," cerita Nur Jamilah Afifa Razali.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu 10 tahun dapatkan zuriat, tapi wanita ini diuji lagi... Suami meninggal dunia ketika kandungan 7 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Akibat’ jadi diri sendiri, rakan-rakan kepada ‘wanita bersuara lelaki’ sering dianggap curang oleh pakwe masing-masing

Mesra disapa Ella, wanita berusia 33 tahun itu terdahulu berkongsi video anaknya dibawa ke sebuah pusat membeli belah bagi mengalihkan perhatian anaknya yang tiba-tiba rindukan neneknya yang dipanggil opah.

Menurut Ella, anaknya itu, Anggun Suffiyya Nur Salam, 4 tahun, memang cukup rapat dengan ibu mentuanya.

"Asalnya, dia video call dengan opah, lepas tu agaknya datang rindu, lepas video call dia kemas baju dalam beg, paksa suruh bawa pergi rumah opah.

"Kami tak dapat nak bawa sebab ayahnya bekerja dari 12 tengah hari sampai 12 tengah malam, opah dia pula memang sibuk sikit minggu ni, dia ada urusan di Jabatan Pendaftaran Negara dan ada check up.

"Jadi saya cuba alih perhatian dia, biasa kalau dia buat perangai saya bawa pegi beli toy untuk alih perhatian tapi kali ni dia tak nak langsung," katanya yang menetap di Bandar Puteri, Bangi manakala ibu mentuanya pula tinggal di Puchong.



Ella dan keluarganya.

Usaha anaknya memujuk ibu bapa mereka berterusan sehingga keesokan harinya.

"Dia seret merata beg sampai tengah malam bawa beg ajak pergi rumah opah. Lepas tu bangun pagi pun dia terus ambil beg, minta lagi nak ke rumah opah, buat perangai lagi.

"Lepas tu opah mesej ayah dia nak datang ambil Anggun, lepas tengok video cucu dia opah cancel urusan dia di JPN untuk datang ambil cucu kesayangannya," katanya yang mempunyai seorang lagi anak berusia setahun empat bulan.



Opah datang menjemput Anggun dan adiknya.

Katanya, Anggun cukup sayangkan opahnya yang bukan sahaja rajin melayannya dan adik, malah sering membelikan dia pelbagai barangan kesukaannya.

"Dia kalau duduk seminggu dengan opah pun memang dia tak tanya ibu dengan ayah dah.

"Opah rajin melayan, memang banyak bekalan makanan, toy, coklat yang dia akan dapat, sebab tu yang kami offer semua dia tolak sebab dekat sana dia dah dapat semua, opah memang rajin bawa pegi jalan beli barang," katanya, sambil menambah, Anggun merupakan cucu kedua.



Anggun merupakan cucu kedua opah.

Menurut Ella, kali terakhir anak-anaknya bertemu dengan opah mereka adalah pada hari lahir Anggun iaitu pada 28 November.

"Itu pun dia ikut opah balik.. tak sampai dua bulan pun lagi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain