IMPIAN wanita ini bertukar menjadi realiti. Gara-gara obses terhadap warna merah jambu sejak zaman persekolahan, wanita ini sanggup mengecat kereta Perodua Viva miliknya kepada warna tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini sanggup tahan nafas, habiskan puluhan ribu ringgit demi jadi ‘ikan’... percaya duyung masih sembunyi di laut ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah tiada warna hijau, hidup tak semangat” - Mula-mula hobi, tanaman dalam gelas kaca kini jadi kerjaya 2 sahabat Menurut Nurul Huda Hasni, 34, dia telah menghabiskan kira-kira lebih RM8,000 dalam usaha mengubah aksesori dan warna kereta yang pada asalnya berwarna biru. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya suka warna ni sejak sekolah lagi sebab kartun Hello Kitty yang warna pink. Dari situlah saya bercita-cita nak ada kereta sendiri warna pink. Kereta milik Huda yang diwarnakan mengikut warna kegemarannya. "Masa saya mula beli kereta tahun 2013, saya nak 'Kitty'kan susah sikit sebab kereta Viva tu asalnya warna biru. Jadi saya kumpul duit sikit-sikit untuk ubah warnanya. "Saya pun mula 'make-up' sikit-sikit bahagian dalam kereta sejak enam tahun lepas. Awal tahun lepas pula saya hantar ke Johnny Auto Spray Kuantan untuk cat bahagian luar warna pink," ujarnya yang giat menyertai kelab persatuan Viva jika berkelapangan. Menurut wanita yang mesra disapa Huda ini, antara penyebab dia menyukai warna merah jambu kerana ia merupakan lambang kewanitaan dan kelembutan. Obsesi ibu kepada empat anak lelaki ini terhadap warna merah jambu tidak tertumpu kepada kereta sahaja kerana dia juga memilih segala perkakas dapur bertemakan warna kegemarannya ini. "Ada juga orang anggap pelik dan tak suka siap cakap buruk pasal saya obses sangat dengan warna pink ni. "Mereka komen dekat video dan posting media sosial... sampai ada yang cakap geli sampai nak muntah bila tengok terlalu banyak warna pink. Dapur Huda yang bertemakan warna merah jambu. "Tapi saya abaikan je semua tu. Saya tak kisah pun semua komen negatif. Bagi saya minat semua orang berbeza. Macam saya sendiri pun tak suka warna ungu dan hijau," ulas wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Kuantan, Pahang ini. Bercerita lanjut, dia belum mempunyai keyakinan untuk menyertai mana-mana acara pameran kereta yang diadakan kerana berpandangan kereta tersebut belum siap dihiaskan sepenuhnya. Barangan dapur milik Huda. Video yang tular di TikTok dan meraih lebih 2.5 juta tontonan itu menunjukkan wanita ini berbaju tidur warna merah jambu sedang mengecat bahagian 'dashboard' keretanya menggunakan semburan berwarna sama dengan bajunya.. Rakaman tersebut dibuat oleh Huda sebagai simpanan peribadi sahaja tetapi menjadi perhatian di mana dia tidak menyangka masih ramai di luar sana yang turut menyukai warna tersebut dan memilihnya sebagai warna kegemaran. "Suami saya sendiri pun tak halang minat saya ni lagipun saya beli barang dan hias kereta semua pakai duit sendiri. Tapi dia tak naik kereta saya tu. Dia naik kereta Proton Wira tapi tak make-up macam kereta saya. Ruang kerja wanita ini yang dipenuhi warna merah jambu. "Kalau kawan-kawan saya terjumpa barang Hello Kitty mesti saya suruh belikan. Saya tak kisah barang tu barang apa asalkan warna pink atau Hello Kitty, saya sanggup beli," katanya. Jelasnya lagi mengenai video tular tersebut, dia sangat senang hati dapat berkongsi minat dan ilmu serta tunjuk ajar kepada peminat-peminat warna merah jambu yang menjadi pengikut di akaun TikTok dan Instagram miliknya. Untuk rekod, Huda juga juga banyak berkongsi mengenai proses dan perkembangan dalam usahanya menukar kereta Perodua Viva berwarna biru tersebut sehingga menjadi merah jambu seperti sekarang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI