HARI Raya Aidilfitri bakal disambut beberapa bulan lagi, tetapi sekumpulan pelajar sebuah universiti nampaknya bersemangat menghidupkan suasana itu di awal tahun baharu. Segak bergaya dengan baju Melayu dan berkain samping songket, kesemua mereka teruja berjalan ke kuliah bersama-sama. "Pergi kelas pakai baju Melayu sebab takut raya nanti kena duduk rumah," menurut keterangan video berlatarkan lagu Seloka Hari Raya dendangan Uji Rashid dan Hail Amir. ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar raih RM19,000 buat bisnes 5 hari di asrama, berbaloi tebal muka ketuk bilik kawan - "Ramai-ramai gelak, nombor kena block" ARTIKEL BERKAITAN: "Kawan tukang jerit, saya tukang tutup" - Tetamu, pintu uji kesabaran, dua rakan sebilik guna botol selesai masalah Seorang pelajar, Muhammad Thaqif Juliansyah Zaki memberitahu, pemakaian baju Melayu beramai-ramai itu dirancang bersama rakan-rakannya yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Selangor. Pemuda berusia 21 tahun itu berkata, hatinya terdetik mahu bertindak begitu kerana dia menyertai kelas secara dalam talian sejak pandemik Covid-19, dua tahun lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya hanya sempat belajar di kelas secara fizikal selama tiga minggu sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selebihnya online sehingga sekarang. "Walaupun ramai kawan dah mula kelas secara hidbrid iaitu bersemuka dan online, tapi kelas saya masih dilakukan secara online," katanya kepada mStar. Sekumpulan pelajar merancang untuk melakukan kelainan. Susulan itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu secara sukarela mahu menyertai rakan-rakannya dalam satu seminar yang dianjurkan Fakulti Pengurusan Perniagaan. "Saya jealous sebab saya asyik kelas online sejak 2020. Jadi, saya join seminar dengan mereka sebab nak rasa suasana macam kelas secara fizikal. Kali terakhir kami beramai-ramai pakai baju Melayu masa exam ketika saya belajar diploma di UiTM Tapah, Perak. Walaupun exam, suasana macam raya MUHAMMAD THAQIF JULIANSYAH ZAKI "Ada suasana pensyarah mereka seronok tengok apabila ramai pelajar kembali ke kelas. Saya dapat join seminar pun dapat ubat rindu," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur. Lebih mesra disapa Juliansyah, dia sendiri terlebih dahulu pulang ke kampus sejak dibenarkan meskipun terdapat pilihan untuk mengikut kelas dari rumah. Masing-masing bersemangat menghadiri seminar. "Saya betul-betul nak rasa suasana berada di kampus. Untuk seminar tersebut, seramai 10 pelajar termasuk saya pakai baju Melayu. "Samping tu ada yang bawa balik masa pulang bercuti dan ada juga minta keluarga kirimkan menerusi pos. Memang nak ada mood macam raya," katanya sambil menambah dia dan rakan-rakan sekuliah aktif bermain sukan seperti futsal dan ping pong. Juliansyah mengikuti kelas dalam talian sejak dua tahun lalu. Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, keterangan video di aplikasi TikTok mengenai 'kebimbangan' sambutan Aidilfitri tahun ini sekadar kapsyen semata-mata. "Memang dah dua kali sambutan Hari Raya tak macam dulu (sebelum pandemik) kerana PKP, tapi kami lebih rindu sebab dah lama tak pakai baju Melayu sama-sama. "Kali terakhir kami beramai-ramai pakai baju Melayu masa exam ketika saya belajar diploma di UiTM Tapah, Perak. Walaupun exam, suasana macam raya," tambahnya. Juliansyah (kanan) segak berbaju Melayu bersama seorang rakan. Pada masa sama, kata Juliansyah, dia dan rakan-rakan mahu mencipta kenangan terindah sepanjang pengajian dan tinggal di kolej. "Kami risau tak dapat satu kolej, kena tinggal di asrama lain pada semester depan. Jadi, kami semua nak ada memori bersama yang menyeronokkan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI