SIAPA yang tidak teruja berjumpa dengan teman-teman yang dikenali di laman sosial? Setiap pertemuan pastinya mempunyai tujuan, sama ada baik mahupun sebaliknya. Apa yang menjadi tanda tanya apakah ada motif tersembunyi di sebalik perjumpaan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka 'show off' sebenarnya... pemuda ini akui sengaja tunjuk harga baju, aksesori sampai RM40,000 di TikTok - "Semuanya ori" ARTIKEL BERKAITAN: Turun dari Lamborghini, 'borong' makanan di tepi jalan... pemuda nafi nak show off - "Beli untuk diri sendiri, tak sampai hati pula tengok mereka" Seorang guru mengimbas kembali saat mengenali seorang rakan di Facebook (FB) yang belum pernah ditemuinya, dan telah mengajaknya untuk berjumpa. "Kebetulan masa tu aku free. Malam tu aku pun pergi kat satu lokasi yang agak hipster, kedai orang 'ada-ada' juga kiranya. "Aku pergi dengan motor EX5 aku je. Dia sampai naik Alphard paling baru di pasaran. Turun kereta dengan bergaya, baju berjenama, kasut LV, telefon mahal. Senang cerita, gaya orang kaya betullah," tulis Mohd Fadli Salleh di Facebook beliau. Mohd Fadli menunggang motosikal untuk bertemu rakan Facebook. foto Facebook Mohd Fadli Salleh Walaupun dipandang sinis kerana menunggang motosikal buruk dan penampilan ringkas dengan hanya berselipar dan topi keledar 'cap ayam' serta telefon murah, perbualan kedua-dua mereka tetap diteruskan. "Cikgu, dengan taraf cikgu sebagai influencer, lebih 200,000 followers pula (masa tu), senang je cikgu nak buat pasif income RM20,000 ni. "Jom join saya, kita buat takaful. Team saya ada artis join tau. Saya yakin setahun je cikgu buat, mesti boleh pakai kereta besar, income sedap. "Cikgu join je team saya, saya akan bantu. Saya yakin cikgu akan letup punyalah. Nah name card saya. Nanti cikgu contact je ya," menurut Mohd Fadli memetik perbualan rakan FB. Perkongsian Mohd Fadli di Facebook. Mohd Fadli yang kini mempunyai lebih setengah juta pengikut di FB membalas untuk memikirkan pelawaan itu sambil mendengar ‘cerita lanjut’ daripada rakan tersebut. "Dia terus cerita pung pang, pung pang hebat dia, power dia, jual nama orang terkenal tu, jual nama datuk ini, rapat dengan artis, gah sana sini, kereta mewah, rumah berjuta, income sampai enam angka. Kau datang bawa budi, aku pulangkan berkali-kali. Kau datang dengan niat tersembunyi, itulah pertama dan terakhir kali MOHD FADLI SALLEH "Aku senyum angguk-angguk lepas tu mencelah, 'Errr, saya ada janji dengan asnaf pula jam 10.30 ni. Nanti next time kita ngeteh lagi’," katanya. Bagaimanapun menurut Mohd Fadli, ia merupakan pertemuan mereka yang pertama dan terakhir. Perkongsian Mohd Fadli di Facebook sarat dengan mesej, nasihat dan teguran yang boleh dijadikan pengajaran. "Name card gah dia entah mana aku letak, aku pun tak tahu. Datang ajak aku jumpa nak tunjuk kaya, tunjuk mewah, tunjuk banyak network dengan orang hebat, orang kaya, artis ke apa, sorrylah. "Aku sedikit pun tak hairan dengan berapa banyak pun kekayaan yang kau ada. Aku sedikit pun tak teruja dengan kenalan Tan Sri, artis dan orang ternama. "Kau datang bawa budi, aku pulangkan berkali-kali. Kau datang dengan niat tersembunyi, itulah pertama dan terakhir kali," tambahnya. Mohd Fadli tampil menjelaskan bahawa dia sekadar insan biasa yang boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tetapi mengambil pendirian dengan bersikap sederhana. "Namun silap besar kalau datang nak cerita kau kaya, kau hebat, kau ternama dengan harapan aku terpesona dan nak mendekati kau. "Silap besar. I am not that kind of man (saya bukan lelaki seperti itu)," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI