BETUL ke perempuan lebih suka lelaki yang kelakar? Bagi Nur Shuhada Ismail, 29, yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, dia cukup bersetuju dengan pandangan itu. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, sikap kelakar suaminya, Mustafa Amini Ismail, 31, menjadi tarikan utama yang membawa kepada penyatuan mereka pada tahun 2016. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri trauma akibat kemalangan, suami asal Tajikistan tiba-tiba minat nak beli motor... ramai ajak konvoi lepas viral, siap suruh beli RXZ ARTIKEL BERKAITAN: Lebih setahun terpisah disebalik sempadan negara, tiba-tiba berlaku sesuatu sampaikan si isteri tergamam... esoknya giliran ibu pula "Saya memang suka lelaki yang jenis kelakar. Sekurang-kurangnya setiap hari boleh gelak. Kalau kita sedih, dia akan buat kita ketawa. Jadi, kehidupan pun tak hambar. "Macam suami saya, dia pasti ada idea setiap masa. Ada ketikanya, kita yang tengah nak marah pun tak jadi marah. Sebelum kahwin saya dah tahu perangainya yang merapu, lepas kahwin pun sama. Dia memang suka buat lawak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dia jenis cakap yang kasar tapi lawak. Dengan kawan-kawan pun macam tu. Sekarang saya tengok anak bongsu kami yang umur tiga tahun mula ikut perangai bapanya. Bapa buat gaya merapu, dia pun ikut," ujarnya yang menetap di Pulau Pinang. Kehadiran dua cahaya mata menjadi pelengkap rumah tangga Shuhada dan suaminya. Senang disapa Shuhada, dia juga kerap berkongsi video keletah lucu suaminya menerusi laman sosial seperti Instagram dan TikTok. Video-video tersebut ternyata meraih perhatian ramai sehingga menerima jutaan tontonan, malah kata Shuhada dia juga tak terlepas menerima kecaman. "Saya biasanya suka kongsi video dia di Instagram Story. Di TikTok pun ada. Saya terkejut video-video suami raih jutaan tontonan di TikTok. Saya tak sempat nak lipat baju pada hari tersebut. Jadi, dia pun tolong lipat. Tapi dia berleter, kononnya nak perli saya. SHUHADA "Kebanyakannya komen positif. Tapi tetap ada komen negatif. Ada yang kata mereka risau anak-anak ikut perangai suami. Tapi saya tak kisah, orang pun tak tahu kehidupan kami," ujarnya. Pada Rabu, Shuhada turut berkongsi video memaparkan suaminya sedang berleter dan memerli dirinya sambil melipat baju di ruang tamu kediaman mereka. "Seronok sangat (jadi isteri Shuhada). Tapi lagi seronok jadi Shuhada, Shuhada duduk atas sofa, boleh main TikTok, boleh main Instagram, boleh buat story. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. "Aku sampai tak dan pegang handphone tau tak, Shuhada kan bos, syoknya boleh jadi Shuhada. Jadi bos macam Shuhada kan seronok. Semua benda relax je, anak tak kacau. Aku buat kerja semua anak kacau. "Handphone caj pagi 100 percent sampai ke malam duk 100 tu je. Tak turun-turun bateri, tak dan main fon. Tapi jadi Shuhada seronok. Caj 100 percent, dua jam je dah habis," ujar suaminya berseloroh dalam dielek utara. Video yang dikongsi ke aplikasi TikTok itu meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. Sebelum ini, beberapa video memaparkan keletah lucu suaminya turut meraih sehingga 2.5 juta tontonan di aplikasi TikTok. Shuhada terkejut apabila video suaminya meraih jutaan tontonan di TikTok. Kata Shuhada, dia tidak berkecil hati dengan leteran suaminya kerana cukup faham dengan sikapnya yang suka bergurau. "Saya tak sempat nak lipat baju pada hari tersebut. Jadi, dia pun tolong lipat. Tapi dia berleter, kononnya nak perli saya. Tapi saya tak ambil hati, dia kata apa pun, dia masih buat," ujarnya. Mengenai dirinya, Shuhada merupakan peniaga tauhu begedil, manakala suaminya merupakan pengusaha kafe siber. Tambah Shuhada, setiap hari dia akan menjaga anak sulungnya sambil membuat tauhu begedil, manakala si bongsu akan dibawa ke kafe siber untuk dijaga oleh suaminya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI