suria

Pemuda hiba kawan baru kenal tak sampai setahun hadiahkan helmet terpakai, rupa-rupanya ada kisah ‘mungkir janji’

Alif (bertopi) membuat kejutan berupa sebuah topi keledar untuk Izzu, baru-baru ini.

SELAIN keluarga, rakan-rakan merupakan orang yang paling dekat dalam kehidupan kita.

Begitulah juga jejaka ini yang membuat kejutan sebagai tanda penghargaan buat rakan baiknya, baru-baru ini.

Menurut Muhammad Alif Najmi Muzammir, 24, dia tidak kisah untuk berkongsi rezeki dengan Mohamad Izzudin Azim Abdul Rahman, 17, yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam sambut birthday girlfriend, cara lelaki ini rai rakan baiknya memang rare... siap check in Airbnb berdua - “Jangan tinggalkan saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandangan depan pintu lif asrama, ‘komplot’ rakan-rakan baru kenal 2 bulan buat pemuda ini makan sambil menangis

Dalam satu rakaman tular, rakannya yang senang disapa Izzu gagal menahan air mata apabila menerima hadiah topi keledar daripada operator kilang itu.

"Kami tinggal di taman bersebelahan dan baru kenal sejak Julai tahun lepas. Kami berdua boleh berkawan sama-sama minat motor.

"Nak dijadikan cerita, sebelum ini ada kawan saya beli helmet dan saya tolong jadi tukang penghantar. Sebelum helmet itu dihantar kepada pemilik, Izzu sempat cuba pakai dahulu.

"Kemudian, kami terus berjanji untuk sama-sama simpan duit dan beli helmet itu suatu hari nanti. Tapi saya mungkir janji. Saya yang beli dulu.

alif2

Dua buah topi keledar jenis ARC Ritz yang dibeli Alif.

"Tapi Kebetulan ada rezeki lebih, saya beli dua buah helmet jenis ARC Ritz itu. Dua helmet second-hand itu berharga sekitar RM800. Kiranya satu untuk saya, satu untuk Izzu," ujarnya.

Menurut jejaka yang mesra disapa Alif itu, kejutan berkenaan dibuat pada minggu lalu dan video tular tersebut dirakam oleh teman wanita Izzu.

Dia sangat tak berkira kalau saya minta tolong. Kalau motor saya rosak, dia hantar dan ambil saya ke tempat kerja.

ALIF

Kata Alif lagi, dia juga sebak apabila pertama kali melihat rakan baiknya itu menitiskan air mata dalam sesi kejutan berkenaan.

"Kebetulan, hari lahir saya jatuh pada 27 Disember. Hari lahir Izzu pula 27 Januari. Saya kali pertama tengok dia menangis ketika buat kejutan helmet tu.

"Saya boleh nampak yang dia gembira. Itu yang mambuatkan saya pun sebak dan gembira. Tengok air mata dia, saya pun rasa nak menangis.

"Pada saya, saya sekadar nak memberi. Kita tak boleh berkira dengan kawan. Sebab zaman sekarang susah nak cari kawan yang jujur.

alif3

Alif (kanan) mula berkawan dengan Izzu (kiri) sejak tahun lalu.

"Walaupun kita semua ada perangai masing-masing, kita kena saling menasihati," ujar Alif yang menetap di Bukit Sentosa, Rawang.

Tambah Alif, Izzu juga tak lokek untuk menghulurkan bantuan setiap kali dia berada dalam kesusahan.

"Macam Izzu, dia sangat tak berkira kalau saya minta tolong. Kalau motor saya rosak, dia hantar dan ambil saya ke tempat kerja.

"Walaupun dua helmet tu harga dalam RM800, saya rasa tak perlu nak berkira. Sebabnya kami nak pakai, yang penting ia juga untuk keselamatan kami bila naik motor masing-masing," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Alif akui dia turut terkejut apabila video kejutan berkenaan meraih sehingga 390,000 tontonan di aplikasi TikTok.

alif4=

Alif tak sangka video yang dikongsi ke TikTok akan meraih perhatian ramai netizen.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum melihat persahabatan antara dua jejaka itu.

"Tiba-tiba pula sebak tengok dia nangis. Semoga persahabatan korang kekal ke akhir hayat.

"Tahniah dik. Hargailah seorang kawan dan jangan sesekali guna kawan untuk kesenangan diri sendiri.

"Semoga murah rezeki awak dik sebab gembirakan kawan. Jadilah sahabat dunia akhirat ya.

"Aku pula yang nangis. Terharu tengok nilai persahabatan yang begitu tulus dan ikhlas," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain