"SESUNGGUHNYA rasa sangat sedih bila tengok kereta dari hasil titik peluh jadi begini." Begitulah salah satu komen netizen terhadap posting di sosial media Nadia Fazlina Zamarul Hisham, 29, apabila melihat keadaan kereta Perodua Axia milik wanita ini terlibat dalam kemalangan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. ARTIKEL BERKAITAN: Bermula bau hangit, gadis kongsi detik cemas kereta tiba-tiba terbakar nyaris ragut nyawa 6 sekeluarga - “Biarlah ada seorang teman pemandu” ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari pindah, isteri pula hamil 4 bulan... pengantin muda terkedu lihat kereta terbakar di depan rumah, nasib baik ayah sanggup redah! Menurut gadis yang senang disapa Nadia ini, kemalangan pada 19 Januari itu berlaku di kawasan belakang rumah melibatkan adiknya, Khairul Amirul Ikmal, 20 yang memandu keretanya untuk ke kedai runcit. "Adik guna kereta saya untuk ke kedai nak beli biskut. Kebetulan di kawasan tu ada pasar malam jadi agak sibuk dengan kereta lalu lalang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa adik dalam perjalanan nak balik rumah, lorong yang sepatutnya dia lalu tu sesak jadi dia nak guna jalan lain untuk pulang. Sebaik sampai di simpang tiga, dia tak perasan ada kereta tiba-tiba keluar di hadapannya. "Adik saya tak sempat brek, dia cuba elak daripada berlanggar dengan kereta Myvi tu tetapi tak dapat kawal stereng. Kereta berpusing lalu terlanggar pembahagi jalan. Bila bahagian bumper depan kereta langgar divider tu, kereta bergolek seolah-olah terbang atas jalan," jelas Nadia. Keadaan kereta Nadia yang terlibat dengan kemalangan jalan raya. Namun, dia tetap memanjatkan rasa syukur kerana adiknya yang disifatkan sebagai seorang pendiam ini diberi peluang untuk terus hidup dan tidak ada sebarang kecederaan dialaminya. "Mujur tak ada kecederaan serius sebab dia pakai seat belt. Tak ada sebarang luka di badan dia tapi dia mengadu sakit sendi dan lenguh-lenguh pada bahu. Ralat juga pasal keadaan kereta tapi saya lega adik saya tak apa-apa. "Pemandu kereta Myvi tu pun minta maaf pada adik saya. Dia pemandu perempuan dan bawa anak kecil ketika itu. Dia ada cakap misal kata adik saya tak elak, tak tahulah apa jadi kepada dirinya dan keluarga di dalam kereta tu," tambahnya. Masa dapat tahu adik bongsu kemalangan, saya tak fikirkan keadaan kereta sebaliknya lebih utamakan adik. NADIA Bercerita lanjut, anak sulung daripada empat beradik ini turut berkongsi tentang kerosakan yang dialami keretanya susulan kemalangan itu. "Keadaan kereta memang teruk, cermin depan pecah, bumbung kereta kemik tapi nasib baik masih dalam perlindungan insuran. Total kos saya belum tahu tapi harap kereta tak total lost," katanya.Nadia turut mendedahkan dia sebenarnya masih trauma akibat kehilangan salah seorang ahli keluarga pada 11 Januari 2020 juga kerana kemalangan jalan raya. "Masa dapat tahu adik bongsu kemalangan, saya tak fikirkan keadaan kereta sebaliknya lebih utamakan adik. Dua tahun lepas adik nombor dua meninggal sebab kemalangan motosikal, sampai sekarang masih terkesan," jelasnya. Nadia pernah kehilangan adiknya sebelum ni yang juga turut terlibat dalam kemalangan. Berikutan video yang tular di TikTok, Nadia mengharapkan perkongsiannya ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berwaspada ketika memandu di jalan raya kerana malang tidak berbau. "Saya dan keluarga nak ucapkan ribuan terima kasih pada warga Bandar Sri Sendayan atas keprihatinan semua yang bantu keluarkan adik saya semasa kereta terbalik dan memudahkan urusan kami. "Saya juga nak ucap terima kasih untuk pemandu kereta Myvi yang terus berada di tempat kejadian dan tidak tinggal adik saya bersendirian di tempat kejadian," tambah Nadia lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI