suria

“Risau saya” - Tiba-tiba disoal pasal zombie... bekas menteri agama tak melatah, tapi tetap layan

Zulkifli (kiri) menerima soalan berkaitan zombie daripada pengikutnya di laman Twitter. foto kanan gambar hiasan

SIAPA yang tidak kenal Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama.

Beliau juga berpengalaman menggalas tanggungjawab sebagai Mufti Wilayah Persekutuan selama hampir enam tahun sebelum dilantik sebagai Menteri Kabinet.

Meskipun tidak lagi menduduki kerusi jemaah menteri, beliau masih terus komited menjawab pelbagai persoalan berkaitan dengan agama.

ARTIKEL BERKAITAN: "Babak pertama, episod baharu..." - Coretan pertama mantan mufti WP, sejurus catat sejarah dilantik menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti WP sayu jiran Cina meninggal dunia - "Terima kasih kerana hadirkan Pak Choong dalam hidup saya, cipta kenangan indah bersama"

Perkongsian beliau termasuklah memberi penjelasan berhubung keraguan orang ramai terhadap pelbagai hukum hakam.

Namun terdapat satu pertanyaan berkaitan zombie yang mungkin tidak pernah diajukan kepada mana-mana pakar agama sebelum ini, telah menarik perhatian Zulkifli untuk memberi respons.

Umum mengetahui zombie merupakan mayat hidup yang sering dikaitkan dengan drama dan filem sebagai hiburan serta rekaan semata-mata.

"Salam @drzul_albakri saya dah lama tertanya-tanya. Kalau dekat Malaysia ni tiba-tiba ada zombie kan, lepas tu Muslim ni jadi zombie, kira mati syahid tak? Saya serius nak tahu ni, bukan main-main," tulis seorang pengguna di laman Twitter.

dr zul jawab zombie 2 B

Zulkifli menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di Twitter.

Tidak melatah, Zulkifli yang mempunyai lebih setengah juta pengikut di laman Twitter tetap menjawabnya dengan ringkas.

"Jauh saudari fikir. Risau pula saya," jawab beliau di laman Twitter.

Jawapan balas Zulkifli menerusi ciapan beliau menjadi tular sejak Rabu sehingga diulang kicau 9,800 dan 18,000 tanda suka (likes).

Jauh saudari fikir. Risau pula saya.

DATUK SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Pemegang akaun Twitter dengan nama Awan yang mengemukakan kemusykilan itu kemudian membalasnya dengan mengucapkan terima kasih.

"Hahahaha terima kasih reply (membalas) tapi masih tak menjawab soalan saya hahaha saya curious (ingin tahu)."

Menerusi ruangan bebenang, beberapa pengguna Twitter turut memberi respons kepada pertanyaan tersebut dengan nada bergurau.

komen zombie 4

Antara komen netizen.

"Ni mesti layan cerita zombie ni," komen seorang netizen.

"Jadi zombie yang mana satu? Zombie Kg Pisang atau Zombie Train to Busan? Kalau Zombie Kg Pisang tak perlu risau rasanya," komen pengguna Twitter lain merujuk kepada filem Zombi Kampung Pisang arahan Allahyarham Mamat Khalid dan filem zombie dari Korea Selatan.

Malah ada yang turut mengakui lambakan filem-filem berunsurkan zombie di menerusi pelbagai platform membuatkan ramai terkesan dengan karakter tersebut.

"Maafkanlah mereka Dr Zul, zaman pandemik ni orang banyak tengok drama Korea yang zombie," kata seorang pengikut Zulkifli di laman Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain