LAZIMNYA setiap kali bercuti atau melancong, sudah pasti ramai antara kita yang akan membuat tempahan bilik hotel atau inap desa. Antara perkara yang dipertimbangkan kebanyakan orang sebelum membuat tempahan adalah harga, keluasan bilik dan juga pemandangan yang ditawarkan. Namun ramai yang mengabaikan satu lagi aspek penting iaitu 'review' atau ulasan individu yang pernah menginap di sesebuah hotel. ARTIKEL BERKAITAN: “Baru nak lelap mata, tiba-tiba ada ‘makhluk’ halus merayap...” - Pengalaman ngeri menginap di Melaka, sampai ada yang cadang bakar hotel ARTIKEL BERKAITAN: “Dia main tendang pintulah...” - Percutian sekeluarga bertukar ngeri, hanya sempat tidur semalam... Rupa-rupanya hotel penginapan tersenarai lokasi seram di PD Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalamannya menginap di sebuah hotel di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, yang mana mungkin dapat dijadikan pengajaran oleh orang lain agar tidak mengalami perkara sama. Menulis di grup Facebook Hotel Review Malaysia, wanita tersebut menceritakan bahawa dia dan keluarga menginap selama dua hari dan satu malam (2H1M), dan menempah dua buah bilik yang kesemuanya berharga RM519. "Banyak baca review orang complain tentang check-in process yang lambat. Tapi kebetulan masa saya sampai servis okay je. Mungkin sebab tak ramai orang. "Cuma staff tak berapa friendly jika nak dibandingkan pengalaman kami stay di hotel lain area KL Sentral sebelum ni. Tiada staff hotel yang entertain bawakan beg. "Memang beg angkat sendiri. Mujur travel dengan dua anak yang dah besar. Jadi tak adalah masalah sangat," tulisnya pada satu hantaran di laman tersebut. Titik darah kecil seperti darah nyamuk pada cadar. Menurut wanita tersebut, boleh dikatakan ciri-ciri dan apa yang ditawarkan di hotel berkenaan seperti menu makanan, lokasi yang strategik, keluasan bilik, kolam renang dan sebagainya, cukup membuatkannya puas hati. Sehinggalah tiba masa untuk dia dan keluarganya mahu mendaftar keluar (check-out) pada keesokan hari, mereka berdepan dengan satu pengalaman yang tidak terduga. "Masa check-out untuk refund deposit, receptionist minta tunggu sekejap sebab house keeping nak check bilik. Dalam 15 minit selepas tu, receptionist maklumkan satu bilik okay, tapi satu lagi bilik ada kesan titik-titik darah di cadar. "Dia pun tunjuk gambar di telefon bimbitnya. Darah tu titik kecil-kecil je, bukannya macam darah period. Sebab tak puas hati, suami decide nak naik semula ke bilik dan tengok sendiri. Jadi kami kena bayar RM180 dan dapatlah bawa balik cadar dua helai. Maknanya deposit kami hangus. Bolehlah kami jadikan cadar tu sebagai kenang-kenangan. PELANGGAN HOTEL "Bila husband naik dia beritahu titik-titik yang dikatakan darah tu di tempat tidur saya di kawasan bahu ke atas. Macam pelik pula sebab saya memang tak ada luka apa pun. Tak ada jerawat atau apa yang berkemungkinan pecah. "Lepas tu house keeping tunjuk lagi satu spot titik-titik yang dikatakan darah area hujung kaki. Itu pun pelik sebab saya memamng tak ada luka di kaki," kongsinya. Dipendekkan cerita, disebabkan tiada bukti untuk mengukuhkan penafian terhadap dakwaan pihak hotel, wanita itu berkata mereka dikenakan bayaran sebagai ganti rugi kerana 'mengotorkan' cadar berkenaan. "Jika betul benda tu dah ada sebelum ni pun kami tak dapat buktikan sebab kami memang tak check dan tak pernah check pun selama ini. Melainkan ada isu yang major barulah kami report biasanya. "Jadi kami kena bayar RM180 dan dapatlah bawa balik cadar dua helai. Maknanya deposit kami hangus. Bolehlah kami jadikan cadar tu sebagai kenang-kenangan," tulisnya. Wanita berkenaan terpaksa membayar RM180 sebagai ganti rugi kerana 'mengotorkan' cadar. Menurut wanita tersebut, perkongsiannya di laman Facebook hanyalah sebagai pengajaran untuknya dan orang lain agar lebih berhati-hati. "Lain kali bila check-in hotel, sebaiknya kita periksa dulu tilam, bantal, cawan dan kemudahan yang ada. "Lagi baik jika boleh divideokan dan ada rekod masa dan tarikh. Kita kira berapa towel yang kita dapat dan sebagainya. "Untuk datang semula hotel ini dan rangkaiannya mungkin tidaklah kot. Staf pun tak friendly," kongsinya lagi. Sehingga ini posting wanita berkenaan meraih 355 shares selain dibanjiri lebih daripada 1,000 komen netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman 'pahit' masing-masing. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI