suria

Anak batal tempahan SUV selepas bapa jatuh sakit, segera beli kereta ready stock... keputusan dibuatnya tepat! - “Ayah cuma ada basikal”

Bapa Akim dijemput Ilahi pada 1 Februari. Gambar kecil Akim (kiri) dan bapa menaiki kereta baharu.

SEORANG pemuda terpaksa berjauhan dengan keluarga apabila membuat keputusan untuk berhijrah dari Perlis ke Kuala Lumpur demi mencari rezeki.

Setiap kali kepulangannya ke kampung, pasti diajukan persoalan - "Bila boleh naik kereta baharu?"

Namun tiada siapa menduga bahawa itulah permintaan terakhir seorang bapa sebelum dijemput Ilahi pada 1 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini korbankan kerja dan impian demi jaga ibu sakit di kampung, tapi bapa pergi dulu selepas buat 3 permintaan - "Terakhir ayah minta tidur sebelah mak"

ARTIKEL BERKAITAN: "Mak balik jadi jenazah" - Lega permintaan ibu sempat ditunaikan tapi sambutan hari lahir hambar, kejutan tak kesampaian... Covid-19 ragut semuanya!

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Abdul Hakim Wahab berkata, bapanya, Allahyarham Wahab Awang meninggal dunia kerana komplikasi akibat strok pada usia 65 tahun.

Lebih mesra disapa Akim, dia dan adik-beradik dibesarkan dengan sumber pendapatan bapanya sebagai nelayan dekat Kuala Perlis, Perlis.

"Kami sekeluarga tak pernah rasa naik kereta baru, melainkan kereta second hand kepunyaan kakak. Ayah sendiri pun tak ada lesen memandu.

"Ayah cuma ada basikal yang digunakannya untuk berulang-alik sejauh kira-kira dua kilometer dari rumah ke jeti untuk pergi menangkap ikan,” katanya ketika dihubungi.

permintaan terakhir ayah 2

Akim (kiri) bersama arwah bapa.

Bekerja sebagai juruaudit pada 2016, Akim yang berasal dari Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis nekad untuk memberi keselesaan dan kesenangan kepada keluarganya.

"Pada awalnya, saya menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja. Setiap kali balik kampung terutama Hari Raya, ayah akan tanya bila nak beli kereta baru?

Kami sekeluarga tak pernah rasa naik kereta baru. Ayah cuma ada basikal yang digunakannya untuk berulang-alik sejauh kira-kira dua kilometer dari rumah ke jeti untuk pergi menangkap ikan

ABDUL HAKIM WAHAB

"Alhamdulillah, awal 2021 saya dapat kerja yang lebih elok dengan kewangan yang stabil. Mahu beli kereta baru, saya booking dulu satu model SUV (kenderaan utiliti sukan) yang baru keluar di pasaran," kata pemuda berusia 26 tahun itu.

Bagaimanapun, tempahan model SUV yang diingini mengambil masa berbulan-bulan sehingga dia membuat keputusan untuk membeli kereta lain sebaik mengetahui bapanya jatuh sakit.

permintaan terakhir ayah 10

Akim mendapatkan kereta baharu pada Oktober 2021.

"Ayah mula sakit kerana strok pada 2019. Sakit ayah on off, keluar masuk hospital. Dan keadaan kesihatan ayah kembali merosot tahun lepas.

"Saya fikir takut tak sempat nak tunaikan permintaan ayah. Jadi, saya cancel booking dan ambil kereta lain yang ready stock dengan niat nak balik kampung bawa ayah dan mak jalan-jalan dengan kereta baru," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

permintaan terakhir ayah 1

Akim bersama keluarga ketika bercuti di Pulau Pinang.

Akim yang merupakan akauntan di sebuah syarikat minyak dan gas berkata, dia mendapat kereta baharu pada 10 Oktober 2021 dan kemudian membawa bapanya ke hospital dan dimasukkan ke wad selama 10 hari.

"Selepas ayah discaj, saya turut menjaga ayah di rumah. Setiap petang ayah minta bawa dia jalan-jalan naik kereta, saya nak ke kedai pun ayah nak ikut," katanya sambil menambah bapanya sering memberi kata-kata semangat kepada anak-anak untuk berjaya dalam hidup.

permintaan terakhir ayah 4 W

Bapa Akim ketika di hospital.

Akim yang juga perunding unit amanah dan takaful itu bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan arwah bapa, termasuk membawa kedua ibu bapanya bercuti di Pulau Pinang.

"Sebelum ini saya plan nak bawa mak dan ayah pergi mengerjakan umrah tapi tertangguh sebab ayah sakit dan sebelum ini kita tak boleh pergi umrah sebab kenaikan kes Covid-19.

"Niat nak pergi tahun ni pula ayah dah tak ada. Saya reda dengan pemergian ayah. Masih teringat wajah ayah gembira dapat naik kereta baru seperti yang dihajatinya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain