JASA dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak murid sememangnya tidak ternilai. Justeru, sesetengah pelajar mempunyai cara tersendiri bagi menghargai penat lelah golongan pendidik, sebagaimana yang dilakukan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini. Bukan satu tetapi sembilan beg hadiah disediakan oleh Aina Syafiqah untuk guru-guru yang mengajarnya! ARTIKEL BERKAITAN: Guru pendidikan khas terkejut dapat kereta Mustang, anggap makbul doa anak syurga ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut prank hadiah RM50, guru pening cari minyak angin, sebak fikirkan murid jual lukisan kumpul duit “Terima kasih Farhana” Berkongsi cerita dengan mStar, dia yang senang disapa sebagai Aina berkata, pemberian hadiah tersebut bukanlah semata-mata mahu menghargai jasa guru, sebaliknya ia cenderahati 'terakhir' sebelum meninggalkan sekolah sebaik selesai menduduki SPM. "Sebenarnya saya ni memang dari sekolah rendah lagi suka bagi hadiah kepada cikgu bila akhir tahun, bukan disebabkan nak SPM saja. Namun tahun lepas saya tak buat rutin yang sama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Hadiah ini khas untuk cikgu yang mengajar setiap subjek di kelas. Saya sampaikan hadiah-hadiah tu sebelum cuti Tahun Baru Cina. Masa tu semua cikgu ada, semua sekali sembilan orang. "Hadiah-hadiah ini dipilih dan dibeli oleh ibu. Ibu saya seorang yang sangat supportive dan sememangnya suka ambil bahagian mengenai apa juga aktiviti kami di sekolah. "Mengenai hadiah-hadiah yang diberikan itu, saya enggan mendedahkannya kerana ia adalah ikhlas daripada saya dan ibu," ujar pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Kuantan, Pahang ini. Menurut Aina, kesemua gurunya terkejut apabila menerima hadiah yang diberikan dan respons mereka membuatkan dirinya turut sama sebak. Aina bersama rakan sekelas. "Cikgu subjek Kimia peluk saya selepas menerima hadiah tersebut dan reaksinya itu membuatkan air mata saya pun tumpah. "Rata-ratanya terkejut dan kemudian menitipkan pesanan untuk saya bagi menghadapi SPM tak lama lagi. "Masa rekod video dengan cikgu-cikgu, saya sebenarnya tahan sebak. Maklumlah selepas ini dah habis sekolah. Bilalah pula rezeki nak jumpa guru-guru lagi," ujarnya yang merupakan anak sulung daripada empat beradik. Bercerita serba sedikit mengenai persediaan bagi menghadapi SPM, Aina berkata buat masa ini jadual hariannya sangat padat dengan sesi persekolahan, kelas tambahan dan juga tuisyen. Cikgu subjek Kimia peluk saya selepas menerima hadiah tersebut dan reaksinya itu membuatkan air mata saya pun tumpah. AINA SYAFIQAH "Memang padat sangat. Isnin hingga Jumaat pergi sekolah, sebelah petang ada kelas tambahan di sekolah manakala sebelah malam pula saya ikuti kelas tuisyen. "Saya hanya ada masa lapang pada hari Ahad saja. Buat masa ini, saya gunakan baki masa yang ada untuk ulangkaji subjek-subjek terutama yang agak sukar iaitu Matematik Tambahan. Peperiksaan bermula pada 3 Mac nanti. "Sebagai anak sulung, saya bawa harapan besar ibu dan ayah dan akan cuba yang terbaik untuk dapatkan keputusan cemerlang," ujarnya yang berhasrat menyambung pengajian di universiti dalam bidang komunikasi Bahasa Inggeris. Tidak menyangka perkongsiannya meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan, Aina berkata dia sekadar mahu mengabadikan video berkenaan sebagai kenangan. Aina (kanan) merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. "Saya memang suka rekod video... penuh dalam telefon bimbit dengan video apa jua aktiviti yang dilakukan. "Tak sangka, ramai yang komen video tu beri mereka inspirasi untuk buat perkara yang sama juga. Namun terpulang kepada cara masing-masing untuk tunjukkan penghargaan kepada guru. "Buat calon SPM di luar sana, keep fighting. Berjuanglah sampai habis paper dan jangan stres. Banyakkan berdoa serta solat hajat. InsyaAllah usaha keras akan membuahkan hasil," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI