MACAM abang dan adik! Namun dek kerana raut wajah si bapa yang awet muda dan berpenampilan segak, mereka kelihatan seperti adik-beradik sedangkan perbezaan umur antara satu sama lain hampir tiga dekad! Maka tidak hairanlah ramai yang sering tersalah tafsir tentang pertalian hubungan sebenar apabila kedua-duanya berjalan bersama-sama. ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke dah 40? Rahsianya.... wanita awet muda ini segan nak ke gim, siap kongsi tip bersenam guna peralatan dalam rumah je! ARTIKEL BERKAITAN: Umur aunty ni hampir 50 tahun tapi cun macam ‘kakak-kakak’, anak tak tercabar malah dedah rahsia ibu awet muda - “Ayah tak cemburu pun...” Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Jeff AJ berkata, hubungan dengan anaknya, Nurul Amani yang kini berusia 16 tahun sememangnya amat akrab memandangkan remaja tersebut adalah anak tunggalnya hasil perkongsian dengan hidup dengan bekas isteri. "Kami sangat rapat, dia suka berkongsi termasuk tentang hal peribadi, bila bersama tak pernah diam sampaikan kadang-kadang saya pun penat nak dengar celoteh dia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pernah juga dia pakai pakaian saya, tengok handphone saya, sama-sama tunggu countdown lagu Kpop baru dilancarkan di Youtube, main Nintendo sama-sama. "Kami juga jarang berpisah lama. Dari kecil dia tidur bersama ayah dan ibu dia. Walaupun dah sediakan bilik sendiri dan hias cantik-cantik, dia mesti akan masuk bilik saya, sehingga dia akil baligh dan mula malu. "Masa dia kecil pula, sebelum tidur mesti saya kena baca buku cerita atau bercerita pada dia," demikian cerita lelaki berusia lingkungan 40an ini. Jeff berkata ada yang tersalah sangka mengenai hubungan mereka berdua ketika mengerjakan umrah penghujung tahun lalu. Berkongsi cerita mengenai insiden lucu di mana ada yang tersalah anggap mengenai hubungan mereka, lelaki ini berkata peristiwa yang berlaku sewaktu dia dan anaknya mengerjakan umrah penghujung tahun lalu masih kekal dalam ingatannya sehingga kini. "Pada Disember 2021, saya bawa anak menunaikan umrah di Makkah sebagai hadiah sempena keputusan cemerlang UPSR, tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ianya tertunda lebih dua tahun. "Masa di Makkah tu jemaah semua beranggapan kami 'young couple'. Ramai yang bertanya secara terang-terangan sehingga anak saya malu. Bila balik hotel dia akan marah pada saya. Katanya 'Amani baru 15 tahun kot! Takkan tak boleh beza'. "Semasa saya kerja dengan Malaysia Airlines dulu, ramai yang tarik pas airport yang saya pakai dan cakap, bang, biar betul ni tarikh lahir kau?" ceritanya mengimbas beberapa insiden lucu disebabkan ramai yang tidak percaya usia sebenarnya. Menyentuh mengenai petua untuk kelihatan awet muda, Jeff berkata dia tidak mempunyai sebarang amalan tertentu untuk tujuan tersebut. Jeff tidak mengamalkan sebarang petua khusus untuk kelihatan awet muda. "Cuma dari umur 16 tahun saya sudah mula memakai pelembab muka. Sekarang saya selalu remind anak saya supaya letak pelembab dan sunscreen. "Apabila umur sudah mencecah 40 tahun saya rajin ke spa untuk membuat rawatan muka, pakai serum dan sunscreen atas nasihat doktor. "Saya juga sudah berhenti mengambil gula dalam minuman kerana gula menyebabkan kulit kita kendur dan mempercepatkan penuaan di samping menyebabkan kita gemuk dan menghidap diabetes," ujarnya yang juga seorang perunding pelaburan, takaful dan pengurusan harta di Elite Financial Group iaitu agensinya sendiri. Sebagaimana bapa lain, Jeff berkata dia merupakan seorang yang sangat 'protective' dan menitikberatkan soal agama dalam membesarkan satu-satunya zuriat yang dimiliki. "Sejak peristiwa adik Nurin Jazlin membuatkan saya terlalu berhati-hati. "Walaupun saya manjakannya, bab agama saya seorang yang garang. Tentang solat dan menutup aurat dengan sempurna, saya tidak main-main. Apabila umur sudah mencecah 40 tahun saya rajin ke spa untuk membuat rawatan muka, pakai serum dan sunscreen atas nasihat doktor. JEFF AJ "Sekarang dia terlebih menjaga aurat dan sentiasa mengingatkan saya setiap gambarnya yang saya muat naik di media sosial tidak menunjukkan aurat atau bentuk tubuhnya," katanya yang menetap di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Dalam pada itu, Jeff turut berkongsi cara didikan yang diterapkan untuk anak tunggalnya yang mungkin dapat diambil sebagai panduan buat ibu bapa lain. "Jadikan diri kita sahabat kepada anak kita. Jangan sampai mereka mencari orang lain sebagai tempat mengadu kerana ramai diluar sana yang mengambil kesempatan atas kenaifan anak-anak kita. "Pantau penggunaan gadget mereka. Saya hadkan screen time pada gadget dan laptop anak saya, tetapkan child protection pada komputer mereka supaya kita boleh tengok website apa yang mereka buka. Jeff sangat rapat dengan anak perempuannya sejak kecil malah mereka berkongsi minat terhadap lagu k-pop. "Saya akan block website yang tidak bagus, serta lagu yang mempunyai lirik tidak senonoh (explicit content). Ibu bapa mestilah peka dengan perkembangan IT semasa serta sentiasa tekankan aspek agama dalam kehidupan seharian," kongsinya. Tidak menyangka video bersama anak perempuannya yang dikongsi secara suka-suka meraih melebihi 432,000 jumlah tontonan di TikTok, Jeff berkata ada di antara netizen yang meminta petua awet muda daripadanya. "Komen yang paling banyak adalah meminta tips, nak jadi anak angkat, kakak angkat anak saya, ibu angkat anak saya, ada yang mengaku anak kedua saya, anak lelaki saya. Semuanya melucukan apabila saya baca," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI