suria

Pendam hasrat sejak 2019, wanita ini kejar Ebit Lew di Kundasang...

Wanita ini memeluk Islam selepas dia bertemu dengan Ebit di Kundasang.

PADA tanggal 6 Februari lalu, pendakwah terkenal Ebit Lew mengumumkan pemergiannya ke negeri Sabah selama 40 hari.

Menerusi media sosial, Ebit banyak berkongsi mengenai aktiviti sepanjang dia berada di negeri berkenaan, termasuklah pertemuannya dengan pelawak terkenal Syaiful Zero di Kudat pada 8 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit tiba di Mesir, akan teruskan misi kemanusiaan ke Gaza

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

Pada Sabtu, Ebit yang berada di Kundasang berkongsi cerita mengenai seorang wanita dan anaknya yang baru sahaja memeluk Islam.

Kata Ebit, dia sebak kerana wanita itu sudah memendam hasrat untuk bersemuka dengannya sejak tiga tahun lalu.

"Sebak sayu rasa tadi seorang wanita ini bersama anaknya kejar saya dan terus memeluk Islam.

ebit22

Ebit memuji keindahan panorama di Kundasang.

"Katanya dari saya ceramah di Lahad Datu 2019 beliau nak jumpa saya. Dah lama ikut saya di media sosial.

"Syukur terjumpa masa minum pagi. Beliau ingin memeluk Islam. Saya ajar syahadah tadi dan minta pertolongan Persatuan An Nisa Masjid Jamek Kundasang membantu. Tahniah adik ni dan anaknya. Allah sayang padanya," tulis Ebit di Facebook.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 109,000 tanda suka (like) dan dihujani lebih 4,000 komen netizen.

Katanya dari saya ceramah di Lahad Datu 2019 beliau nak jumpa saya.

EBIT LEW

Selain memberi ucapan tahniah, netizen turut menitipkan kiriman doa buat wanita itu agar dia terus bersemangat untuk mendalami ajaran Islam.

"Alhamdulillah. Semoga istiqomah dan dapat bimbingan mendalami Islam dari pihak yang berwajib. Semoga dipermudahkan segala urusannya.

"Syukur Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan kehidupan dengan hidayah yang dikurniakan kepada anak ini. Tahniah UEL.

ebit1

Ebit bertemu pelawak terkenal Syaiful Zero di Kudat pada 8 Februari lalu.

"Alhamdulilah, semoga masyarakat setempat memberi semangat kepada saudara baharu ini," tulis beberapa netizen.

Dalam satu posting berlainan, Ebit turut memuji sikap baik penduduk di Kundasang serta keindahan panorama di sana.

"Sejuk di sini. Cantik pemandangannya. Segar udaranya. Baik-baik orangnya. Terima kasih ya Allah," tulis Ebit.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain