suria

Suara merdu sangat, dikata macam Amir Ukays... nyanyian pemuda ini buat ramai rasa kena scam! Rupa-rupanya memang penyanyi

Said Tarmizi pernah menyertai uji bakat Bintang RTM.

"KALAU ni pun kena tuduh miming.. please ketuk pintu jiran korang ajak dia gaduh," seloroh seorang pemuda, Said Tarmizi mengenai video nyanyiannya yang dikatakan sekadar melakukan gerakan bibir.

Kata-kata itu dipaparkan dalam video nyanyian anak kelahiran Tawau, Sabah itu susulan terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan suaranya dan memberikan komen negatif seperti 'kena kencing jelah' dan 'nak wayang, wayang betul-betul bang... suara ori lagu tu kuat sangat'.

Bagaimanapun, dia tidak berkecil hati malah menganggap setiap komen yang ditinggalkan netizen pada video bertajuk Pahit Akan Manis Akhirnya itu, sebagai lucu.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka miming ketika syok nyanyi di kenduri kahwin, pemuda kerja kampung mirip suara penyanyi Indonesia dapat rezeki terpijak... bakal masuk studio rakaman!

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan GV, siswi suka-suka ‘cover’ lagu Asmara Ini... ramai terpesona suara anak Sarawak mirip Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, tak sabar nak rakam Setia

Dia juga tidak menyangka video yang dimuat naik di media sosial pada 2 Februari lalu mendapat hampir satu juta tontonan.

"Mungkin kerana netizen terbahagi kepada dua kumpulan, satu cakap suara saya manakala satu lagi cakap penyanyi asal. Mereka bergaduh dalam komen tu sendiri.

"Tapi sebenarnya, nyanyan dalam video itu memang suara saya.

"Kemudian saya update satu lagi video bertajuk Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dengan caption 'kalau ni pun kena tuduh miming please ketuk pintu jiran korang ajak dia gaduh'.

"Ayat itu sekadar bergurau sahaja. Yang pasti lagu kedua ini membuktikan suara sebenar saya, bukannya suara penyanyi asal (Amir Ukays)," tegasnya ketika dihubungi mStar.

Said turut menzahirkan rasa syukur kerana pengikut akaun TikToknya sudah mencecah 29,000 hanya disebabkan video nyanyian tersebut.

Minat terhadap nyanyian mendorong Said menyertai uji bakat.

Minat terhadap nyanyian mendorong Said menyertai uji bakat.

Begitu meminati bidang nyanyian, dia memberitahu pernah menyertai uji bakat Mentor 2019 dan Bintang RTM 2020 tetapi sekadar di Stage 2 sahaja.

"Saya gemar menyanyikan lagi era 90-an. Bila karaoke saya selalu nyanyikan lagu-lagu kumpulan Spin, Spring, Ukays dan Slam.

"Ramai cakap suara saya sama dengan Amir Ukays tapi ada juga yang menafikan," katanya.

Said bersama band Ukays sejak Jun 2021.

Said bersama band Ukays sejak Jun 2021.

Berkongsi kisah menarik tentang dirinya, anak muda berusia 25 tahun ini berkata disebabkan video tular itu jugalah dia diserap ke dalam kumpulan Ukays pada masa ini.

"Dulu masa di Sabah saya selalu cover lagu lepas tu upload di Instagram, tak sangka video lalu di Instagram abang Amy Ukays. Pada Jun 2021 dia DM minta nombor telefon dan minta saya cuba cover lagu-lagu Ukays.

"Dah cover semua dia suruh datang Kuala Lumpur untuk rekod lagu baru dan jadi penyanyi dalam band Ukays. Saya datang Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2021.

"Single terbaru tidak lama lagi keluar, lagu berjudul I Love You I Miss You.

Peluang menyanyikan lagu bersama Datuk Seri Vida.

Peluang menyanyikan lagu bersama Datuk Seri Vida.

"Paling menarik, lagu Qu Puteh Datuk Seri Vida dinyanyikan oleh saya dan dia sendiri dirakamkan di studio Ukays," katanya gembira sambil menambah dia dulu bekerja sebagai mekanik.

Menurut anak sulung daripada enam beradik ini, ibu dan bapanya tidak menghalang jalan yang dipilih sebaliknya menyokong penuh apa yang dilakukannya.

Katanya, dia juga diminta membawa balik calon isteri sekiranya pulang ke Sabah nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain