suria

Tajuk ‘perkahwinan idaman’ untuk soalan lisan SPM... netizen persoal kredibiliti KPM, tapi ada puji soalan ‘out of the box’

Perkahwinan idaman dipersoalkan kerana dijadikan soalan SPM

TULAR di media sosial tentang tajuk 'Perkahwinan Idaman' yang diberikan untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi ujian lisan (viva) Bahasa Melayu.

Ia kini menjadi satu perbahasan yang hangat diperkatakan para netizen, tambahan pula ia turut dimuat naik di Facebook Dr Sheikh Muszaphar FanClub.

Kebanyakan netizen menyelar tajuk berkenaan dengan menyatakan ia tidak relevan selain mempertikaikan tahap pemikiran pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan (KPM) 'no wonder our education keep going downhill with educators like this'.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 bulan batal majlis kahwin, sedekah lauk kenduri sebab banjir, akhirnya impian bersanding jadi realiti... paling sempoi Radin Era tunai janji!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diserang calon SPM kerana soalan susah, Melissa akhirnya bersuara - “Tolonglah berhati perut... kita semua hanya manusia biasa”

"Nampak sangat inilah level otak KPM, sudah langsung tak berfungsi sejak akhir-akhir ini.

"Semakin tepu. Budak yang darjah 1 hingga 6 ko bagi standard pelajaran macam ni. Yang menengah langsung jammed pemikirannya," katanya.

Antara reaksi lain netizen adalah 'Kita dulu tajuk ni memang tak ada la... selalunya tentang impian kita, tentang kemusnahan alam sekitar, tentang hal-hal yang terjadi dalam dunia ini. Ada banyak lagi la tajuk-tajuk yang boleh buat, nampak sangat orang yang buat soalan ni, fikir tentang nak kahwin'.

Antara reaksi netizen berhubung soalan tersebut

Antara reaksi netizen berhubung soalan tersebut

Tidak kurang juga yang menyarankan supaya tajuk perkahwinan itu ditukarkan. 'MasyaAllah. Paling pun perkahwinan tu tukar la pada pekerjaan idaman... pelajar nak bercerita pun bersemangat' dan 'Ini ke KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi) yang dicanang-canangkan tu?'.

Namun terdapat juga beberapa pihak yang mengambilnya dengan pendekatan positif dan menyatakan ia perlu difikirkan secara di luar kotak (out of the box).

"Sekiranya pelajar itu dapat kaitkan dengan financial management yang diajar dalam subjek matematik dan isu semasa Covid-19 sekarang dan kaitkan apa yang diajar dalam subjek pendidikan Islam, pastinya pelajar itu hebat.

Netizen menyelar tajuk soalan SPM yang disediakan KPM

Netizen menyelar tajuk soalan SPM yang disediakan KPM

"Sebab berfikiran di luar kotak, bukan hanya bercakap melalui apa yang dilihat daripada perkahwinan saudara-mara dan artis-artis pujaan mereka," demikian komen balas pengguna media sosial, Syahira Nasir.

Dia juga memaklumkan bahawa ia dinilai menerusi pemerhatiannya secara menyeluruh.

"Sebab itu yang saya nampak daripada soalan tersebut, lima tahun sekolah, kaitkan dengan semua yang diajar, topik form 3 lagi pelajar diajar bab kewangan ni, saya selalu remind student, awak semua nanti nak kahwin jangan sesekali ambil personal loan.

"Lepas tu kita ajar kira bayaran pinjaman, interest semua tu. So memang patut mereka boleh relate dengan soalan oral yang sebegitu," jelasnya lanjut.

Bagi pengguna akaun Nurul Naziera, dia berpandangan bahawa soalan seumpama itu untuk membantu pelajar tercorot.

Teo Nie Ching

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

"Sebenarnya soalan mcm ni dapat membantu murid kelas belakang. Sedikit sebanyak boleh membantu meyakinkan diri mereka semasa menjawab ujian lisan.

"Murid banyak jalani PdPR. Tak semua belajar masa PdPR. Nanti bila soalan susah keluar, murid ramai fail. Ramai yang persoalkan kenapa soalan susah sedangkan murid banyak PdPR," hurainya lagi.

Isu tersebut turut mendapat perhatian bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Pada 13 Februari, dia meminta KPM menjelaskannya.

Dia turut menyatakan soalan seumpama itu tidak wajar ditanya kepada pelajar yang baru berusia 17 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain