SIAPA sangka individu yang selama ini mengawal keselamatan kawasan perumahan mempunyai niat yang tidak baik. Begitulah detik cemas yang dialami seorang wanita, yang nyaris menjadi mangsa kepada seorang pengawal keselamatan yang bertindak memecah masuk ke rumahnya. Menerusi satu perkongsian yang kini tular, wanita itu hanya menyedarinya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya, di Johor. ARTIKEL BERKAITAN: Pak guard ceroboh rumah pernah tanya di mana 'suami'! Wanita dedah terpaksa ambil ubat penenang, mujur tergerak hati beli CCTV 2 minggu lalu "Pada 10 Februari lalu, jam 12.14 pagi Yuyun tak sampai rumah lagi. Masih kat luar dalam perjalanan nak balik dari pergi makan. "Tiba-tiba dapat notifikasi aplikasi CCTV dari dalam rumah 'motion detected' asyik blink-blink (berkelip-kelip). Saya terus buka tengok live CCTV," katanya di halaman Facebook Yuyun Nissa. Lelaki berkenaan turut menaiki ke tingkat atas rumah. Ternyata rakaman CCTV pada awal pagi itu menggemparkan Yuyun apabila mendapati seorang lelaki berada di dalam rumahnya. "Allahuakhbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah Yun, lelaki tu macam familiar sangat. Sekali tengok baju dia pakai rupa-rupanya pengawal keselamatan perumahan Yuyun. "Dia dok berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju seluar semua. Sempat lagi dia WhatsApp call Yun tanya kat mana. "Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun dan ada niat yang tak baik. Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai," katanya. Rakaman CCTV juga menunjukkan lelaki berkenaan naik ke tingkat atas rumahnya. Baju pengawal keselamatan yang ditinggalkan di rumah Yuyun. Menurut Yuyun, dia tidak pasti bagaimana pengawal keselamatan tersebut boleh memecah masuk rumahnya kerana CCTV yang dipasang hanya dapat mengesan pergerakan di ruang tamu. Yuyun yang merupakan ejen insurans kemudian segera menghubungi kakak dan abang iparnya yang tinggal di lorong bersebelahan untuk membuat pemeriksaan di rumahnya. "Bila abang ipar sampai je rumah terus lelaki ni lari keluar rumah sampai tertinggal baju kerja security guard dia,” katanya. Walaupun kita duduk dalam perumahan yang ada pengawal keselamatan belum tentu rasa selamat. YUYUN Mengakui kejadian yang berlaku cukup menakutkan, namun wanita itu bersyukur kerana dirinya dan anak-anak selamat dan diberi perlindungan. "Ya Allah perasaan takut seram semua ada. Tak dapat bayangkan kalau Yun ada kat dalam rumah dengan anak-anak semua," tambahnya. Yuyun membuat laporan polis berhubung kejadian. Susulan kejadian itu, Yuyun membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan di mana siasatan masih dijalankan. Difahamkan, individu berkenaan mempunyai rekod kes dadah. "Yuyun bersyukur tak ada apa-apa berlaku. Cuma nak ingatkan anda walaupun kita duduk dalam perumahan yang ada pengawal keselamatan belum tentu rasa selamat. Sentiasa berjaga-jaga dan hati-hati," katanya. Setakat ini, posting Yuyun di Facebook dikongsi lebih 4,300 kali. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI