suria

Kecoh ‘King’ menuju alam barzakh... anak pemandu tampil cerita kisah sebenar menimpa ibunya, mohon maaf kepada waris kubur

Perodua Myvi terbabas masuk dan merempuh beberapa kubur di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang, Negeri Sembilan. Foto: Media sosial

SINONIM dengan gelaran 'King' kerana kerap kali dikaitkan dengan kemalangan jalan raya serta pelbagai insiden viral lain, Perodua Myvi sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Kecoh di media sosial pada Khamis susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi terbabas sehingga merempuh ke kawasan tanah perkuburan Islam.

Menerusi perkongsian warganet, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang, Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani betul dia hon... King of the road tu!” – Lagi aksi ‘luar biasa’ Myvi, kali ini selamba buat U-turn tanpa rasa bersalah!

ARTIKEL BERKAITAN: Berdesup sampai berasap! Ramai ‘terpegun’ tengok Myvi masih mampu pecut selepas ‘meluncur’ atas pembahagi jalan

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada pukul 10.40 pagi itu berpunca apabila pemandu wanita berusia 60-an dikatakan terbabas ketika memusingkan kenderaannya sehingga melanggar kubur.

Insiden itu menyebabkan empat kubur mengalami kerosakan termasuk batu nisan tercabut akibat dirempuh kenderaan berkenaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, pihaknya akan menghubungi waris kubur yang rosak bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

kubur 2

Difahamkan empat buah kubur mengalami kerosakan akibat rempuhan tersebut.

Namun di tengah-tengah kekecohan warganet melontarkan pelbagai komen mengenai insiden tersebut, seorang pelayar Facebook mengaku dirinya anak kepada pemandu wanita berkenaan.

Menerusi satu hantaran, pelayar itu tampil memberikan penjelasan dan menceritakan situasi sebenar mengenai insiden tersebut.

"Saya anak kepada owner kereta Myvi ini. Bagi pihak ibu, saya memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yang rosak.

"Sebenarnya ibu saya dalam keadaan hypo (kurang gula dalam darah) kerana menghidap kencing manis.

"Ibu saya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin pusingkan kereta (u-turn). Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan tertekan kerana baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat Covid-19," tulisnya.

kubur 1

Tangkap layar (screenshot) hantaran seorang pelayar Facebook yang menjelaskan situasi sebenar mengenai insiden tersebut.

Pelayar itu dalam masa yang sama memohon jasa baik warganet agar tidak terus menularkan gambar insiden berkenaan.

"Saya harap agar tiada pihak yang salah sangka terhadap kejadian ini. Alhamdulillah ibu saya selamat dan tiada kecederaan.

"Kami sekeluarga berusaha untuk memberikan semangat kepada ibu. Saya memohon kemaafan sekali lagi," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan