suria

Panas isu pekerja OKU dituduh bodoh gara-gara jadual kerja... McDonald's tak boleh terima cara pengurus restoran, akan ambil tindakan!

Seorang pekerja OKU didakwa menerima layanan buruk oleh pengurusnya. foto Richard Lam Photography

KECOH di media sosial minggu ini mengenai seorang pekerja orang kelainan upaya (OKU) didakwa diberi layanan buruk oleh pengurus di rangkaian restoran makanan segera McDonald’s.

Ia susulan luahan abang kepada pekerja OKU terbabit menerusi satu perkongsian di halaman Facebook bernama Muhammad Hanis yang tular.

Menurut perkongsian itu, katanya, adiknya yang menghidap disleksia dikatakan tidak hadir bekerja disebabkan jadual kerja baru yang diberi pada saat akhir, pada awal pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pemuda berlakon cacat, salah guna parking khas... Ras Adiba beri amaran, desak minta maaf kepada semua OKU!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU suka main TikTok dituduh 'buat-buat cacat', tetap bersemangat nak jadi influencer, hiburkan followers

Jadual kerja McDonald's cawangan Forest Height di Senawang, Seremban itu dihantar menerusi grup WhatsApp kakitangan pada pukul 1 pagi 13 Februari yang menuntut adiknya bertugas 9 pagi hari sama.

"Tiba-tiba pukul 10 pagi Ahad tu, salah seorang pengurus premis tu tanya adik aku dalam grup WhatsApp, kenapa adik aku tak masuk-masuk kerja lagi sebab kalau ikutkan adik aku perlu masuk pukul 9 pagi.

"Lepas tu ayah aku tolong jawab WhatsApp dan beritahu yang nama adik aku tak ada dalam jadual, sebab tu tak datang kerja. Kemudian mereka beritahu nama adik tu ada dalam jadual, tapi tulis nombor ID kerja adik aku," katanya.

pekerja oku mcd 6

Jadual kerja yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, adiknya hanya dirujuk sebagai nombor kakitangan yang didakwanya panjang dan sukar untuk diingati berbanding nama penuhnya seperti senarai nama pekerja yang dikongsikannya.

"Come on lah, adik aku sebagai OKU ada limitation kot dan kau expect adik untuk ingat nombor tu?

"Kalau nombor tu pendek tak apa juga, ni dahlah panjang, lepas tu tak sebut nama. Kemudian, ayah aku balas yang nama adik aku Aniq Ashraf, bukan nombor," katanya.

pekerja oku mcd 7

Tangkap layar antara mesej menerusi grup WhatsApp.

Namun, apa yang dikesalkannya apabila dakwanya seorang pengurus menghantar mesej yang bersifat angkuh dan menghina adiknya yang merupakan pekerja OKU.

"Tak semena-mena ada seorang pengurus tu balas, aku gelarkan dia ni Tan Sri - 'Kalau you manusia bukan nombor, pastikan lobi aku tak bersepah penyapu dekat luar. Manusia dia dengar cakap, kalau nombor dia tak dengar cakap, dia bodoh sikit'.

Tingkah laku pengurus restoran berkenaan didapati tidak boleh diterima dan melanggar dasar kami tentang kepelbagaian dan keterangkuman.

MCDONALD’S MALAYSIA

"Kau rasa kau sebagai abang, tak panas ke orang panggil adik kau sebagai OKU bodoh," katanya menerusi luahan yang dikongsi 16,000 kali, dengan memuat naik tangkapan layar mesej dalam grup WhatsApp kakitangan berkenaan.

Ekoran insiden itu, McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat memberitahu, pihaknya menjalankan siasatan dalaman segera dan menyeluruh untuk menangani perkara itu.

pekerja oku mcd 1

Kenyataan McDonald's Malaysia.

"Kami mengesahkan tingkah laku pengurus restoran berkenaan tidak boleh diterima dan melanggar dasar kami tentang keterangkuman dan kepelbagaian. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu tersebut.

"Pihak McDonald's Malaysia juga telah menghubungi keluarga kakitangan dan memohon maaf di atas kejadian dan untuk menyelesaikan isu ini," menurutnya sambil menambah pekerja OKU berkenaan berkhidmat dengan rangkaian restoran itu selama empat tahun.

Dalam perkembangan terbaharu, pengadu yang juga abang kepada pekerja OKU itu berkata. keluarganya telah menerima permohonan maaf daripada McDonald's cawangan Forest Height.

"Beberapa isu lain yang terkait juga telah pun diketengahkan dan pihak syarikat telah ambil maklum serta akan melakukan tindakan susulan atas perkara tersebut.

"Maka dengan ini, kes telah pun selesai. Diharap tiada perkara berbangkit akan timbul terhadap golongan-golongan seperti ini khususnya pada masa akan datang," katanya menerusi posting terbaharu di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain