suria

Dua lelaki undang kemarahan! Selamba kongsi gambar biadab pijak replika kanak-kanak kebuluran di muzium

Perbuatan tidak bermoral dua lelaki ini berpura-pura memijak replika seorang budak yang sedang lapar.

ADAB tidak mengenal usia atau latar belakang.

Sama ada anda tua, muda, miskin, kaya atau berpangkat sekali pun, adab patut menjadi teras dalam diri seseorang manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Ibu murid paksa ustazah merangkak... sila tampil ada yang nak bantu - “Jika ustazah tak mampu bayar kos guaman, aku sudi support”

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar tak ada rupa, asalkan ada adab” - Gadis sumbing seru netizen ‘jaga mulut’, jangan biadab di media sosial

Seorang wanita memuat naik satu tangkap layar dari posting Instagram yang tular di akaun Twitter miliknya, memaparkan dua lelaki melakukan aksi dianggap biadab di sebuah muzium.

Menerusi gambar tular tersebut, kedua-dua mereka sedang ‘memijak’ replika kanak-kanak sedang kelaparan yang dipamerkan di Wonderfood Museum, Pulau Pinang seolah-olah menghina dan tidak sensitif dengan mesej keinsafan yang mahu disampaikan menerusi pameran itu.



Tangkap layar satu ciapan yang menjadi punca cetusnya kemarahan netizen lain.

“Inilah yang saya maksudkan tentang kurang rasa belas kasihan. Orang ni betul-betul post benda tak baik seperti ini di Instagram. Bagaimana boleh terfikir nak lakukan perkara seperti ini di pameran tentang kanak-kanak kelaparan?! Macam mana benda ni boleh dijadikan bahan lawak?! Kadang-kadang orang Malaysia sangat membuatkan saya gerun,” tweet wanita berkenaan sambil berkongsi gambar tidak sensitif tersebut.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih ribuan retweet dan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan dua lelaki itu.

Selain itu, netizen juga turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bermoral yang ditunjukkan oleh dua lelaki tersebut yang mana salah seorang daripadanya dipercayai sudah bergelar bapa berdasarkan apa yang ditulis di ruangan komen.

“Lebih teruk lagi, dia seorang bapa kepada dua orang anak. Saya kesiankan si isteri kerana terpaksa membesarkan keturunannya.



Antara komen netizen yang turut mengulas mengenai gambar tidak bermoral tersebut.

“Alangkah malunya 100 kali bagi seorang lelaki yang mempunyai anak untuk melakukan perbuatan yang tidak berperasaan dan tidak matang itu. Sekurang-kurangnya, dia patut berfikir jika kanak-kanak replika itu adalah anaknya yang bernasib malang, tidakkah dia akan marah? Tidakkah dia fikir anak-anaknya juga patut dikasihani orang lain?” demikian antara komen netizen yang sama sekali tidak dapat menerima perbuatan dua individu ini.

Pameran Wonderfood Museum ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang isu penting mengenai kanak-kanak yang kebuluran.

Satu tweet balas kepada posting asal menyatakan bahawa replika yang menjadi 'bahan mainan' tersebut merupakan inspirasi daripada satu gambar asal kanak-kanak kebuluran di Korea Utara.

“Orang lain melihat replika itu untuk muhasabah diri dalam beberapa perkara, tetapi dia melihatnya sebagai satu jenaka siap buat aksi pijak/sepak? Meow (kucing) pun tak berani nak halau apatah lagi kanak-kanak kelaparan. Korang buat lawak je?” luah seorang netizen.

Sementara itu, individu yang memuat naik gambar tersebut di Instagram dengan kapsyen “Suck it” ini telah menetapkan akaun Twitter dan Instagram miliknya kepada mod privasi selepas mendapat kecaman teruk daripada netizen.



Gambar yang dimuat naik individu ini pada akaun Instagram miliknya.

Jelas sekali sikap tidak sensitif atas kesengsaraan orang lain itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi dikongsi secara terbuka untuk tontonan awam.

Kesimpulannya, amalan tidak bermoral ini bukanlah fitrah, sebaliknya ia merupakan pilihan setiap individu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain