SUDAH menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengalami alahan ketika hamil. Sering kali mereka akan alami alahan termasuklah muntah, loya dan sensitif terhadap bau sesuatu yang tidak disenangi. ARTIKEL BERKAITAN: Suami terbongkang mabuk, 2 hari cari asam! Nasib baik kerja dari rumah... Apa cerita sebenarnya? - “Kalau isteri mengadu penat, jangan ingat nakkan perhatian” ARTIKEL BERKAITAN: Suami bingung isteri hamil menyampah tengok muka, "dia tak nak dekat, tapi saya dah spray minyak wangi" Namun, perkara ini bukanlah menghairankan bagi kaum wanita berbadan dua sama ada ia merupakan kandungan pertama ataupun mereka yang sudah mempunyai anak ramai. Berlainan pula dengan wanita ini, Tian Raziah Jumari, 25, apabila suaminya yang terkena tempias alahan si isteri. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mesra disapa Ummie berkata, suaminya Muhammad Afiq Aiman Nor Asikin, 29, mula mengalami alahan sejak hampir seminggu yang lalu. “Saya sedang hamil anak kedua dan kandungan saya baharu saja masuk empat minggu. Saya tahu yang saya hamil selepas buat ujian dua minggu lepas. “Mula-mula saya saja yang alami alahan sampai sakit kepala, muntah dan tak boleh bau pelik macam ibu mengandung lain. Tak sangka pula baru ni lepas dapat tahu mengandung, suami pula alami alahan,” kata Ummie. Suami Ummie mula mengalami alahan sejak hampir seminggu yang lalu. Bercerita lanjut mengenai video yang menjadi tular, rakaman video yang dimuat naik menunjukkan suaminya sedang muntah di sinki. Kejadian itu berlaku semasa wanita hamil ini menemani suaminya di tempat kerjanya di Klinik Dalaman Proton, Shah Alam, Selangor. Jelas Ummie yang merupakan suri rumah ini, dia mengambil kesempatan untuk merakam keadaan suaminya mual itu sebagai kenangan untuk mereka sekeluarga. Masa anak pertama suami OK je takde mual atau muntah. Saya pun tak teruk sangat rasa pening sikit je. Tian Raziah “Suami saya bekerja sebagai Pegawai Perubatan. Kalau dia kerja syif malam memang saya dan anak sulung akan teman ikut pergi kerja. Masa dia tengah muntah dekat sinki tu saya kesian tapi tetap record untuk simpanan kenangan. “Kesian tengok dia, masa dia ulang alik ke sinki tu, dia tak muntah cuma mual-mual saja. Dia cakap pada saya rasa macam ada angin dalam perut sampaikan geleng kepala tiap kali rasa mual. “Nasib baik dia tak rasa lembik sampai kena ambil cuti tapi sekurang-kurangnya dia boleh rasa apa saya rasa masa mengandung,” seloroh Ummie. Malah, dia juga sebak membaca komen selepas post video suami mual tu sebab ada yang kata alahan dialami suami tu sebab si dia sayangkan isteri. "Menitis juga air mata baca orang cakap macam tu,” katanya yang menetap di Selayang, Selangor. Antara perkongsian Ummie tentang suaminya yang mual ketika pulang dari tempat kerja. Imbas Ummie, semasa mengandung anak pertama yang sudah berusia empat tahun, dia tidak alami alahan teruk tetapi mengidam makan kopi dan sirih. Berbeza pula dengan anak kedua kali ini, di mana dia dan suami bergilir-gilir untuk mengalami alahan dan mual ini. “Masa anak pertama suami OK je takde mual atau muntah. Saya pun tak teruk sangat rasa pening sikit je. Cuma saya rasa nak ratah serbuk kopi. Saya ratah macam makan milo. “Disebabkan masa tu saya layan mengidam punya pasal, kopi tu tak rasa pahit pun. Rasa nikmat betul makan serbuk pahit tu tak perlu bancuh pun," katanya. Jelas Ummie, dia berharap semoga perjalanan mengandung kali ini dalam keadaan baik untuk dirinya dan juga bayi dalam kandungannya. Ummie sebak membaca komen selepas post video kerana menurut netizen alahan dialami suami adalah kerana si dia sayangkan isteri. “Bagi suami di luar sana, terutama sekali yang tak rasa apa isteri rasa, fahami dan hargailah mereka. Mereka banyak berkorban menjaga kandungan selama sembilan bulan ini. “Sudah pasti yang terkena tempias tahu apa yang isteri alami semasa hamil. Walaupun ada para suami tidak merasai pengalaman ini tapi tidak bermakna mereka tak sayang isteri. Semua itu dengan keizinan Allah,” kata Ummie. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI