suria

“Mungkin nak cirit birit kot” - Aksi ‘king of the road’ ekori ambulans bikin ramai bengang, betul ke pemandu Myvi waris pesakit?

Aksi pemandu Myvi putih yang mengekori rapat sebuah ambulans menerima kecaman netizen di media sosial.

BUKAN sekali, bukan dua kali, sebaliknya sudah kerap kisah mengenai pemandu kereta Perodua Myvi menjadi perbualan rakyat negara ini.

Terbaharu, satu rakaman memaparkan model kereta yang diberi jolokan 'king of the road' itu sedang mengekori rapat sebuah ambulans tular di media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 54 saat itu, kelihatan pengguna jalan raya mula bergerak ke bahagian tepi kiri dan kanan untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedar-sedar dah kat bawah” - Plan balik kampung nak cari ketenangan, tapi sampai je Perlis Myvi terjun bendang... jejaka anggap memori terindah 2020!

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh lari tapi ibu tunggal berdiri kaku saat kedai dirempuh Myvi, habis berterabur nasi lemak... ada hikmah, biasanya ramai pelanggan termasuk budak sekolah

Bagaimanapun, Myvi tersebut dilihat cuba mengambil kesempatan dengan mengekori rapat ambulans tersebut, sekali gus membolehkannya bergerak lebih pantas berbanding pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Pada penghujung video, ambulans tersebut sempat berhenti seketika, menyebabkan Myvi itu berhenti mengekorinya.

"Tak faham dengan orang yang suka follow ambulans ni. Buatnya ambulans tu brek emergency dah jadi satu kes pula," tulis pengendali Twitter @MalaysiaVirall.

myvi putih 2

Ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pemandu itu yang dianggap membahayakan pengguna jalan raya yang lain. (Gambar Hiasan)

Selain Twitter, video tersebut turut disebarkan secara meluas di laman Facebook sehingga mengundang kecaman netizen.

"Bersangka baik. Mungkin si pemandu (Myvi) sakit perut nak cirit-birit. Bahan kumbahan dah sampai hujung. Ada lagi jenis ni yang suka ambil kesempatan elak kesesakan.

Aku seorang pemandu ambulans dan pernah kena lebih kurang macam ni lah... follow rapat ambulans.

AZWA SAKINAH

"Ada yang komen, itu ahli keluarga dia (pesakit) yang follow. Jap nak tanya, untuk apa ahli keluarga follow rapat ambulans? Biarlah ambulans tu bawa ahli keluarga kita ke hospital. Pandai-pandai la bahagian kecemasan buat kerjanya.

"Ini king putih dia punya cemas macam urat kentut nak putus atas highway.

"Dah nama pun Myvi. Jarang la tak buat hal," tulis beberapa netizen di Facebook.

Menjengah ruangan komen di Facebook, seorang pemandu ambulans, Azwa Sakinah turut berkongsi pengalamannya berdepan kes sama sebelum ini.

myvi3

Antara komen netizen di Facebook.

"Aku seorang pemandu ambulans dan pernah kena lebih kurang macam ni lah... follow rapat ambulans... last sekali aku berhenti tutup siren aku buka tingkap dan keluar tangan siap suruh dia jalan dulu.

"Lepas tu dia angkat tangan minta maaf. Nak sangat follow belakang ambulans kan," tulisnya.

Menurut maklumat pada rakaman video tular itu, kes berkenaan dipercayai berlaku pada Khamis lalu.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab perlu sentiasa memandu dengan berhemah. Pandu cermat, jiwa selamat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain