suria

Ramai kagum benteng DIY bantu lencongkan arus deras, laman rumah tak kena banjir - “Penduduk ni lepasan civil engineering kan?”

Sebuah benteng penghalang banjir telah dibina di sebuah rumah di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan.

HUJAN berterusan sepanjang minggu lalu di Kelantan dan Terengganu menyebabkan mangsa banjir terpaksa menyelamatkan diri dengan pergi ke tempat yang lebih selamat.

Setakat ini, mangsa-mangsa banjir diberikan bantuan dan perlindungan dengan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

ARTIKEL BERKAITAN: "Sedang menanti bantuan pihak penyelamat" - Mangsa banjir akui bencana terburuk berbanding 2014

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Terengganu, Kelantan: Abang Viva sekali lagi mahu selamat mangsa banjir

Ketika rakyat Malaysia berdoa agar banjir segera surut dan mangsa segera diberikan bantuan, tular satu video menunjukkan sebuah benteng penghalang banjir yang dibina di sebuah rumah di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan.

Walaupun dapat dilihat arus deras banjir di jalan berhampiran kediaman tersebut, rata-rata netizen kagum apabila arus tersebut tidak berjaya masuk ke bahagian halaman rumah kerana dihadang oleh benteng DIY (do it yourself).

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, pada mulanya dapat dilihat arus deras menuju ke arah halaman rumah tersebut tetapi disebabkan terdapat benteng itu, air 'melencong' ke arah lain.



Keadaan rumah penduduk ini sebelum dilanda banjir.

“Rumah dia tak masuk air banjir wey,” demikian kapsyen pada video tular ini.

Berdasarkan pemerhatian, benteng penghalang banjir itu seperti dibina dengan guni besar atau beg pasir yang disusun tinggi bahagian pagar masuk rumah berkenaan.

Ia kemudiannya ditutup dengan kepingan plastik yang lebar dan dapat juga dilihat tiang-tiang kayu dipacakkan di bahagian belakang beg atau guni yang berfungsi sebagai sokongan.

Seterusnya, individu kreatif yang tidak dapat dikenalpasti identitinya itu melengkapkan seni binanya dengan meletakkan batu berat untuk menahan arus deras.



Antara ciapan yang memuji benteng binaan penduduk ini ibarat seorang lepasan bidang jurutera.

Sehingga kini video itu telah mendapat lebih 400,000 jumlah tontonan dengan 17,000 tanda suka.

Rata-rata komen netizen memuji dan mengagumi benteng yang direka oleh individu tersebut dalam persediaannya menghadapi banjir.

“Penduduk ni lepasan civil engineering kan?

“Dia belajar dari pengalaman. Jadi tak adalah hadap benda sama setiap tahun.

“Nenek saya pun akan buat macam ni kalau musim banjir, memang siap ada beg atau guni pasir dah sedia,” antara komen-komen beberapa netizen.

Apa yang pasti, ia adalah satu ciptaan yang mudah dan dianggarkan tidak menelan kos tinggi serta sedikit sebanyak membantu penduduk yang kediamannya terdedah kepada bencana banjir.



Tangkap layar ciapan yang membalas komen tweet yang menjadi tular.

Namun rekaan tersebut dilihat hanya sesuai untuk paras air yang tidak terlalu tinggi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain