suria

Di luar bilik dilayan macam bibik, di kamar tidur suami paksa sekatil dengan madu... wanita menyesal jadi isteri kedua!

Maya menceritakan masalah rumahtangga yang menimpanya kepada Natipah selepas setahun dia menjadi isteri kedua. Gambar hiasan.

TANYALAH mana-mana wanita, kebanyakan daripada mereka pasti benci dengan perkataan 'madu'.

Mungkin terdapat sesetengah kes kehidupan wanita bermadu atau berpoligami indah sebagai sebuah keluarga yang besar, namun tidak bagi wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu baik... isteri diam-diam ‘hadiah’kan bini baharu untuknya, kini bahagia tinggal sebumbung

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang - “Wife kedua BFF saya”

Perkahwinannya dengan lelaki pilihan hanya manis pada peringkat permulaan, namun akhirnya membibitkan penderitaan.

Kisah wanita yang hanya dikenali sebagai Maya ini dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan, Natipah Abu, selepas wanita itu sendiri mengadu masalah mengenai perkahwinannya dan meminta bantuan.

"Maya bukan sehari dua Kakpah kenal. Sudah lebih 10 tahun... walaupun tinggal jauh namun sesekali Maya akan datang bertemu Kakpah.

"Sahabat yang juga ibarat seorang adik buat Kakpah ini dibesarkan di rumah anak yatim. Tiada abang, tiada kakak... Maya sebatang kara setelah neneknya meninggal dunia.

madu 1

Maya nekad dengan keputusan untuk menjadi isteri kedua kira-kira setahun lalu kerana menyangka suami dan madunya ikhlas menerima kehadirannya. Gambar hiasan.

"Maya mengadu tak tahan hidup dengan Amir, suaminya. Dan dia dihalau oleh lelaki itu. Terkejut Kakpah mendengar ayat itu. Sedangkan kerap kali gambar-gambar Maya yang dikongsi di media sosial mempertontonkan kebahagiaannya dengan Amir.

"Itu semua Amir yang tulis, kak. Amir yang letak gambar-gambar tu. Dia nak tunjuk kat orang saja. Benarlah kata-kata yang sering Kakpah dengar. Media sosial ini, dunia tipu-tipu bagi sesetengah orang," kata Natipah yang senang membahasakan dirinya sebagai Kakpah.

Menurut Natipah, Maya mendirikan rumah tangga dengan Amir yang juga berstatus suami orang lebih setahun yang lalu.

Tidak terjangkau dek akal maka bertalu-talu soalan Kakpah lontarkan tentang bagaimana semua itu berlaku.

NATIPAH ABU

Malah ketika Maya menyampaikan berita mengenai hasratnya mahu mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut sebagai isteri kedua, Natipah berkata dia agak keberatan namun wanita tersebut meyakinkannya dan menegaskan perkahwinan tersebut direstui isteri pertama.

"Sekali lagi Maya membuat keputusan drastik, berpindah dan tinggal sebumbung dengan madu. Sejak itu, dia jarang menelefon Kakpah, bertemu pula boleh dibilang dengan jari berapa kali.

"Wanita yang dulunya seorang yang berkarisma itu meninggalkan kerjaya yang sangat diminatinya demi ketaatannya kepada seorang suami.

"Maya bukan saja sebumbung dengan madu malah dipaksa sekatil dengan madunya. Tidak terjangkau dek akal maka bertalu-talu soalan Kakpah lontarkan tentang bagaimana semua itu berlaku," kongsi Natipah yang sudah lebih 10 tahun aktif sebagai aktivis kebajikan dan kemasyarakatan.

natipah

Natipah (depan) aktif dalam lapangan kebajikan dan kemanusiaan lebih daripada 10 tahun lalu.

Bukan sahaja diperlakukan sewenang-wenangnya di kamar tidur, Maya juga dilayan umpama seorang pembantu rumah di kediaman yang dihuninya bersama suami dan madunya itu.

Dek kerana tidak tahan, Natipah berkata Maya akhirnya menghubunginya untuk mencurahkan rahsia yang dipendam dan meminta bantuan untuk keluar daripada masalah yang membelenggunya.

"Otak Kak Pah pula ligat berfikir tentang apa yang harus dilakukan. Menyokong Maya bermakna kemungkinan akan meruntuhkan sebuah masjid. Bukan suatu hal yang mudah.

"Jadi Kakpah minta Maya rujuk dengan peguam yang arif terlebih dahulu untuk guide dia. Buat masa ini, Maya dah pun berhubung dengan dengan peguamnya," kata Natipah lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain