APABILA sebut mengenai peniaga jalanan (street food) atau gerai, sudah pastinya faktor cuaca menjadi antara cabaran buat golongan berkenaan. Lebih-lebih lagi ketika ini di kala cuaca tidak menentu, gerai yang didirikan di kawasan lapang tanpa struktur yang kukuh mudah sahaja dibadai angin kencang. Begitulah juga dengan nasib yang dialami oleh Izaidah Mohamed Ikhpal, apabila gerai pasemburnya terjejas teruk akibat hujan lebat dan angin kencang, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Sayu lihat ‘tragedi’ khemah terbang, raja buah bergelimpangan dipukul ribut kencang... anak dedah bapanya baru 4 hari cuba nasib jual durian ARTIKEL BERKAITAN: Payung bengkok dibadai angin kuat, tukang jahit 30 tahun tetap gigih buka gerai nasi ayam... terkejut usaha anak angkat menjadi, nasib pasang 2 ‘bodyguard’ Video yang dikongsikannya di media sosial iaitu rakaman ketika hujan lebat mencurah-curah sehingga barang jualan dan gerainya lencun, mengundang simpati netizen. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, Izaidah yang juga peniaga di Batu Maung Penang Foodies berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang berkata, kejadian yang dirakam lewat petang Rabu lalu berlaku di luar jangkaannya dan peniaga lain kerana cuaca sebelum itu panas dan cerah. "Petang tu memang cerah sahaja. Dalam panas elok-elok tu, tiba-tiba gelap. Kami sangka hujan biasalah sebab kebelakangan ini memang selalu hujan. Sekali hujan dengan angin ribut sekitar pukul 7 lebih, selepas maghrib. Peniaga mengemas barang-barang jualan yang terkena tempias hujan lebat. "Gerai pasembur saya ni betul-betul hadap jambatan. Kami pasang kanvas di belakang gerai sebagai penghadang sebab selalu tempias hujan. Tapi sebab angin laut agaknya, sekali dengan hujan, habis bahan-bahan pasembur lencun dek air hujan. "Waktu itu memang tak sempat nak mengemas, sekadar sempat tutup-tutup sikit sahaja dengan plastik dan kanvas tapi tetap lencun. Ketika itu kami pun tak berani sebab angin kencang," kata Izaidah yang mengusahakan gerai pasembur Iznina bersama suaminya. Keadaan tapak Batu Maung Penang Foodies selepas hujan lebat reda. Menurut Izaidah, kejadian tersebut berlaku kira-kira satu jam sebelum hujan akhirnya reda. "Selepas reda, barulah saya dan suami mengemas sebab barang kami banyak dan ambil masa nak mengemas. Peniaga yang lain pun kemas dan terus balik. "Kalau nak cakap pasal kerugian, nak kata rugi besar tu tak ada lah... cuma boleh saya katakan, ia tak seuntung seperti sebelum ini. Lagi pula kami tak buat preparation yang sewajarnya untuk hadapi perkara tak dijangka seperti ini," ujarnya lagi. Kami sangka hujan biasalah sebab kebelakangan ini memang selalu hujan. Sekali hujan dengan angin ribut sekitar selepas maghrib. IZAIDAH MOHAMED IKHPAL PENIAGA Menurut Izaidah, kejadian angin kencang yang berlaku Rabu lalu adalah kejadian pertama seumpamanya sejak dia mula berniaga di tapak tersebut November tahun lalu. "Kami bernasib baik sebab penganjur pun ambil peduli, tempat untuk peniaga pun elok cuma kejadian itu tak dijangka. "Apapun, saya anggap ini adalah sebahagian daripada dugaan berniaga. Saya dan suami tak putus asa dan tetap teruskan perniagaan pasembur resepi turun temurun daripada bapa saudara sejak 40 tahun lalu. Gerai pasembur Izaidah dan suaminya beroperasi di Batu Maung Penang Foodies sejak November 2021. "Sehari selepas kejadian, kami berniaga seperti biasa. Cuma kami buat persiapan yang lebih teliti sikit memandangkan cuaca sekarang ni tak menentu. "Sejak video itu viral termasuk di Facebook dan TikTok, ramai yang zahirkan simpati. Terima kasih buat semua yang prihatin dan doakan kami," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI