MESKIPUN sudah membuat permohonan maaf terhadap staf kedai serbaguna, 7 Eleven kerana 'mengamuk' ekoran anaknya dituduh mencuri, namun wanita yang dikenali sebagai Kak Long ini tetap menerima kecaman berterusan daripada warganet. Terbaharu, 'meriah' di laman Twitter dengan komen-komen negatif netizen yang mengecam perangai tidak beradab wanita tersebut gara-gara satu video lamanya yang diviralkan kembali. Video berkenaan memaparkan wanita tersebut membuat siaran langsung (live) ketika menikmati hidangan di cawangan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) bersama keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Kak Long dah minta maaf, giliran wakil 7Eleven pula buka mulut... dedah kisah sebenar, CCTV ada bukti segalanya! ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing? Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat itu, sambil menikmati hidangan, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kakitangan restoran berkenaan kerana tidak diberikan sudu dan minumannya dihidangkan tanpa ais batu. "Baik tak payah makan KFC... baik makan tepi jalan saja. Ais batu tak ada, sudu tak ada... kalau orang ramai pun, servis kena terbaik... tip top. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kena beritahu... sudahlah masa ambil pesanan, muka tu 'gelebek' (masam). Saya ada hak sebab saya customer. Dan customer is always right. Saya bukan orang senang, datang sini bawa RM30 saja. "Saya nak ais batu, sekarang! Panas hati aku datang makan tak ada ais batu. Kalau tiada, tutup kedai!" katanya sebagaimana di dalam video tersebut. Di dalam video tersebut juga, kedengaran suara tenang seorang kakitangan restoran yang cuba menerangkan situasi dengan memberitahu ketiadaan sudu dan ais batu adalah kerana jumlah pelanggan yang ramai pada hari berkenaan. Video lama 'Kak Long' kini viral di Twitter. Apa yang membuatkan netizen panas hati, kedengaran suara kanak-kanak lelaki dipercayai anak wanita tersebut turut sama mengherdik kakitangan restoran berkenaan seolah-olah menjadi 'batu api' untuk menambahkan lagi kemarahan ibunya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar rakaman berkenaan. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wanita berkenaan suka mencari publisiti murahan dengan melakukan live demi content. "Ni memang content dia cari duit ke? Tak faham... memang perangai buruk macam ni ke? Minta maaf berkali-kali pun tak guna... tak percaya. "Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis. Antara komen netizen terhadap perkongsian video lama 'Kak Long'. "Bila aku cakap aku benci budak, budak macam inilah yang aku maksudkan. Kecil-kecil tak beradab, dah besar menyusahkan masyarakat," demikan antara komen netizen. Malah ada juga netizen yang tertanya-tanya sama ada majoriti rakyat negeri Pantai Timur bertutur kasar seperti wanita berkenaan. "Orang pantai timur memang macam.....?" komen seorang netizen. "Malu aku sebagai orang Ganu (Terengganu). Sorry geng... orang Ganu ni baik-baik je semua kecuali keluarga Kak Long ni," tulis seorang netizen lain pula. Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis. NETIZEN Namun tidak kurang juga ada yang menasihatkan wanita berkenaan agar berubah sikap selepas isunya mendapat perhatian ramai. Terdahulu pada Rabu, video wanita berkenaan 'mengamuk' di 7 Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri menjadi tular di media sosial. Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac). Insiden amukan 'Kak Long' di 7 Eleven sudah selesai selepas dia membuat permohonan maaf atas tindakannya. Bagaimanapun, wanita tersebut dikecam hebat kerana bertindak biadap dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan. Namun kurang daripada 24 jam selepas 'amukan' berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook. Pada Khamis, wakil 7 Eleven pula tampil mengeluarkan kenyataan dan menceritakan perkara sebenar, serta meminta masyarakat agar berhenti mengecam wanita berkenaan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI