suria

Kak Long akhirnya akui tak pandai didik anak, sedang ikhtiar bawa Adam jumpa ustaz... bukan kejar wang tapi mahu didikan agama

Kak Long gagal menahan air mata ketika bercerita mengenai anaknya yang dikenali sebagai Adam.

KISAH 'amukan' seorang wanita di sebuah kedai serbaneka 7Eleven pada Rabu lalu masih hangat diperkatakan netizen sehingga ke hari ini.

Ketika isu dengan 7Eleven menemui penamatnya, tular pula satu lagi rakaman, memaparkan wanita dikenali sebagai Kak Long itu bertindak biadab di restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).

Sejak dua kejadian itu, Kak Long yang dilahirkan sebagai Wan Nor Baizura tidak aman apabila namanya terus menjadi sasaran kebencian, kemarahan serta kecaman netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Walau insiden di 7Eleven dah settle, ‘tentera bawang’ gali sampai ke lubang cacing... video lama Kak Long maki staf KFC pula viral

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

Tidak terkecuali tentunya anak lelaki Kak Long iaitu Adam yang dilabel netizen sebagai kanak-kanak yang biadab dan kurang didikan orang tua.

Dalam satu video terbaharu, Kak Long sekali lagi tumpah air mata dan mengakui sedang mencari ikhtiar untuk mengubah sikap anaknya itu.

"Orang yang kenal perangai anak saya, dia tahu. Saya pun sekarang ni tengah berubat. Saya bawa anak jumpa ustaz, saya ikhtiar supaya anak saya berkata molek-molek (baik-baik).

"Alhamdulillah, kalau awak nak tolong saya lagi, mari je tolong saya. Bukan tolong dengan wang ringgit pun tak apa, tolong didik saya. Yang mana ada ilmu agama, mari didik saya, mari didik anak saya," ujarnya sambil mengesat air mata dengan sehelai tuala.

kakling2

Kak Long bersama anaknya Adam dalam kejadian tular pada Rabu lalu.

Dalam video sama, Kak Long akui tidak pandai mendidik anaknya, namun tidak dapat berkongsi butiran selanjutnya mengenai situasi yang dialami.

"Saya jumpa ustaz sebab saya ni sebenarnya, saya lemah guys. Saya lemah. Saya akui saya tak pandai didik Adam, saya akui. Tapi saya tak boleh cerita sepenuhnya.

Saya manusia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya.

KAK LONG

"Tapi tak apalah, awak nak doa kepada saya buruk-buruk... tak payahlah. Saya takut doa ni berbalik kepada awak. Saya akui kesilapan saya.

"Tapi ambillah pengajaran daripada saya atas benda yang dah jadi. Saya tak boleh diamkan diri sebab saya tak nak lari daripada kesilapan saya.

Tambah wanita itu lagi, dia juga sama seperti insan lain yang boleh berubah ke arah yang lebih baik.

"Saya manusia, saya boleh berubah bila-bila masa. Sebab tu saya buat live sekarang, saya jaga mulut saya. Cuma hari tu saya tak boleh nak kawal Saya minta maaf," ujar wanita dari Terengganu itu.

1502836

Rakaman ketika Kak Long di KFC turut dikecam netizen.

"Dan saya pun dah minta maaf dengan staf KFC, staf 7Eleven. Awak nak apa pula hari ni?" soalnya lagi.

Untuk rekod, nama Kak Long hangat diperkatakan selepas dia mengamuk gara-gara anaknya dituduh mencuri di salah sebuah outlet 7Eleven pada Rabu lalu.

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang dituduh mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap staf kedai berkenaan.

Pada Khamis, wakil 7eleven telah bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.

Dia pada Jumaat bagaimanapun sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain