suria

Akibat buat 'kecoh' di kafe, gadis jual mask chain ditegur aunty meja belakang... rupa-rupanya siap pasang telinga live TikTok kawan unboxing barang

Melisa yang sedang asyik melayan live di TikTok telah ditegur oleh seorang aunty di belakangnya.

KATA orang, rezeki tak pernah salah alamat.

Begitulah apa yang berlaku terhadap gadis berusia 21 tahun ini apabila dia berjaya menjual tali rantai topeng muka (mask chain) kepada seorang wanita berbangsa Cina dengan begitu mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Order topeng muka 3 ply, dapat mask 'beg kenduri' - “Tengok je saya tak tahu nak sedih ke gelak... kreatif sungguh”

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup berbelanja lebih RM17,000 untuk topeng muka bersalut emas - “Ramai ajak berswafoto”

Menurut Hani Melisa Teh, kejadian berlaku di sebuah kafe ketika rakan-rakannya sedang memilih mask chain untuk dibeli sebagai tanda menyokong perniagaannya.

Pada masa itulah berlaku kejadian spontan apabila ada telinga yang mendengar perbualan Melisa dan rakan-rakannya di kafe yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Melisa yang kebetulan sedang membuat live TikTok mengakui terkejut apabila aunty yang berada di belakangnya tiba-tiba menoleh dan bertanyakan mengenai bagaimana caranya dia boleh mendapatkan mask chain tersebut.

“Saya datang makan dengan dua kawan, Peca dan Shikin. Saya memang dah lama jual face mask dan produk baru saya mask chain. Jadi sambil makan, kawan saya beli dan belek mask chain yang saya jual.

“Kebetulan memang semua design saya bawa. Mereka pun buka semua mask chain dekat meja makan tu. Masa tu aunty tu dekat belakang saya. Dia pun tengah makan.

“Kawan saya ni, jenis riuh dan bising. Mereka unboxing sambil gelak-gelak. Sambil tu saya tengah buat live di TikTok, jadi saya record kawan tengah unboxing,” jelas Melisa.



Melisa merupakan lepasan Diploma Kewangan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Jelas Melisa yang bekerja di sebuah butik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dia tidak menyangka gelagat dia dan rakan-rakan telah menarik perhatian wanita itu yang juga mencuri dengar perbualan mereka.

Wanita ini tidak berseorangan sebaliknya sedang makan bersama dua anak perempuannya.

“Mungkin sebab mereka ni kecoh siap tunjuk cara nak pakai lagi dekat live TikTok yang saya buat, sampai posing-posing... itu yang tarik perhatian aunty ni.

Aunty tu terus tegur, ‘where do you buy the?!’ Tapi kawan saya punyalah excited dan potong ayat aunty tu tak sempat habis tanya lagi dengan menjawab ‘She is the seller!’.

Aunty tu cakap, ‘I have been looking for this one la. How much?’ Saya jawab la ‘Really? Only RM12.90’ dan aunty tu cakap murah. Saya tunjuk semua empat jenis design saya ada. Saya cadangkan satu design tu yang elegan dan ringkas jadi dia terus setuju untuk membelinya,” tambah Melisa.

Tidak terhenti di situ, gadis yang menetap di Ampang, Selangor ini, turut menceritakan bahawa mereka menjadi lebih mesra setelah proses jual beli itu selesai.



Gadis ini berjaya menjual mask chain secara spontan kepada aunty yang turut berada di sebauh cafe di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Malah, ujar lepasan Diploma Kewangan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ini, dia dan wanita itu mula bertukar-tukar cerita dan mengambil gambar bersama selepas kejadian itu.

“Selepas bayar kami terus berbual. Aunty tu ada tunjukkan art anaknya di Instagram dan kemudian bertukar-tukar Instagram sebelum menamatkan perbualan," katanya.

Kata Melisa yang memulakan bisnes pada Disember 2020, dia terharu dan rasa lebih semangat untuk meneruskan perniagaan setelah merasai sendiri pengalaman yang cukup manis ini.

“Saya tersentuh bila aunty tu beritahu saya ‘Kalau saya tak support awak sebagai generasi muda untuk masa depan negara ni, siapa lagi? Anak-anak perempuan saya pun sama juga. Mesti support punya’.

“Sepanjang saya berniaga ni, macam-macam ragam orang saya jumpa. Dulu saya jual topeng muka sebagai side income. Niat asalnya sebab nak bantu orang ada masalah kulit sensitif macam saya yang struggle nak cari mask yang sesuai. Jadi saya sambil jual saya pun guna.



Melisa telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak Disember 2020 lagi.

Mask chain ni masih baru lagi saya jual. Bagi saya, ini pun salah satu cara saya nak memudahkan orang lain sebab rantai yang saya jual ni cantik dan sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya.

Berikutan video Tiktok yang tular sehingga meraih lebih 800,00 jumlah tontonan, Melisa menerima banyak mesej positif daripada netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain