BUKAN sekadar trend dan hobi, pokok keladi kini mampu menjana pendapatan lumayan. Kegigihan seorang wanita mengangkut beberapa pokok keladi yang dua kali ganda ketinggiannya wajar diberi pujian. Menerusi perkongsian di media sosial, wanita ini berasa bangga dapat melakukannya seorang diri setanding kudrat lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Misi ambil keladi gergasi idaman mak di hutan paya nyaris gagal walau dah buat persediaan rapi, mujur ada Myvi! ARTIKEL BERKAITAN: Hujan tengah lebat, mak kerah 2 anak bantu selamatkan pokok keladi... alasannya takut lemas! Rumah dah macam mini nurseri, mujur tak pandai online banking Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Nor Maheran Mustapa berkata, dia melakukannya akhir tahun lalu selepas ternampak himpunan pokok keladi di kawasan hutan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tanah Merah, Kelantan. Wanita berusia 34 tahun itu memberitahu, suaminya terlebih dahulu membantu menebang beberapa pokok keladi di kawasan sama beberapa bulan sebelum itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Suami sanggup tebang dan angkut pokok-pokok keladi untuk saya. Tapi bila lalu lagi di kawasan tu, saya tak puas hatii sebab ada lagi pokok keladi yang lebih besar dan cantik. "Bila tengok YouTube ramai kongsi pasal pokok keladi lagi buat saya geram. Jadi, saya buat keputusan untuk kembali semula ke situ untuk tebang sendiri," katanya kepada mStar. Pokok keladi dipotong sebelum dimasukkan ke dalam kereta Honda. Lebih mesra disapa Maheran, dia bagaimanapun mengakui tidak berani ke kawasan hutan itu bersendirian meskipun himpunan pokok keladi tersebut boleh dilihat dari tepi jalan. "Sebelum ni suami saya tak bagi saya masuk sebab ketika itu kawasannya masih semak-samun, risau kalau ada binatang berbisa seperti ular. "Kawasan itu sudah dibersihkan, tapi saya tetap tak berani datang seorang. Sudahnya saya bawa empat anak pergi sekali. Lagipun siapa nak jaga mereka di rumah," katanya yang mempunyai empat cahaya mata masing-masing berusia 12 tahun, enam tahun, empat tahun dan dua tahun. Pokok keladi disimpan di but kereta. Kerana pokok keladi mencecah dua meter, wanita yang berasal dari Machang itu nekad memotongnya separuh dan diletakkan di but kereta bagi memudahkan untuk membawa pulang ke rumah. “Pokok keladi ni boleh membiak, orang kata boleh 'beranak'. Yang penting saya dapat bawa masuk beberapa pokok ke dalam kereta Honda City saya. Dengan hasil keuntungan jual anak pokok keladi, saya boleh beli emas untuk pelaburan jangka panjang, maka pelaburan saya berganda! NOR MAHERAN MUSTAPA "Rasanya boleh je muat pokok keladi sebesar itu. Tapi tak muat sebab ada anak-anak dalam kereta, jadi saya sanggup berkorban demi anak-anak. "Orang persoalkan kenapa saya tak guna four wheel drive (4X4) je. Pertama, buat apa saya nak keluarkan duit banyak semata-mata nak beli 4X4, keduanya kereta Honda City saya dah habis bayar, jadi tak kisah sangat kalau nak penuhkan pokok keladi satu kereta pun," katanya sambil menambah perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dari rumahnya. Sebahagian pokok ditanam di kawasan rumah Maheran. Bermula sekadar hobi dengan menghiasi kawasan perumahan, guru di sebuah sekolah menengah itu kini mula menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. "Dulu pernah dalam sebulan, saya habiskan kira-kira RM10,000 untuk beli lebih 10 pokok keladi dan sebatang paling mahal RM2,500. "Sekarang, saya berjinak-jinak dengan bisnes pokok keladi dengan menjadi orang tengah jual pokok keladi daripada penjual dan pembeli yang berminat," katanya yang menanam kira-kira 50 pokok di kawasan rumahnya termasuk lebih 20 pokok keladi. Maheran kini menjadikan pokok keladi sebagai bisnes. Maheran yang tidak menyangka perkongsian video mengangkut pokok keladi menggunakan Honda meraih lebih dua juta tontonan di aplikasi TikTok itu bagaimanapun menyedari terdapat segelintir netizen menyifatkan usahanya itu merugikan berbanding membeli emas. "Bagi saya, pokok keladi adalah pelaburan jangka singkat di mana jika kita beli pokok keladi induk berharga RM2,500, sekali beranak lima pokok dan menjual kesemuanya dengan harga RM1,500 setiap anak pokok kerana ada demand dan sanggup membeli, maka jualan boleh cecah RM7,500. "Saya dapat balik modal, siap untung RM5,000 lagi. Dengan hasil keuntungan jual anak pokok keladi, saya boleh beli emas untuk pelaburan jangka panjang, maka pelaburan saya berganda!" katanya yang mahu menumpukan bisnes landskap. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI