suria

Jejaka tinggi lampai tebal muka berkali-kali terlanggar chandelier di restoran... paling win ada nak upah pasang langsir raya tapi kalau jadi model boleh je!

Zaym yang berusia 22 tahun memiliki ketinggian 189 sentimeter (sm).

LAPORAN satu kajian yang menyatakan individu pendek mempunyai jangka hayat hidup lebih lama berbanding orang tinggi lampai pernah menjadi topik perbualan netizen, suatu masa lalu.

Bagi Zahareen Hamzah, 22, yang berketinggian 189 sentimeter (sm), dia hanya ketawa saat ditanya mengenai dapatan kajian tersebut.

Senang disapa Zaym, jejaka tinggi lampai dari Subang, Selangor itu mengakui kelebihan fizikalnya kadang-kala membuatkan dia sakit kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggi naik mencanak selepas SPM... Aiman tak kisah digelar hantu galah, ketinggian luar biasa buka pintu rezeki hingga negara jiran

ARTIKEL BERKAITAN: Popular sebab tinggi di sekolah, ‘panje’ mengaku bukan sahaja susah cari jodoh tapi nak dapat saiz baju, kasut pun payah!

Mana tidaknya, dia kini sukar untuk mencari pakaian normal sehingga terpaksa mengupah tukang jahit untuk menghasilkan baju buatnya.

"Baju dan kemeja memang terpaksa tempah. Seluar tak ada masalah sangat. Bila dah macam ni, saya terpaksa ada tukang jahit tetap, apa-apa baju saya akan tempah dengan dia. Harganya pun tinggi sikit, sebab ditempah khas.

"Bila nak beli pakaian di kedai, saya tiada pilihan sangat. Kena ambil saiz besar, kemudian kena alter semula. Kalau tidak, baju yang dibeli akan kelihatan senteng, dah macam crop top," ujarnya berseloroh.

Imbas Zaym, dia hanya memiliki ketinggian biasa sepanjang membesar, namun segalanya berubah ketika dia menginjak ke tingkatan empat.

zaym4

Video dikongsi Zaym meraih perhatian netizen.

"Sejak kecil sampailah tingkatan tiga, saya seorang yang pendek. Ketika masuk tingkatan empat, tinggi saya bertambah sampai sekarang.

"Pernah sekali, saya tak jumpa kawan dalam sebulan. Masa kali terakhir jumpa, kami sama tinggi. Sebulan kemudian, dia dah berada pada paras bahu saya.

Ada yang nak tempah saya untuk bantu pasang langsir masa malam raya, ada juga yang suruh saya jadi model.

ZAYM

"Kali terakhir saya ukur pada bulan lepas, tinggi semasa saya 1.89 meter. Abang saya pun tinggi, mencecah dua meter," ujar Zaym yang bekerja dalam syarikat pembekalan mesin perubatan.

Gara-gara ketinggian yang dimiliki, Zaym juga berhadapan cabaran lain yang kadang-kala mengganggu kehidupan sehariannya.

"Kalau naik kereta, saya tak boleh duduk di bahagian belakang. Kalau kereta macam Perodua Myvi atau Viva, memang rapat kepala dengan bumbung. Jadi ada sesetengah kereta saya tak boleh bawa.

zaym3

Ketinggian Zaym meningkat ketika dia berusia 16 tahun.

"Pernah juga bila ke restoran, kepala saya terhantuk chandelier. Satu kedai tengok, memang malu pada waktu itu. Ia bukan berlaku sekali, tapi dah banyak kali," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video Zaym berkaitan ketinggiannya turut meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 300,000 tontonan di TikTok.

Dalam video itu, Zaym berada di dalam bilik mandi sambil menunjukkan kepalanya yang hampir sama tinggi dengan pancuran air.

zaym2

Zaym bersama ibu bapanya.

"Awalnya, ada orang tak percaya ketinggian saya. Jadi saya buat video itu. Tak sangka tiba-tiba blow up. Macam-macam komen saya terima.

"Ada yang nak tempah saya untuk bantu pasang langsir masa malam raya, ada juga yang suruh saya jadi model. Kalau ada rezeki dan peluang, InsyaAllah saya terima," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain