suria

Dikecam buat ‘review’, dapat banyak followers... Kak Long rayu peluang kedua demi cari rezeki

Kak Long merayu agar diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.

NAMPAKNYA wanita yang tular kerana 'amuk' di kedai serbaneka 7-Eleven dan restoran makanan segera KFC terus menjadi tumpuan.

Meskipun telah membuat permohonan maaf ekoran keterlanjurannya sebelum ini, namun tindak-tanduk Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long tetap dikecam netizen.

Terbaharu, nama Kak Long sekali lagi menjadi sebutan apabila membuat review makanan seperti ayam yang dimakannya daripada menu sebuah restoran.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Walau insiden di 7Eleven dah settle, 'tentera bawang' gali sampai ke lubang cacing... video lama Kak Long maki staf KFC pula viral

Kak Long yang bersiaran secara langsung (live) di Facebook kelihatan teruja dan sedia menerima tawaran untuk melakukan review di laman sosial.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut gembira apabila bilangan pengikutnya di laman sosial semakin ramai, serta jumlah yang menontonnya secara 'live' juga meningkat.

kak long rayu 2

Kak Long bersama seorang anaknya dalam kejadian yang tular.

Keadaan itu membuatkan segelintir netizen mendakwa dia bertindak sedemikian bagi meraih 'views' (tontonan) berikutan kejadian di 7-Eleven dan KFC bermula dari perkongsiannya sendiri secara 'live' di laman sosial.

Menyedari hakikat dirinya terus menjadi kecaman, Kak Long yang mempunyai lebih 23,000 pengikut di Facebook pada Rabu tampil memberi penjelasan dan sebab dia berbuat demikian.

Menurut peniaga kosmetik dan keropok itu, dia perlu mencari rezeki termasuk dengan melakukan review demi meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

"Saya kena teruskan kehidupan demi mencari rezeki untuk famili kecil kami. Saya berniaga pasar malam menjual kosmetik, kadang-kadang ada sikit, kadang-kadang ada banyak," tulisnya menerusi satu posting di Facebook miliknya, awal pagi Rabu.

kak long rayu 4

Tangkap layar rakaman ketika Kak Long di KFC turut tular.

Tambah Kak Long, semangatnya untuk mencari rezeki itu juga untuk membina kekuatan ke atas dirinya susulan apa yang telah berlaku.

Sehubungan itu, dia sekali lagi merayu menerusi permohonan maaf agar masyarakat memberikan peluang kedua untuk dirinya menjalani kehidupan seperti biasa.

Tolong netizen, maafkan saya dan bagi saya peluang. Kasihanlah nasib anak-anak kecil saya.

WAN NOR BAIZURA

"Saya tak boleh lemah, nanti saya sakit. Anak-anak perlukan saya.

"Tolong netizen, maafkan saya dan bagi saya peluang. Kasihanlah nasib anak-anak kecil saya," rayu Kak Long meminta belas ihsan masyarakat.

kak long rayu 1

Luahan Kak Long di Facebook.

Terdahulu, Kak Long mendedahkan dirinya kurang sihat dan mengalami demam serta sakit kepala akibat memikirkan kontroversi yang melanda.

Selain Kak Long, anak sulungnya iaitu Adam, 8, turut mengalami demam dan terkesan akan kes tular tersebut sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

"Apa yang berlaku biarlah jadi pengajaran untuk saya dan juga semua orang di luar sana. Insya-Allah ada rahmat atas apa yang terjadi," ujarnya yang menyesali tindakannya menyerang staf 7-Eleven.

Selain isu 7-Eleven, Kak Long juga berharap isu dia dengan staf KFC akan reda dan tidak diperkatakan lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain