HASRAT seorang pemuda untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya tidak kesampaian apabila dia terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah. Namun, majlis tetap berlangsung dengan meriah apabila sekeping kadbod bersaiz manusia yang memaparkan wajah rakannya itu dibawa sehingga ke pelamin untuk sesi fotografi. Berkongsi pengalaman, pengantin lelaki, Muhammad Nadzmi Mohmad Sakarnor berkata, rakan baiknya, Syafiq Shaharizal tidak dapat menghadirkan diri pada majlis persandingannya di Dewan Armada, Marina Putrajaya di Putrajaya pada Ahad lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 'gabra' jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - "Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya" ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki bikin saspens tinggalkan rumah bakal isteri sebelum majlis nikah bermula, gubahan bunga RM20,000 'tertinggal' dalam kereta Pemuda berusia 28 tahun itu yang bernikah pada 4 Mac lalu memberitahu, dia mengenali Syafiq sejak 2012 sewaktu sama-sama belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP). "Sepatutnya Syafiq hadir waktu saya nikah 4 Mac, dan majlis sanding di sebelah perempuan 5 Mac dan majlis saya pada 6 Mac. Baju dia untuk kesemua majlis dah siap. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tapi beberapa hari sebelum majlis, dia demam dan kemudian disahkan positif Covid-19. Jadi, dia tak dapat nak datang sebab kena kuarantin," katanya kepada mStar. Kiri foto sebenar, kanan kadbod berskala besar. Menerusi grup WhatsApp rakan-rakan, Nadzmi yang berasal dari Bangi, Selangor berkata, dia mencadangkan supaya gambar sahabatnya itu dicetak bersaiz A3. "Saya nak juga dia 'ada' kat majlis saya. Jadi, saya minta seorang rakan untuk print gambar dia. Asalnya nak saiz A3 je untuk saya pegang masa bergambar nanti. "Tapi kawan saya tu print besar sebab nak kasi lagi 'nampak' Syafiq di dalam gambar. Memang terkejut juga mula-mula tengok poster sebesar itu," kata jurutera itu yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Syakerin Bahanuddin berusia 27 tahun. Pengantin (tengah) bersama rakan-rakan serta kadbod 'Syafiq'. Sementara itu, Syafiq mengakui berasa terkilan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya berikutan disahkan positif Covid-19 pada Rabu minggu lalu. "Memang frust dan down sangat. Dalam banyak-banyak minggu, minggu member nak kahwin itulah saya positif Covid-19. Saya nak juga dia 'ada' kat majlis saya. Jadi, saya minta seorang rakan untuk print gambar dia. Asalnya nak saiz A3 je. MUHAMMAD NADZMI MOHMAD SAKARNOR "Dah la kawan baik sendiri, siap plan nak nyanyi dua, tiga lagu kat majlis dia. Tapi nak buat macam mana. Saya reda," katanya yang berusia 28 tahun. Syafiq yang bertugas sebagai jurutera elektrik berkata, dia mengetahui mengenai kadbod yang tertera wajahnya pada malam sebelum majlis. Rakan-rakan mengabadikan kenangan bersama kadbod 'Syafiq'. "Masa tahu tu rasa malu dan tak tahu nak cakap apa. 'Masuk air' betul member ni. Ingatkan mereka malu-malu nak bawa kadbod besar tu. "Tapi semua bersemangat, mereka siap 'borak-borak' dengan kadbod tu macam saya pula ada kat situ," tambahnya. Sementara itu, seorang lagi rakan, Mohamed Yassin Roslan berkata, dia mencetak kadbod berukuran 180 sentimeter (sm) x 60 sm itu bagi menampilkan kelainan. "Kalau print saiz A3 dan frame macam nampak 'orang meninggal'. Saya survey dan jumpa kedai buat standee (kadbod) bersaiz besar tu, sekurang-kurangnya rasa kehadiran dia." katanya. Kehadiran Syafiq 'dirasai' dengan kadbod memaparkan wajahnya. Jurutera berusia 28 tahun itu bagaimanapun terlebih dahulu mendapatkan pandangan rakan-rakan termasuk kebenaran Syafiq yang menjalani kuarantin akibat positif Covid-19. "Nasib baik Syafiq okay, jadi saya edit gambar dia sebelum hantar ke kedai untuk print dengan harga RM70. Ringan je kadbod tu, saya angkat seorang ke majlis. "Cumanya payah sikit sebab masa tu hujan, jadi saya kena redah sambil bawa kadbod tu," ujarnya secara berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI