TUGAS seorang penghantar makanan mungkin kelihatan mudah kerana kita tidak merasai sendiri cabaran sebenarnya terutama apabila terpaksa bekerja ketika hujan lebat. Tanpa penghantar makanan, keinginan untuk makan sesuatu secara tiba-tiba sukar dipenuhi, begitu juga jika tiada 'mood' atau masa untuk memasak pada hari-hari tertentu. ARTIKEL BERKAITAN: Order banyak, kemudian ‘ghaib’! Rider bergegas hantar makanan terdiam tengok harga lebih RM100 - “Saya dipertemukan dengan orang yang memerlukan” ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan batal tempahan, rider Foodpanda terdetik bagi fastfood kepada kucing jalanan sebelum akhirnya diberi kepada insan yang sangat lapar Keadaan cuaca kini yang sering hujan tidak menentu sehingga menenggelamkan beberapa kawasan akibat banjir sudah tentu menyukarkan tugas menghantar makanan. Tular satu posting yang dimuatnaik oleh Putri Natasha Nabilla yang meluahkan rasa ragu-ragu dan kebimbangannya untuk membuat pesanan di aplikasi penghantaran makanan ketika cuaca buruk. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Gadis berusia 20 tahun ini mahu mendapatkan kepastian daripada kumpulan rider di Malaysia selepas berbelah-bahagi untuk memesan KFC (Kentucky Fried Chicken) ketika hujan lebat baru-baru ini. “Aku nak tanya soalan serius, anda (food rider) OK ke tak kalau customer order waktu hujan? Bila kami order ketika selain cuaca panas atau cuaca redup? “Sebab tadi aku ada order KFC masa hujan, tapi pada masa yang sama aku macam tertanya-tanya OK ke tak aku order time hujan ni. Rasa berbelah bahagi nak order. Takut menyusahkan,” luahnya yang mesra disapa Putri menerusi satu perkongsian di TikTok. Selain itu Putri turut menceritakan pengalamannya yang pernah bekerja sambilan di bahagian food and beverage (F&B) di sebuah restoran yang mana dia mendengar luahan beberapa orang penghantar makanan berhubung perkara ini. Tangkap layar luahan individu dipercayai rider penghantar makanan. Jelasnya, para rider telah memberitahunya pada ketika itu bahawa mereka lebih rela menerima tempahan ketika hujan dan meminta pelanggan tidak membatalkan pesanan disebabkan cuaca buruk. “Masa aku kerja F&B dulu, aku ingat lagi, abang-abang Foodpanda yang lepak dekat kawasan tempat aku kerja, mereka akan risau dan mengeluh bila hujan, order akan jadi sikit. “Mereka siap pesan lagi, kalau waktu hujan ke apa order je. Jangan risau, kami tak marah. Kalau hujan, kami dah standby siap baju dan kasut hujan. Jadi jangan risau ni memang kerja kami untuk hantar makanan masa hujan atau panas sebab ini kerja yang kami pilih,” ujar Putri mengimbas kata-kata seorang rider penghantar makanan. Bagaimanapun, gadis yang mengambil jurusan Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Seremban, Negeri Sembilan ini tetap mengakhiri rakamannya dengan soalan meminta pendapat penghantar makanan secara terbuka. Antara luahan rider yang sanggup menerima pesanan walaupun cuaca buruk. Menerusi video tular yang dimuatnaik Putri, ia meraih lebih 2,000 komen dan kebanyakannya daripada mereka yang bergelar rider. “Secara personally memang best cari order time hujan. Order banyak... sejuk layan hujan. “Bagi saya OK je, cuma maaf kalau lambat sikit, sebab tak berani nak laju-laju masa hujan. Harap jangan marah kalau kami lambat. “Saya kerja Grab rider GrabFood la. Order je sebab kami memang nak order tak kiralah hujan panas angin ribut sebab ini memang tugas kami sebagai rider,” demikian antara komen yang diterima. Antara luahan netizen yang bimbang akan keselamatan rider ketika hujan. Berikutan video tersebut juga, warganet turut meluahkan kebimbangan sama seperti gadis ini berhubung keselamatan dan risiko yang mungkin berlaku ketika bertugas ketika hujan. Bagi pelanggan, mereka lebih mengutamakan keselamatan penghantar makanan kerana risiko bahaya yang menanti seperti kemalangan disebabkan jalan licin ketika membuat penghgantaran ketika cuaca buruk. Sementara itu, tular satu video berhubung isu ini yang menunjukkan seorang rider sanggup meredah banjir demi menghantar kopi untuk pelanggan yang membuat pesanan. Menerusi perkongsian itu dapat dilihat rider berkenaan memakai baju hujan lengkap. "Saya beritahu dia dekat sini banjir. Saya akan call customer service untuk batalkan order. Lagipun hanya secawan kopi. "Rider tu cakap tak apa, Dia akan parking motosikalnya di tempat lain dan akan berjalan kaki untuk hantar. Semangat macam ni yang perlu dipuji," demikian kapsyen yang ditulis pada posting tersebut. Rider ini sanggup meredah banjir demi menghantar secawan kopi kepada pelanggan. Dalam rakaman video tersebut, rider itu kelihatan seperti malu mahu menunjukkan wajahnya setelah disedari dirinya sedang dirakam. Bagaimanapun, pelanggan wanita itu mengucapkan terima kasih sebelum rider ini meninggalkan rumahnya mengharungi semula hujan yang kelihatan sangat lebat itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI